PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT PADA JANUARI 2019 - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, December 11, 2018

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT PADA JANUARI 2019

bantuan sara hidup rakyat, BSH 2019, bantuan sara hidup 2019, Januari, kementerian, idea bijak berbelanja,

PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT PADA JANUARI 2019 | Hai.. Busyra terasa nak kongsi dengan korang berkenaan dengan permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang akan dibuka pendaftaran pada Januari 2019. Pengumuman sah akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Negara. 

Perbezaan utama pemberian BSH 2019 kali ini ialah bantuan ini hanya disalurkan kepada isi keluarga sahaja.. Bagi kategori bujang yang pernah ada pada BR1M telah pun digugurkan.

Jumlah bantuan mengikut kategori:

1. Isi rumah pendapatan bawah RM2000 akan dapat RM1000
2. Isi rumah pendapatan RM2001-3000 dapat RM750
3. Isi rumah pendapatan RM3001-4000 dapat RM500

Jumlah kadar tambahan BSH sebannyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun kebawah, namun ia terhad kepada 4 orang saja, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

bantuan sara hidup rakyat, BSH 2019, bantuan sara hidup 2019, Januari, kementerian, idea bijak berbelanja,

Syarat Kelayakan  Pemohonan BSH 2019

Sebagai rujukan, berikut adalah syarat kelayakan permohanan yang perlu diteliti oleh pemohon sebelum membuat permohonan.

- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Pemohon mestilah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan bulanan keluarga dibawah RM4000.
- Warga emas yang sebatang kara dan berumur 60 tahun ke atas dibolehkan memohona dengan syarat pendapatan adalah di bawah RM4000.
- Seorang lelaki atau perempuan bujang yang berumur 21 keatas dan berpendapatan di bawah RM2000.

Cara Permohonan BSH 2019

Cara ini adalah bagi pemohon yang ingin memohon BSH untuk pertama kalinya.

1. Layari laman web BSH di https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx
2. Kemudian pergi ke bahagian permohonan dan isi maklumat peribadi.
3. Pastikan korang mengisi maklumat yang betul kerana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh trace maklumat sebenar.
4. Selepas mengisi borang permohonan online, cetak borang bagi tujuan dimasa akan datang.
5. Hantar borang permohonan dan tunggu proses samada permohonan ditolak atau diterima.
6. Jika permohonan BSH ditolak, pihak LHDN akan menyatakan sebab permohonan tersebut ditolak.

Cara Kemaskini Permohonan BSH 2019

Bagi korang yang telah membuat permohonan sebelum ini, korang hanya perlu membuat kemaskini sahaja. Ia membolehkan pihak LHDN menyemak kembali pihak manakah yang layak untuk menerima BSH.

1. Layari aplikasi MYBSH
2. Masukkan maklumat dan login ke dalam akaun korang. Seterusnya korang akan nampak butang untuk kemaskini maklumat secara online.
3. Pastikan segala maklumat telahpun diisi dan ianya maklumat yang betul.
4. Setelah selesai, klik kemaskini dan cetak untuk simpanan.

Bagi pandangan Busyra, BSH 2019 adalah salah satu cara yang bagus untuk meringankan beban rakyat.. Oleh sebab itu, jika kita salah seorang penerima BSH kelak perlulah menggunakan duit tersebut kearah yang lebih baik tanpa perlu membazir kerana ia hanya diberikan setahun sekali sahaja. Busyra ada beberapa cara terbaik untuk kegunaan BSH, jom teruskan membaca!

4 Idea Bijak dalam menggunakan BSH 2019

1. Bayar Perbelanjaan yang penting

Apa yang busyra maksudkan adalah seperti road tax kenderaan, renew lesen, insurans peribadi dan mungkin apa saja yang berkaitan dengan kenderaan yang perlu di settlekan. Ye la kalau tak buat nanti kita pula yang susah nak gerak kemana-mana. Semua tu penting tau.. Contohnya, kalau kita tak renew insurans atau lesen, macam mana? fikirkan..

2. Guna untuk buat modal bisnes kecil-kecilan

Sebagai contoh dapat RM1000, bolehlah ambil RM400 dari duit tu buat modal perniagaan. Jadi agen. Dengan RM400 tu kita akan dapat keuntungan nanti.. Bisnes apa yang boleh dibuat? Macam-macam! Produk kecantikan, produk kesihatan, pakaian, tudung, produk makanan dan sebagainya.. Kalau korang tak nak jadi agen macam tu pun tak pe, boleh buat food delivery? itu pun boleh jana pendapatan untuk kedepan dengan duit modal kita tadi hanya RM400 saja.

3. Guna untuk kegunaan anak-anak bersekolah

Ibu bapa perlu ambil inisiatif yang bijak seperti membeli baju, buku, kasut ataupun membayar yuran yang berkaitan.. Tambahan pula pada tahun 2019, semua pelajar sekolah perlu memakai kasut hitam dan tidak lagi kasut putih seperti dulu.. Maka gunalah sebaiknya.

4. Selesaikan hutang

Zaman sekarang memang tak lari lagi dengan istilah hutang. Dengan duit inilah kita dapat gunakan untuk membayar hutang yang ada. Biar duit habis asalkan kita tiada hutang lagi. Yang pasti kita sudah gunakan BSH kearah kebaikan. Semua tahu kan, hutang memang berat dalam kehidupan kita.

Skim Khairat Kematian BSH 2019

Jika korang merupakan waris kepada warga emas yang meninggal, korang boleh menuntut wang khairat kematian di mana-mana cawangan berdekatan. RM100 akan diberikan kepada waris  penerima bantuan kategori isi rumah dan warga emas yang telahpun meninggal dunia pada tarikh bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Bawa beberapa dokumen seperti dibawah:

1. Sijil kematian asal dan salinan
2. Kad pengenalan asal waris
3. Dokumen yang membuktikan pertalian antara penerima bantuan dan waris.
4. Skim khairat ini cuma boleh dituntut  sekali sahaja pada tahun kematian berlaku.

Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019

Nota Penting: Penerima yang sedia ada juga perlu membuat kemaskini maklumat diportal rasmi agar tidak terlepas peluang mendapatkan bantuan sara hidup pada tahun 2019. Semakan keputusan Bantuan Sara Hidup 2019 boleh dibuat dengan menghubungi talian dibawah:

Hotline: 1-800-88-2716 
Waktu Operasi
Cawangan Semenanjung: 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Cawangan Sabah/ Sarawak: 8:00 pagi hingga 5:00 petang

5 comments:

  1. Terima kasih Busyra..
    Perkongsian yang sangat berguna..
    Sesiapa yang layak jangan lepaskan peluang mohon BSH ini..

    ReplyDelete
  2. siapa layak mohonlah...dan gunakan sebaiknya

    ReplyDelete
  3. Semoga bermanfaat pada yang dapat :D

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved