Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

BLOGGER WAJIB ADA BUKU PLANNER!

Hai readers semuaaa!


entri kali ni aku nak share dengan korang betapa pentingnya planner untuk aku.. aku ni jenis yang suka catat apa-apa saja perkara dalam buku.. tak kisah la perkara tu senang nak ingat ke susah ke, semuanya akan di catat dalam buku.. sebab bagi aku even kalau benda yang remeh sekali pun, kalau time kita busy, confirm kita akan lupa jugak kan? manusia weh! mana ada semua benda akan ingat dalam satu masa.. so, bagi aku, planner memang sangat penting, especially pada semua blogger.. memang kita boleh ja tulis note dalam phone.. tapi tak kan sama kan dengan catat dalam planner/ note book? siapa setuju sila kenyit mata! hehe.. dan semestinya kalau planner yang lawa lagi semangat nak tulis kannnn.. rasa macam sayang gila dekat planner tu.. korang boleh rasa tak apa aku rasa. bila first time nak tulis dekat planner yang baru, rasa macammmm, arghhh sayangnyaaa. haha

KOLEKSI FRIDGE MAGNET DARI SI PEMBERI YANG SAMA

Hai semuaaa


apa aku nak story dalam entri ni adalah aku nak share dengan korang tentang hasil koleksi fridge magnet yang aku ada dan yang specialnya, ia dari orang yang sama.. setiap kali dia travel, dia akan beli fridge magnet pada aku! sebab tu rasa teruja, actually, yang dah rosak pun ada. hehe.. sebab dah lama dah kan.. cuma baru nak update nak story pasal ni.. orang yang beri ni adalah mak njang aku sendiri iaitu kakak kepada ayah aku.. dia memang suka travel! maklum lah anak-anak dah besar dan dah kahwin pun, tinggal berdua ja dengan suami.. jadi boleh la travel satu dunia dengan suami. hehe.. dan akan datang ni dia nak ke australia.. alahaiii bestnyaaa.. kalaulah aku ditempat tu.. okay jom tengok satu-satu fridge magnet yang ada! 

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Hai readers kesayangan!


Dah nampak tajuk tu kan, rasa-rasa excited tak nak join? apa yang bestnya tentang Lazada Birthday Blogger Contest ni? yang bestnyaaa adalah korang yang menang dalam contest ni akan dapat hadiah lumayan dari Lazada sempena birthday Lazada yang ke 5.. specialnya contest ini hanya terbuka kepada blogger sahaja.. lain-lain media sosial tidak diterima.. hehe. okay kejap! jangan terus nak tekan new post dulu tau sebelum baca entry aku ni sampai habis... haha. jangan la excited dulu nak join contest ni.. :p sabar-sabar.. untuk pengetahuan korang, bagi sesiapa yang kaki online shopping tu, Lazada ada buat Birthday Sale pada 22 Mac hingga 24 Mac 2017.. masa tu, korang boleh shopping habis-habisan ye.. ok penat dah menaip, baru intro, haha.. so aku nak mula menjawab 4 soalan yang diajukan oleh pihak Lazada Malaysia..

SEGMEN "HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET"

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Hai semua, bila ternampak post dari blogger Hasrul Hassan, aku terus klik new post untuk join segmen ni.. bagi aku blog Hasrul Hassan adalah salah satu blog sifu dalam dunia blogging ni.. bermacam entri yang menarik dalam blognya.. bukan tu saja, (pageview) pv blogger Hasrul Hassan ni memang superb tinggi! siapa tak nak dapat trafik blog macam tu kan.. hehe.. so, bila nampak entri dari blogger Hasrul Hassan, memang satu peluang besar bagi aku. InshaAllah, pv akan meningkat.. kalau pv tak naik dalam sehari tu, rasa lemau sangat.. kemana la pv aku untuk hari ni.. pv la yang buatkan setiap blogger lagi bertambah semangat untuk berblogging.. 

BLOGGER TERKENAL CIK EPAL KOMEN DI BLOG AKU


photo credit: cikepal06.blogspot.com

Hai, Assalamualaikum.. bertambah excited nak berblogging sebab blogger terkenal cik epal komen di blog aku! seriously, aku memang suka dengan blog cik epal dari pelbagai aspek. cewah! hehe.. dari segi penulisan, design blog yang simple, gambar yang menarik.. semua lah! cik epal antara salah satu blogger favorite aku.. selain dari tu, blogger namee roslan, blogger yuyu, blogger irine nadia.. dan ada beberapa blogger lain.. bila ada blogger terkenal macam ni komen di blog kita, rasa macam terkejut dia tu 7 hari 7 malam tak habis. haha.. over nau! thank you cik epal sebab sudi komen di blog picisan ni.. siapa dekat sini suka baca blog cik epal jugak?? sila angkat tangan. heee

HADIAH UNTUK TOP KOMENTATORS DI BLOG BUSYRA TAKIYUDIN

Hai..


seperti yang dijanjikan, aku memang berhasrat nak bagi hadiah pada top komentator di blog ni.. hadiahnya adalah Huda lipstick yang aku ada story di entri sebelumnya.. hanya 2 blogger saja yang akan dipilih.. macam mana aku kendalikan siapa top komentator di blog ni? aku guna applikasi top widget commentators.. tak da nya aku nak kira satu2.. hehe. hadiah yang aku nak bagi ni tak seberapa dibandingkan dengan kasih dan setia dorang ke blog aku. haha.. tanpa blogger2 macam ni, blog aku akan sunyi sepi.. jadi dengan hadiah ni, boleh lah dibuat kenangan dan di pakai setiap hari.. sepanjang aku ada blog sejak 2010, tak pernah sekali pun aku bagi hadiah top komen pada blogger-blogger.. memang selama ni ada niat nak bagi, cuma belum masanya.. so! siapa blogger tersebut? and taraaaaaaa.. 

SIAPA BLOGGER UTARA?? SILA BACA!


Hai.. sepanjang 6 tahun aku berblogging, macam-macam jenis blogger yang aku kenal even tak pernah jumpa sekalipun.. ada blogger utara, selatan, timur, semualah.. seronok kan sebenarnya jadi blogger ni, boleh dapat beribu riban kawan.. haha.. sepanjang korang jadi blogger ni dah berapa post yang korang dah post dalam blog? ada tak korang buat planning untuk blog korang? untuk jangka masa pendek dan panjang.. perlu ke? ehhhh.. jangan fikir main-main, blog ni macam satu career jugak tau! kena update setiap hari, kalau tak update macam buat kerja office tak selesai. hehe.. ke korang tak ada langsung plan untuk blog? macam kalau hari ni nak update, then update.. kalau esok tak nak, tak payah.. macam tu ke? tak kisah la apa pun yang korang buat, aku yakin korang ada aim korang sendiri dalam blogging.. 

RAHSIA DAPAT SEO BLOG 100%


setiap hari bila aku buka blog, aku akan usaha untuk pastikan yang blog aku akan capai score 100%.. sebab aku tak pernah capai score paling tinggi. penah dapat pun 80% ja.. macam2 dah aku edit dekat html tu sampai blur.. rujuk tuto sana sini. ada yang aku paham dan ada yang tak paham. mungkin dulu, aku ambil lewa pasal seo blog ni, sebab aku tak tau kuasa seo ni segalanya.. haha. melampau kau busyra! so, tadi still lagi godek google untuk nak pastikan blog mencapai 100%.. tengok dekat bloglist aku tadi, ada seorang blogger yang update entri blog pasal "Tips Edit Blog Seo Friendly".. terus aku buka link dan edit! then apa jadi??

NAMPAK BLOG KUPU EMAS INGAT LAH BUSYRA TAKIYUDIN

Hai semuaaaa..


sebenarnya dah lama terfikir nak kenalkan blog dengan nama samaran sebab nama sendiri susah untuk dieja dan di ingati.. mungkin bagi orang yang dah lama kenal aku mungkin mudah dan senang nak ingat. tapi aku sendiri fikir yang kalau aku baru kenal dengan orang then dia tanya blog awak nama apa ye? dah sudahhhh.. aku nak kena sebut panjang2 dengan busyratakiyudin.com.. korang rasa masa tu dia ingat ke? haha.. mesti macam eh ejaan nya macam mana.. dah terlupa.. sebenarnya benda ni dah lama aku fikir dan hadam sedalam2nya.

Pageviews semalam mencecah 3K

Assalamualaikum semua..


baca tajuk pun dah tau kan? alhamdulillah dan terima kasih aku dekat korang sebab selalu datang, baca dan komen di blog aku.. jujur aku cakap ini pertama kali aku dapat pv sehari sebanyak ni. sebelum ni tak pernah. sebab aku blogger yang suam2 kuku ja. haha.. sebelum ni hanya main2 dalam blog.. tapi bila dapat tengok pv ni bertambah excited dan nak serius dalam blogging.. harapnya ia kekal.. pukul 11 pagi semalam ramai yang masuk blog ni. mungkin masa tu ramai orang tengah aktif di laman sosial. so singgah la kejap di teratak busyratakiyudin ni.. teruskan menjengah blog ni ye.. <3 dan harapnya blog ni menjadi blog yang berguna untuk korang.. okay bubye!

Hadiah Gambar "Miniature Photography by Twelvelabstudios"

Hai semua..

hari tu aku ada join satu GA yang dianjurkan oleh blogger mirza syazwina .. tertarik nak join GA dia ni sebab gambar2 yang dia edit ni gempak! hehe.. aku pun salah sorang peminat photoshop! sebab tu suka dengan hasil kerja dia. comel2 semuanya.. so, aku nak share sikit gambar cute dari dia..

gambar first yang aku bagi pada mirza untuk di edit ni adalah gambar masa konvo diploma di uitm seri iskandar, tahun 2014.. gambar ni jadi salah satu kenangan aku.. tahun depan inshaAllah konvo kali kedua. hehe.

Best main Puzzles online di JSPuzzles!

Hai..


Boringnya hari ni dan tak tau nak buat apa, so aku buka puzzles online.. main2 letak sana letak sini dan siap akhirnya puzzles aku! aku memang minat main puzzles dari dulu zaman budak2 lagi. main puzzles ni boleh galakkan otak kita ni berfikir. mana tak nya, kena la fikir kan nak letak dekat mana, atas ke bawah ke, tepi ke, kan? dari situ kita bukan saja2 main tau. kita biarkan sel-sel otak kita ni berhubung! hehe.. :p 

Menang Kupon RM200 Contest Traveloka!! #MyTravelokaEscapade

Hai..

Alhamdulillah... aku menang kupon rm200 dari Traveloka lepas aku join satu contest #MyTravelokaEscapade .. alhamdulillah.. korang nak join jugak?? okay korang boleh baca di sini >> Terbang Jauh ke South Korea dengan Traveloka ...contest ni ada peringkat2 tau. first dorang akan cari pemenang mingguan. yang aku dapat kupon ni pemenang minggu pertama. so, korang masih ada peluang untuk dapatkan kupon macam aku ni. kalau dapat ni boleh la booking tiket flight or hotel!! untuk pengetahuan korang, pihak Traveloka memilih 10 pemenang pada setiap minggu.. korang kena join awal2. sebab kemungkinan if minggu pertama korang tak dapat. nama akan di bawa ke minggu kedua.

#FoodWritingChallenge - Day 3: Resepi Ayam Masak Serai dan Peria Goreng

Assalamualaikum..

hari ni masuk hari ketiga untuk #foodwritingchallenge! sebelum tu nak story dekat korang yang tadi aku jawab online exam pen. pegawai tadbir. arghhhhh... soalan bahagian A dia tah apa2. stress! susah gila wei. soalan bahagian A tu pengetahuan am/sejarah. aku ni sejenis manusia yang tak minat sejarah! lepas tu kan dah la tadi nak masuk portal SPA lambat gila loading. aku dapat masuk 20 minit nak habis masa tu. mana sempat! 50 soalan tu.. huhu. sedih! bahagian B, alhamdulillah la boleh.. tapi tak tau la, doakan aku ye dapat interview nanti. 

okay la tak mau sedih lama2! sekarang ni nak teruskan dengan mood cabaran aku ni. sebenarnya kan aku lewat sehari untuk buat cabaran hari ketiga ni. disebabkan ada masalah sikit. huhu. kira halal la ye, sehari ja. haha!

Terbang Jauh ke South Korea dengan Traveloka!

Assalamualaikum awak2 semua..


Korang kalau dapat tiket free ke luar negara seronok tak? hehe. aku tau mesti tu salah satu impian korang kan? sama la dengan aku. sapa tak nak melancong ke luar negara. Kalau korang diberi peluang, korang nak ke mana? okay nih, aku ada berita baik untuk korang. Mesti korang pernah dengar Traveloka kan? website yang korang boleh gunakan untuk buat tempahan online tiket dan hotel. haaa, Traveloka ada buat satu contest untuk blogger dan yang tak ada blog pun boleh join. Traveloka nak bagi tiket flight ataupun kupon hotel free. best kan? kita boleh pilih nak kemana untuk 10 negara yang Traveloka senaraikan. 

Review Drama Isteri Tuan Ihsan Astro Ria 104

Hai..


Arghh. tak sabarnya nak tunggu drama ni.. Isteri Tuan Ihsan! dah la minat dengan lakonan aaron aziz. sebelum ni drama awak sangat nakal memang aku tak tengok sebab kurang minat. drama ni start 5 Dis ni hari isnin. dah pasti2 dekat astro ria. drama dekat astro ria ni semua episod pendek2 ja. lepas drama Isteri Tuan Ihsan ni aku dok menanti cerita yang anzalna dengan syahrul ridzuan pulak belakon. haha. duduk dirumah ni tak buat apa asyik mengadap tv dengan blog ja la. hehe..

Jom baca sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota . Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani . Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal , manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja ). 

Sahut Cabaran untuk 7 Day Food Writing Challenge!!

Hai..


seronok sebenarnya tengok blogger update entri based on list cabaran. ada yang 30 hari ada yang 14 hari dan ada yang seminggu. sebenarnya cabaran ni memang sangat2 bagus untuk blogger. ramai yang cakap orang buat cabaran ni tak ada idea. bagi aku bukan itu saja, yang paling penting dengan cabaran ni kita akan keep writing everyday. even kita malas update blog kita kena buat jugak sampai habis sebabnya sekali dah mula cabaran tak boleh stop ye. hehe :p 

sebab tu la aku try to challenge myself!! aku tak pernah buat cabaran blog macam ni. sebenarnya nak start semalam. tapi terlewat sehari pulak. so tak pe. maksudnya aku akan start esok sampai cukup 7 hari! try untuk buat 7 hari dulu. haha. barulah kalau dah okay boleh buat untuk sebulan.

Dah 6 Tahun jadi BLOGGER

Hai, Assalamualaikum..

Hari ni 2 Dis 2016. kejap ja pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun..genap 6 tahun 2 bulan 2 hari aku jadi seorang blogger. even banyak sangat aku main2 dalam blogging ni. haha. maksud aku macam kejap update entri kejap tak. tak konsisten langsung. aku rasa hujung2 tahun ni ja aku betul2 fokus dekat blog. sebab dah habis study kan. dok rumah pun boring tak buat apa. better aku teruskan apa yang aku dah buat ni. banyak benda yang aku kena belajar lagi dalam dunia blog ni. 

ramai kawan2 tanya, "best ke ada blog ni?""tak bosan ke asyik main blog?""sampai bila nak berblogging?".. soalan2 macam tu la yang akan buatkan aku bertambah semangat nak update! tak kesah la korang nak cakap bosan ke apa. yang penting aku suka! 

Tips untuk jadi Yakin pada diri

Hai..


nak cakap pasal confident dalam diri ni memang kadang tu aku sendiri pun tak dapat nak kawal diri, rasa kurang yakin dan kadang tu shy shy cat. tanya pada diri korang, tahap level yakin korang tu dekat mana? diri sendiri mesti la tahu..

sebenarnya nak jadi yakin ni korang tak perlu nak cergas, kurus, ada rambut cantik, rumah besar, ataupun orang selalu cakap "dia dah cantik" memang yakin lah. cuba muka hitam, keyakinan tu mesti kurang. okay sekarang ni cuba ubah mindset korang tu. jangan asyik nak cakap macam tu je sebab permulaan dari yakin adalah dari diri korang sendiri!

Kecantikan Pulau di Bali Indonesia

Hai..


tengok gambar2 lama. teringinnya nak pergi lagi. serius best. pulau dekat sana memang terbaik! cantik. patut la ramai ke sana sebab honeymoon. haha. sesuai untuk pasangan yang sweet2 baru kawen. nak kesana lagi tapi mungkin dengan pasangan one day. hahahaha. :p berangan jap! eh! nama gambar dekat atas tu aku tak ingat nama tempat dia. tapi yang penting nak masuk ke situ kena pakai kain kuning. ada la adat dorang dekat sana. tapi dekat entrance nak masuk ni banyak sangat monyet. huhu. seram jugak lah dibuatnya.

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-