Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Min Kaffe - Kopi Bercampur dengan Garam Buluh bantu menambah tenaga setiap hari

Hai semua..


baru seminggu tak ber update dah rindu rasanya dekat blog sendiri! haha.. malam ni gagahkan diri jugak untuk buka laptop dan up satu entri untuk tatapan korang.. yang mana sememangnya merindui aku, sila lah komen dengan pantas! hehe.. okay lah, aku nak share dengan korang Min Kaffee yang aku dapat free minggu lepas. nak dijadikan cerita, aku tak pernah tahu pun kewujudan Min Kaffee ni. sampailah satu hari masa dekat office, ada customer nak ambil barang yang dia dah order then dia bagi aku satu kotak Min Kaffe ni. Dia stokis Min Kaffe rasanya. Alhamdulillah rezeki, dia cakap cubalah try.. memang bagus kopi ni.. aku lagi lah excited nak try. sebab yang specialnya adalah kopi ni bercampur dengan garam buluh..apa rasanya?

ASMA FELT BOX PEMBEKAL KAIN FELT DAN BAHAN-BAHAN KRAF TANGAN

Hai semua..


Dekat sini ada tak peminat felt craft? korang tau tak apa benda yang aku maksudkan ni? bagi yang belum tau, felt craft adalah projek kraf tangan yang diperbuat daripada kain lembut menggunakan gam then ditambah pula dengan aksesori benang, butang, manik.. alaaa yang bila korang tengok yang bentuk-bentuk burung comel, love, yang kecil2 tu.. yang selalu orang buat keychain menggunakan kain felt.. So sekarang ni aku nak kongsikan dengan korang website yang boleh bantu korang untuk beli dan korang boleh lah mula untuk buat sendiri dengan mudah.. tak payah nak susah-susah pergi kedai untuk beli, zaman sekarang kan semunya di hujung jari.. Apa website yang aku maksudkan ni?

BLOGGER WAJIB ADA BUKU PLANNER!

Hai readers semuaaa!


entri kali ni aku nak share dengan korang betapa pentingnya planner untuk aku.. aku ni jenis yang suka catat apa-apa saja perkara dalam buku.. tak kisah la perkara tu senang nak ingat ke susah ke, semuanya akan di catat dalam buku.. sebab bagi aku even kalau benda yang remeh sekali pun, kalau time kita busy, confirm kita akan lupa jugak kan? manusia weh! mana ada semua benda akan ingat dalam satu masa.. so, bagi aku, planner memang sangat penting, especially pada semua blogger.. memang kita boleh ja tulis note dalam phone.. tapi tak kan sama kan dengan catat dalam planner/ note book? siapa setuju sila kenyit mata! hehe.. dan semestinya kalau planner yang lawa lagi semangat nak tulis kannnn.. rasa macam sayang gila dekat planner tu.. korang boleh rasa tak apa aku rasa. bila first time nak tulis dekat planner yang baru, rasa macammmm, arghhh sayangnyaaa. haha

ROTI GARDENIA BAKAR LETAK TELUR

Hai.. Selamat malam semua..


banyak resepi yang aku teringin nak buat! semuanya dari facebook.. aku ada follow satu page resepi masakan, macam-macam post makanan setiap hari.. bukan saja masakan western tapi masakan kampung pun ada. banyak sangat resepi! semua teringin nak buat! tapi tak pandai pun. haha.. tadi tengok roti bakar letak telur plus cheese.. tapi mana nak dapat cheese memalam ni. so tak letak la cheese.. aku tukar ikut sedap mulut sendiri. aku letak serbuk chili flakes dan serbuk lada putih! sebenarnya orang cakap kalau telur separuh masak baru sedap kan.. tapi aku tak boleh nak telan telur separuh masak. haha.. sebab tu buat sampai masak..

BOAT NOODLE DI ALOR SETAR | KAFE HLM AUTHENTIC


Petang tadi pusing2 bandar alor setar, terus teringat Boat Noodle yang kawan aku cerita haritu.. so, cari punya cari, akhir jumpa jugak.. rupanya Kafe HLM Authentic ni tingkat satu. tak perasan.. first time sebenarnya rasa boat noodle dekat kafe ni.. ramai jugak yang menyinggah dekat situ dan order bertingkat2 mangkuk boat noodle. hehe. yelakan nama pun boat noodle, sikit sangat mee dalam mangkuk tu.. kalau time lapar memang tak kenyang la jawabnya. so, sedap ke tak sebenarnya boat noodle dekat sini? nak bagi berapa markah ni? hehe. haaa meh la teruskan baca, mana tau nanti korang boleh singgah ke sini.

TAKOYAKI SEDAP DENGAN SOS MELIMPAH!!

Hai..


petang2 macam ni, selalunya akan keluar cari makan. sebab perut dah lapar. so perlu diisi dengan makanan.. hehe. untuk petang ni, no cucur udang, no cucur pisang, no nasi lemak. tapiiii takoyaki!! dulu kan masa dekat uitm time study dulu. banyak ja makcik2 jual dekat dalam u, dekat pasar malam.. tapi aku tak terasa nak makan sangat... pernah sekali ja kot cuba dekat satu makcik ni. tapi kurang sedap.. mungkin bahan2 yang dia masukkan tak cukup. ada yang kurang.. tadi jenjalan cari makan, terus teringat takoyaki yang aku selalu beli.. memang sedap gila! tak tipu. terus bookmark muka makcik tu dengan kedai dia!.. haha :p ..resepi dia tu lain dari yang lain..

SKIN CARE PRODUCT REVIEW: SWISSVITA SERUM

Hai..


korang ada mengalami masalah kulit? seperti kulit tak sekata? berjerawat? okay.. dalam entri ni aku nak share dengan korang 3 jenis serum yang mampu membantu korang mendapatkan semula kulit yang cantik dan jauh dari jerawat! Apa itu Swissvita? Swissvita ialah produk penjagaan kulit yang bebas dari parabens, alkohol, wangian dan pigmen.. so, tak perlu risau sebab produk dari Swissvita ni selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Produk ni disimpan dalam tiub aluminium gred farmaseutikal untuk mengelakkan pencemaran/kuman2 dari masuk ke dalam.

REVIEW: GOLDEN MUSHROOM MASK SHEET

Hai..


hari ni nak share dengan korang betapa lembutnya kulit aku lepas pakai Golden Mushroom Mask Sheet! terasa anjal pulak kulit ni. :p ..masa start letak dekat muka tu rasa sejuk sangat. melekit tak? rasa melekit la sikit masa start pakai, lepas dah kering tu, rasa selesa! aku letak dekat muka dalam 20 minit saja then bilas dan lap dengan tuala bersih. masa pakai tu korang duduk dekat depan kipas. fuhhh sejuk dia makin terasa. bagi sesiapa yang kulit kering, boleh lah selalu pakai mask ye, sebab mask melembapkan kulit kita. kenapa di panggil mushroom mask? kerana cendawan adalah baik untuk kulit dan bahkan untuk rambut dan kesihatan. 

BEAUTY PRODUCT REVIEWS: RATU SCRUB ORGANIC

Hai..


Entry kali ni aku nak kenalkan dekat korang satu jenis scrub untuk yang belum pernah baca entry aku yang lepas2 tu sebab sebelum ni aku dah penah buat review.. tapi tak ada letak cara nak pakai scrub ni macam mana kan... Apa nama scrub yang aku pegang tu? itu adalah Ratu Scrub Organik.. kali ni aku nak tunjuk pada korang warna scrub dan cara penggunaannya. mudah ja. sambil pejam mata pun boleh buat. haha :p Ratu Scrub organik ni memang diperbuat dari bahan2 semula jadi, so tak perlu la risau kalau nak pakai kan. tak ada bahan kimia atau apa2 pun. bukan saja setakat kulit jadi putih tapi yang bestnya kulit jadi flawless dan licin. yang parut2 semua hilang kalau konsisten pakai pagi dan malam. 

#FoodWritingChallenge - Day 4: Review Buku Masakan

Hai..


masuk hari keempat #foodwritingchallenge!! lagi 3 hari nak habiskan cabaran ni.. untuk entri ni nak story pasal buku masakan. sebenarnya kan aku last beli buku masakan 2 tahun lepas! haha. tu pun saja2 beli dekat popular. tapi gambar buku tak dapat dikesan. buku dah lenyap ke mana. hahaha. sebab dah lama tak masak! :p aku ada 1 ja buku masakan. bukunya tebal. beli untuk mak dulu2 tu. tapi mak malas nak refer situ pulak. 

dalam buku tu semua ada sebenarnya! bila buat #foodwritingchallenge ni terus cari buku tu! tapi tak jumpa jugak :( ada pasal resepi buat roti, resepi masakan western, resepi masakan melayu. semua la. serba serbi. aku paling suka buat rotiii...time nak bakar tuuuu excited! aku beli buku masakan tu memang nak memudahkan. kalau nak masak buka 1 buku ja. haha. nampak tak pemalas sebenarnya. hehe

Review Drama Isteri Tuan Ihsan Astro Ria 104

Hai..


Arghh. tak sabarnya nak tunggu drama ni.. Isteri Tuan Ihsan! dah la minat dengan lakonan aaron aziz. sebelum ni drama awak sangat nakal memang aku tak tengok sebab kurang minat. drama ni start 5 Dis ni hari isnin. dah pasti2 dekat astro ria. drama dekat astro ria ni semua episod pendek2 ja. lepas drama Isteri Tuan Ihsan ni aku dok menanti cerita yang anzalna dengan syahrul ridzuan pulak belakon. haha. duduk dirumah ni tak buat apa asyik mengadap tv dengan blog ja la. hehe..

Jom baca sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan 

Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota . Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani . Saroja juga lantang dalam bersuara. Tetapi yang pasti dia sangat nakal , manja dan keras kepala ( semuanya cukup lengkap dan ada pada diri Seroja ). 

Blogger Addy Azizul buat review blog ni??

Assalamualaikum semua..


seminggu jugak la menyepi. bukan sebab apa pun. sebab internet macam penyu yang baru menetas. hehehe. merepek! okay berbalik pada tajuk entri, blogger Addy ada buat review pasal blog aku yang tak seberapa ni. kalau nak tengok boleh ke sini >> Aku seorang Blogger Wanita 

sebenarnya Addy tak ada buat ga/ contest or apa2 pun. dia just pick mana2 blog yang dia nak review saja. sebab tu aku terharu dan nak buat entri penghargaan buat dia. bukan senang kan orang lain sudi nak review blog kita. i'm speechless, mungkin bagi korang benda ni adalah perkara biasa. tapi aku akan rasa terharu bila ada orang buat macam ni dekat aku. hehe. tetiba emooo.. apa pun thankss Addy. 

aku harap Addy akan terus berblogging dalam dunia blogger ye. okay semua bai!


Bercinta dengan orang tua tapi smart bergaya??

Hai..



serius best cerita ni. sebab lain sikit dari cerita sebelum2 ni di slot akasia tv3. selalunya asyik bercinta dengan orang muda sado hensem ja kan. tapi kali ni dah duda ada dua anak lagi uolss. tapi still hensem. memang tak miss la aku tengok cerita ni sebabkan heronya zamarul hisyam. haha. kay bai!


AKHIRNYA BERJAYA NAIK SKYBRIDGE, LANGKAWI

Hello semua..

entri ni sebenarnya dah lama sangat di draft post. tapi disebabkan aku tak ada masa nak update, terpaksalah aku biarkan entri tu terkubur beberapa bulan lalu. huhu. sadis betul! saja nak share dengan korang pengalaman naik skybridge di langkawi. serius best!

eh kejap! macam mana aku boleh sampai ke sana? di sebabkan ada seminar yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) semasa aku praktikal di sana dulu.


setibanya di sini kami menginap di hotel HIG





dan seterusnya majlis seminar bermula, serius agak penat masa ni sebab baru saja sampai


budak2 praktikal bersama staf JPBD.. :D  hari kedua terus dengan seminar, hari ketiga baru kami ke skybridge! 


laluan untuk ke atas jambatan. penat sebab jauh jugak. haha. al maklum jarang bersenam. hehe


akhirnya sampai jugak! eh eh jumpa omputih laa. haha


pemandangan yang agak kabur sebab kami berada di ketinggian yang tinggi. haha. tak ingat berapa ketinggian jambatan ni..


serius pemandangan yang cantik! rasa nyaman. 




pemandangan dari atas cable car


nak romantik kejap dengan pasangan. haha


masa ni aku agak sedikit gemok. haha. sebab setiap hari time praktikal asyik bekfes dengan nasi lomak ja. so badan pun dah naik lomak la jawabnya. heee. 


sekarang ni berat badan dah kembali ke normal. but i miss badan masa praktikal. :(




sebelum balik kami singgah ke pantai duluuuu.. 


best sangat ke sana! tapi sebenarnya pengalaman bersama staf JBPD lagi best. rindunya dekat dorang. :(

korang ada pengalaman ke sana? share la.. okay bai!


KULIT LEMBUT, FLAWLESS DENGAN ELLFIE BEAUTY

Hai semua..


nak kulit flawless, gebu, lembut macam baby tak? meh ramai2 try this produk. jangan cakap aku menipu tau. yela aku paham korang mesti tak yakin kan, maklum la banyak produk kecantikan sekarang ni memang banyak yang bila pakai tak sesuai la dengan muka, tumbuh jerawat la. tapi dengan Ellfie Beauty ni memang terbaik bagi aku. sebab aku salah satu pengguna setia Elffie. sebut ja Ellfie mesti korang kenal kan siapa pengasas nya, mesti la akak eira syazira. kulit dia pun gebu nau nau uolss. hehe

Kandungan dalam Set Ellfie Beauty:


Cleanser
Membersihkan segala kekotoran dimuka. Kulit muka akan menjadi lembab. Sesuai untuk membaiki masalah kulit muka berminyak, lesu dan stress 


Toner
Membantu kulit muka menjadi tegang dan anjal. Meransang otot muka untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit anda.


Night Cream
Cream ini memberi kesan yang menyegarkan dan melembabkan kulit



Day Cream
Formulasi khas untuk memutihkan kulit dan juga sebagai pelindung matahri. Bertindak sebagai cream anti jerawat. Memperbaiki rona kulit tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan keran rekahan dan pori terbuka. 

Produk ni sesuai untuk:
* Semua jenis kulit
* Semua jenis masalah kulit
* Berkesan dalam 3 - 4 minggu (Bergantung kepada jenis kulit dan hormon)
* Sesuai untuk semua peringkat usia

Produk ini membantu masalah kulit dari segi:
* Masalah kulit rona tak sekata 
* Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat
* Memudarkan pigmentasi * Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka
* Membantu mencerahkan kulit
* Memperbaiki kulit kusam
* Kulit tidak berminyak 

Cara pemakaian Produk Elffie Essence:

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream. Selepas itu anda boleh menggunkan loose powder seperti biasa. Tidak perlu menggunakan foundation. Boleh make up seperti biasa.

Night 
Cleanser, Toner dan Night Cream 
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan mengunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan Toner keseluruh wajah. Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan night cream.

Harga Ellfie untuk 1 set (toner, cleanser, day cream, night cream) RM120. untuk first try ja aku beli yang set. untuk cuba dulu sesuai ke tidak dengan kulit muka kan. bila dah second time, aku beli yang loose item dengan harga:
Cleanser 50ml - RM55
Toner 50ml - RM55
Buy Both - RM100

Night Cream - RM60
Day Cream - RM50

aku beli yang loose item sebabnya day cream tahan 3-4 bulan. tapi cleanser yang kena beli tiap2 bulan. tapi okay sangat produk ni. kulit rasa lembut plus rasa segar. lepas tu, aku paling suka cleanser dia sebab bila pakai hanya gunakan 2 titik ellfie saja dan ianya tak berbuih sangat. produk yang tidak banyak buih adalah produk yang bagus untuk kulit muka tau. Ellfie Beauty ni juga ada menjual serum dengan harga RM130. tapi aku tak beli serum, sebab malas. hehe. stay consistent dengan set ni pun dah cukup. tapi bagi sesiapa yang berminat boleh try ye.

Kandungan dalam Gold Serum Ellfie Beauty: 

Ellfie Gold Serum bertindak sebagai produk kecantikan tambahan kepada skincare sedia ada. Boleh mengekalkan set skincare sedia ada, fungsi serum ialah sebagai produk untuk mempercepatkan lagi proses kecantikan kulit wajah.

Satu set Ellfie Gold Serum mengandungi 3.5ml untuk setiap botol. Terdapat 10 botol didalam satu set dan ia boleh bertahan lebih dari satu bulan bergantung kepada cara penggunaan. 1 botol Ellfie Gold Serum boleh digunakan untuk tempoh 5-6 hari.


jadi sesapa yang berminat boleh la cuba ya. bai!

REVIEW LCD SCREEN CLEANING KIT


review pasal spray untuk cuci laptop. bahkan bukan untuk cuci laptop ja tau, semua skrin boleh digunakan. phone, lcd tv, camera.. semua lah. semua! yang ada kaitan dengan skrin. hehe. sebelum ni aku cuci laptop dengan satu lagi jenis spray yang agak kurang memuaskan. tapi yang ni memang berkilat nauuu laptop dengan phone aku. cun! macam baru beli. serius cakap! cecair ni agak sedikit pekat likat. spray ni jenis gel cleaner.. tak macam sebelum2 ni spray yang cair macam air.. 


harga? tak sure sebab dapat free. beli laptop haritu. nanti aku review laptop baru! laptop aku? sure la tak. nak letak mana laptop lama ni.. lepas cuci guna sray baru ni tak jadi nak tukar laptop. haha!.. okay, kalau korang nak tau berapa berkilatnya laptop korang boleh la try sendiri. tapi kalau tanya aku memang puas hati la. 


next post nak review laptop baru pulak! memang best plus ringan! 

REVIEW DOMAIN DARI SYARIKAT SYOKHOST.COM


Seperti yang dijanjikan dari entri lepas, aku nak review tentang domain yang aku beli dari syarikat syokhost.com. banyak pakej yang dorang tawarkan untuk pelanggan yang berminat nak beli domain. bukan saja domain tau hosting semua lah. harga yang sangat berpatutan aku rasa. sebab aku ni jenis yang kalau nak sesuatu aku akan search sampai aku puas hati. banyak sebenarnya syarikat yang tawarkan jualan domain ni. tapi ada yang mula2 saja murah, bila masuk tahun kedua jadi mahal yang mendadak sangat. so, tak best la kan macam tu. tapi dengan syokhost ni korang renew la tahun ke berapa pun, harga nya tetap sama masa first2 dulu korang beli. seronok kan?


berminat? jom beli domain dari syokhost. sebelum tu korang kena check availability url korang dulu. okay ke idok. domain baru yang korang nak pakai ni boleh digunakan atau dah di ambil orang. lepas tu baru lah ikut step seterusnya. haaa, lagi satu yang aku senang dengan syokhost ni, kita boleh transfer duit ikut bank yang kita nak. maksud aku bukan guna sistem yang masukkan no pin bank lah apa lah. syokhost ni just korang lepas transfer duit, korang mesej saja dekat dorang. macam aku, guna maybank2u. 


okay dekat sini aku ada tunjukkan dekat korang harga bagi setiap domain yang korang akan bayar. cuba korang tengok, renew pun harga still sama. okay itu saja review dari aku. apapun korang boleh buat decision sendiri. kalau still ragu2 boleh google dan tengok sendiri domain dari syarikat mana yang terbaik yang korang akan pilih. semuanya terletak pada korang. tapi aku harap entri aku dapat membantu korang bila nak beli domain nanti ye.

tq sudi habeskan masa baca entri ni :)

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-