KOPI CIK TUN VIRAL DI JITRA KEDAH

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

KOPI CIK TUN VIRAL DI JITRA KEDAH | Semalam busyra ke Jitra untuk merasai sendiri kopi Cik Tun yang viral sekarang ni.. Busyra seorang yang sukakan kopi. Bagi lah kopi apa pun, semua bedal. haha. Siapa sini pernah minum kopi plus milo?? Kalau belum pernah, try lah ke kedai memana dan cuba. Serius sedap kombinasi air tu. Tapi kedai Cik Tun tak ada lah. hehe. Jom-jom berbalik pada tajuk utama kita.

Busyra dapat tau pasal Kopi Cik Tun ni dari officemate. Dia yang cakap kopi ni padu gila tak jumpa dekat tempat lain. Haishh dengar ja macam tu memang terus teringin nak try. Pencinta kopi mana boleh dengar then ignore kan? haha. Wajib cuba okay! Nama kedai dia bertemakan kopi tapi ada saja minuman lain. Antara yang famous air milo pisang dan air mangga.

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Kedai Kopi Cik Tun ni adalah gerai biasa tepi jalan saja tapi dia punya air tu level-level starbucks.. Eh! haha. bawah sikitttt.. Korang boleh pilih nak minum situ atau nak bungkus ikat tepi.. Yang bestnya kerusi dan meja memang banyak disediakan. Sampai saja dekat kedai tu jangan terus duduk sebab korang kena order sendiri.. 

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
Bersebelahan Kolej Komuniti

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Busyra order 3 jenis minuman:

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
1. Air Kopi - Rasa kopi dia tu memang kaww! Rasa susu semua cukup. 8.5/10

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
2. Air Mangga - Mission utama ke kedai ni nak cuba kopi sebenarnya. Tapi rupanya air mangga dia lagi sedappp! haha. serius wehh. Korang wajib try. 9/10

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,
3. Air Milo Pisang - Satu kombinasi yang menarik. tak semua orang boleh buat air macam ni. Rasa pisang melebihi rasa milo. Recommended kepada penggemar pisang. Kalau busyra kurang sikit. Sebab tak suka pisang. Tapi for the first time try, sedap! 8/10

Harga sangat-sangat berpatutan. Hanya RM2 saja. Sesiapa nak cuba boleh la datang ke Kopi Cik Tun.. Teguran positif dari busyra, Tuan kedai kena senyum sikit.. hehe. takut kami sebagai pembeli. Cengei orang kedah panggil. Overall, semua sedap. servis tip top!

kopi cik tun, kopi viral, coklat pisang, air mangga, kopi cik tun jitra,

Waktu Operasi: 7.00 a.m - 4.30 p.m (Jumaat Sabtu tutup)
Landmark : Gerai Koperasi Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra

Post a Comment

6 Comments