Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Daging Dendeng Penambah Selera Makan

Hai.. 


mesti semua dah kenyang kan, sebab dah penuh dengan segala macam makanan dalam perut tu.. hehe. esok korang nak masak apa pulak? mesti tak tau lagi kan nak masak apa.. so, apa kata korang cuba resepi daging dendeng pulak.. serius sedap, bagi sesiapa yang peminat lauk2 kering, boleh la cuba.. makan dengan nasi panas2, bukan saja berselera time berbuka, sahur pun tambah nasi 2 kali nanti.. resepi ni sangat mudah dan simple. resepi ni pelbagai tau, bukan hanya boleh makan dengan nasi tapi boleh jugak masak untuk raya nanti, makan dengan ketupat atau lemang.. bahan2 ni InshaAllah semua ada dekat rumah korang.. kalau tak ada pun, gi je la beli, tak mahal pun bahan-bahannya.. hehe. jangan tengok pada warna je okayyy, hitam bukan sebarang hitam.. haha. okay meh, ikut step memasak daging dendenggg!

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Hai..


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita puasa.. ada sesiapa dah ponteng puasa ke? hehe.. bulan puasa ni lagi la tak sempat nak mengadap blog! cadangnya haritu nak join contest Ramadhan Lazada.. hampeh! last2 date terlepas.. huhu. dah siap masak dah pun, tapi tak sempat nak buat entri.. sayangnya lahai! tak pe la.. aku up jugak entri resepi ayam paprik untuk korang semua try.. mana tau nak ubah selera nak makan ayam paprik denga nasi putih panas2 pulak kan time berbuka nanti.. semua cukup, ada ayam, sayur! meal yang lengkap! tak perlu nak masak lauk then nak masak sayur pulak kan. 2 in 1 gituu.. haha. mengarut dahhh.. okay, jom kita tengok bahan2 dan caranya..

Resepi Nasi Goreng Kerabu Simple

Assalamualaikum semua..


Salam Jumaat, lama rasanya aku tak post gambar makanan dalam blog ni.. so hari ni ada kesempatan nak share dengan korang resepi Nasi Goreng Kerabu Simple.. aku buat nasi goreng ni sebabnya rindu nasi goreng kerabu yang aku selalu singgah dekat kedai makcik favorite area alor setar.. tapi sekarang ni kedai tu dah tutup.. aku tak tau pulak sebabnya apa.. so disebabkan rindu nasi goreng, apa kata kita try masak sendiri. bagi penggemar serai dan bunga kantan, boleh la try ye resepi ni.. aku dulu tak suka makan bunga kantan tapi bila dah try masak dengan nasi. sedap pulak! :p resepi ni sangat lah mudah dan cepat.. masuk masuk semua bahan then siap!

NUTELLA CUPCAKES HANYA GUNA 3 BAHAN!

Hai..


petang tadi nampak nutella dekat atas meja and still banyak lagi, maklum la selalunya adik aku yang selalu habiskan nutella tu.. tapi ni dia dah balik ke politeknik dia, so tak da siapa la nak makan sangat. tinggal aku dengan mak dan ayah ja.. siapa lagi nak makan kan, mak dan ayah lagi la tak sentuh langsung. haha.. terus terlintas nak buat nutella cupcakes, sebab bahan-bahannya semua dah ada dekat rumah.. eh senang sangat ke nak buat ni? memang senang sangat! yang lelaki pun boleh buat, kacau-kacau sikit terus bakar! tengok tajuk pun dah cakap kannn, hanya guna 3 bahan saja.. tapi tadi terpaksa jugak keluar sebab nak beli bekas cupcakes tu.. so, jom meh tengok cara-cara buat nutella cupcakes!

RESEPI MAGGI UDANG GALAH SIMPLE

Hai.. 


malam ni tak makan nasi pun and just masak maggi yang mudah dan apa yang ada dekat dapur.. so, dalam entri kali ni aku nak share dengan korang resepi aku sendiri yang aku main campak2 ja. :p ..tapi yang bestnya campak2 ni, yang tu yang sedap! tak percaya? haaa korang try esok masuk dapur dan campak2 ja apa nak masak. confirm sedap! hehe.. memandangkan dalam peti ada udang galah, boleh la letak dalam maggi nanti. selalunya kalau masak maggi aku akan masukkan telur or ayam.. tapi tak tentu jugak, kalau tengah malam time lapar, kadang tu aku bedal ja letak air panas then rendam. haha.. itu paling malas habis! resepi maggi ni aku tak letak cili kisar ke apa ye. abes tu letak apa? haaa meh tengok bahan-bahannya..

TAKOYAKI SEDAP DENGAN SOS MELIMPAH!!

Hai..


petang2 macam ni, selalunya akan keluar cari makan. sebab perut dah lapar. so perlu diisi dengan makanan.. hehe. untuk petang ni, no cucur udang, no cucur pisang, no nasi lemak. tapiiii takoyaki!! dulu kan masa dekat uitm time study dulu. banyak ja makcik2 jual dekat dalam u, dekat pasar malam.. tapi aku tak terasa nak makan sangat... pernah sekali ja kot cuba dekat satu makcik ni. tapi kurang sedap.. mungkin bahan2 yang dia masukkan tak cukup. ada yang kurang.. tadi jenjalan cari makan, terus teringat takoyaki yang aku selalu beli.. memang sedap gila! tak tipu. terus bookmark muka makcik tu dengan kedai dia!.. haha :p ..resepi dia tu lain dari yang lain..

RESEPI MAKARONI GORENG SEDAP

Hai..


malam tadi aku dinner makaroni goreng saja.. nak makan western pulak.. hehe. resepi ni memang dari aku sendiri. sebab aku suka campak2 bahan dalam kuali. main ikut sedap aku ja. tapi yang penting mudah dan menjilat jari. haha. bahan2 memang rasanya semua ada dekat rumah. selalunya orang suka makaroni goreng cheese kan? tapi aku bukan penggemar cheese. lebih kepada makanan yang pedas. bukan la tak makan terus cheese. sebab entri aku yang sebelum ni pun aku ada buat makaroni cheese bakar.. okay tak mau sembang panjang. jom tengok resepi makaroni goreng sedap plus pedas..

RESEPI NASI GORENG CILI KERING

Hai Assalamualaikum..


malam ni terasa nak makan nasi goreng. selalunya aku memang akan buat nasi goreng cili padi. tapi harini tekak terasa nak makan nasi goreng letak cili kering pulak. nasib baik la tekak ni tak mintak bukan2. hahaha. mengalahkan orang mengidam.. aku ni memang penggemar nasi goreng. tambah2 nasi goreng kerabu suka sangat order dekat kedai. nak buat dekat rumah tak tau pulak caranya nak bagi sedap. okay2, dah melalut dah ni. bagi yang belum pernah cuba nanti follow cara aku buat ni. gerenti nanti repeat buat lagi. :p ..perasan! bahan2 yang sangat mudah. semua ada dekat rumah... korang jenis yang suka makan masakan yang ada cili kering? kalau suka meh baca resepi aku dekat bawah ni..

#FoodWritingChallenge - Day 2: Kek Batik resepi kegemaran dari zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Masuk hari kedua #foodwritingchallenge.. terus mengimbau kenangan lama main masak2 belakang rumah, masak pakai tempurung lepas tu cakap dengan jiran sebelah rumah "saya hari ni nak masak kek batik, awak?" hahaha. kek batik apa benda nya la, kek batik letak daun! :p ya Allah, rindunyaa..


haaa itu lah makanan favorite aku dari budak2 sampailah sekarang. tapi aku suka makan resepi yang dibuat dari air tangan akak aku ja. kalau beli dekat tempat lain tak sama! sekarang kan ada kek betik versi lembut dan keras. aku suka yang keras, masih terasa biskut marie tuuu.. uishhh sedap ah!

Resepi Frozen Hot Chocolate


Ya Allah.. sebut ja hot chocolate memang fevret aku! walaupun aku bukan penggemar makan coklat bar tu *macam cadbury. tapi kalau kau bagi hot chocolate depan aku. memang habis la jawabnya. nak nak pulak yang ada whipped cream yang banyakkk.. lamanya tak makan. arrgghh craving nya.

selalunya aku selalu beli ja dekat luar. tapi tadi tengok2 fb jumpa satu resepi ni. serius sedap! korang pun boleh buat sendiri. meh sini aku nak share dengan korang. nanti try tau bagi penggemar hot chocolate. aku bagi resepi yang frozen punya... let it goooo.. let it gooo.. lalalala.. hahaha :p

Ayam Panggang dan Sos Blackpepper

Assalamualaikum wbt..


petang tadi aku sempat buat ayam panggang makan bersama sos blackpepper. memang kalau ayam panggang, chicken chop yang makan dengan sos blackpepper adalah favorite aku. :) so disini aku nak share dengan korang resepi untuk buat ayam panggang. mudah dan senang. yang penting dirumah kena ada oven lah! kalau tak macam mana nak panggang kan. hehe. okay let's!

Bahan kisar untuk diperap bersama ayam:

1. 5 ulas bawang putih
2. 2 ulas bawang besar
3. 1 ketul kiub ayam knorr
4. 3 sudu besar sos lada hitam
5. 1 inci halia
6. secubit garam dan gula
7. sedikit air
8. Madu *jika nak lebih sedap dan manis (dekat rumah aku tak ada madu pulak, lupa nak beli tadi)

RESEPI SARDIN MASAK PEDAS

hari ni masak sendiri sebab mak sibuk nak buat rendang dan ketupat. setiap tahun tak kira la raya haji or raya aidilfitri, ketupat dan rendang memang tak boleh dipisahkan dari rumah ni. hehe. okay2. nak dijadikan cerita aku masak sardin ja hari ni. resepi tiru eina azman (tengok di instagram) cuma ada sedikit pengolahan pada resepi ni. hehe. sedap nauu nauu resepi dia.


Bahan-bahan:

1. Sardin - 1 tin
2. Serai - 3 batang (diketuk)
3. Bawang merah - 2 ulas (dihiris)
4. Cili padi - 2 biji (di potong serong)
5. Cili kisar - 5 sudu besar
6. Bawang besar - 1 ulas (dihiris bulat)
7. Asam Gelugor - 1 keping
8. Gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak
2. Tumis bawang merah bersama serai
3. Masukkan cili kisar
4. Masukkan sardin (digoreng terlebih dulu sebelum dimasak) dalam 3-4 minit
5. Masukan gula, garam, dan asam gelugor
6. Masukkan cili padi dan bawang besar
7. Siap! sedia untuk dimakan dengan nasi putih dan telur dadar.


selamat menjamu selera!

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-