SEDAR SEDAR DAH HAMPIR SEBULAN

Assalamualaikum semua pembaca blog..


sedar sedar dah hampir sebulan tak ber update blog ni.. bersawang semua cukup. kalau dah ada sawang mesti ada labah2 kan. bapak labah2 pun ada kalau dah sebulan biar blog macam tu ja. huhu.. okayyy dah merapu. dalam masa sebulan ni, aku busy jugak dengan praktikal, tesis lagi. semua tu menyerabutkan aku. tapi apa boleh buat. esaimen lagi penting dari blog. bukan aku tak jenguk blog ni, kadang2 jenguk jugak. tapi boleh kira lah dalam sebulan ni berapa kali ja aku buka. nak di jadikan cerita kenapa aku bertambah stress? sebabnya semua gambar di entri blog aku ni, semuanya hilangggg.. Ya Allah, masa tu geram sangat. kenapa jadi macam ni. hilang mood nak berblogging sebabnya tengok blog sendiri dah kosong je. gambar dah tak ada. 

fikir punya fikir, google punya google, kenapa lah gambar semua hilang ni.. last2 aku dah jumpa jawapannya. salah sendiri.. -_- hari tu masa main2 phone, aku pergi delete semua gambar di akaun gmail yang dalam phone. huahuahua.. aku ingat tak ada kaitan dengan entri blog. rupanya jadi macam ni.. aku ingat bila padam di phone tak akan terjejas apa2 di entri blog.. jangan ye, jangan sesekali buang gambar di dalam phone yang ada dalam akaun gmail. sebabnya nanti ia akan menstress kan korang nak berblogging. dan akhirnya aku ada jalan penyelesaiannya. tapi akan aku kongsikan dengan korang di entri seterusnya. bagaimana nak dapatkan gambar yang hilang di akaun gmail. mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku nak kongsikan juga untuk yang belum tahu. okay. nak tidur dulu.. bai...

TANDA-TANDA MOTHERBOARD LAPTOP ROSAK

Assalamualaikum..
entri kali ni aku nak kongsikan dengan korang tanda-tanda motherboard rosak. jangan buat perkara-perkara larangan ye pada laptop. sebabnya laptop aku dah jadi.. nak tahu cerita, baca entri ni laptop dah okay after 2 weeks. sebelum jadi sesuatu pada laptop korang, ambillah langkah awal untuk mengatasinya. 

sumber google

Jangan buat perkara ini: 

1. Jangan biarkan komputer korang panas melampau atau overheat terutama bagi laptop yang berprosesor   AMD. 

2. Jangan biarkan komputer korang ON berterusan tanpa menutupnya 24 jam kerana kegagalan kipas prosesor berfungsi akan membuat motherboard laptop korang terbakar. 

3. Jangan tumpahkan sebarang air di atas laptop anda terutama air yang berbancuh seperti kopi milo atau teh. kerana ia akan mengakibatkan kegagalan motherboard korang 

4. Jangan letak laptop korang di atas tilam atau bantal kerana ia akan menambah kepanasan komputer anda 

5. Jangan onkan Laptop korang di tempat berabuk kerana proses penyejukan laptop korang akan menyedut udara dari luar kedalam dan pasti membawa habuk melekat pada kipas dan hitsink laptop korang.

Bagaimana nak tahu Moteherboard komputer korang sudah rosak. 

1. Tak boleh on terus 

2. Boleh on tetapi tiada apa apa keluar pada skrin walaupun pada skrin luaran 

3. Ada tanda berkelip pada kekunci capslock komputer korang tapi tiada sebarang paparan skrin keluar 

Oleh itu, untuk mengelakkan kan moterboard laptop kita rosak, kita perlu lah menggunakan kipas luar untuk mengurangkan kepanasan laptop kita semasa kita ON laptop kita. 



credit to: http://komputerdananda.blogspot.my/

LAPTOP DAH OKAY AFTER 2 WEEKS. -_-

Hai, morning..

kenapa aku jarang update sejak dua menjak ni? n kenapa aku tak balas blogwalking kawan2 yang singgah komen, follow di blog ni? mintak maaf semua .. laptop aku dah dekat 2 minggu lebih ada di kedai. ada baru2 ni aku update entri pun pinjam laptop akak kejap. huhu. sedih betul. rindu yang teramat dah ni dekat laptop. taukey kedai laptop tu cakap rosak motherboard. Ya Allah, dah la mahal. nak dijadikan cerita, mula tu laptop ni lembap2 ayam and ada software yang tak boleh nak buka. so, aku pun decide lah nak format. hantar la kedai. lepas tu dia call cakap laptop tak boleh nak buka lepas dah siap format semua. aku pun pergi la kedai dia and tengok memang tak boleh nak buka. gelap terus. dia pun rasa bersalah lah kan, sebab masa aku hantar elok je. 


then dia cakap dia nak bagi harga murah sikit kalau baiki nanti sebab benda ni jadi bila ditangan dia. okay lah kalau macam tu. dia kena hantar dekat kilang untuk baiki. sebab ini libatkan motherboard, rosak bahagian dalam. tunggu punya tunggu dah 2 minggu. dia pun call, laptop dah siap. melayang duit aku RM280. harga asal dalam RM350. bila dah bawak balik, laptop aku jadi renit-renit putih pulak dekat screen. haihh. dah la duit banyak melayang ni. tak boleh jadi, p balik kedai dia. then tinggal dalam sehari. kalau kena bayar lagi memang nak naik angin jugak lah aku. sebabnya masa hantar hari tu dia cakap bila dia check screen, okay ja. so masa aku hantar dekat kedai dia, screen aku memang tak ada problem. lepas tu, pagi semalam dia call laptop dah okay. sebab ada bahagian dalam laptop tu kilang kunci tak kemas, macam mana tah dia terang dekat aku. maklumlah aku bukannya paham sangat bab-bab laptop ni. huhu

btw taukey kedai laptop tu ada bagi nasihat dekat aku untuk jaga laptop and antara sebab2 keroasakan laptop aku ni.. tapi nantikan entri seterusnya. aku kongsikan dengan korang.. :)

okay.. bai...

REVIEW CONTEST LYNK.MY 2015

Assalamualaikum.. hai korang!


sapa nak join contest bernilai RM 4000? angkat kening? heee. okay sapa yang berminat boleh terus membaca sampai habes ye.

Contest review ini dianjurkan oleh Lynk.my. pernah dengar apa itu Lynk.my? aku pun first time dengar. okay mari aku terangkan apa itu Lynk.my.


1. Shorten Url

Lynk.my adalah laman web yang menyediakan servis yang memendekkan link url. sebagai contoh dari satu link url yang panjang, akan menjadi pendek dengan menggunakan Lynk.my .. best kan? senang saja. tak perlu lah nak panjang-panjang link url. 


banyak kelebihan memendekkan link url blog ni. antaranya adalah korang boleh promosikan entri blog korang dengan cepat dan senang. sebab kalau url link yang pendek akan memudahkan lagi korang nak ping link blog korang di mana-mana pautan. 

2. Menjana income dengan mudah 

tak sia-sia tau korang join Lynk.my ni sebabnya ia bukan saja ada kelebihan pendekkan link url malah ia juga boleh bantu korang untuk jana income dengan mudah. bagaimana caranya? mari baca penerangan di bawah. 

Lynk.my ini menawarkan dua servis terbaik untuk menjana income iaitu Publisher dan Advertiser. mudah saja untuk buat side income. first sekali korang kena join dulu Lynk.my , then seterusnya baru ikut step yang ditunjukkan oleh Lynk.my. mudah kan?

Publisher : boleh earn money disini dengan hanya share kan link yang telah korang pendekkan tadi. minimum cash out RM10.


Advertiser : boleh beriklan di sini dengan hanya minimum RM10 dan tiada yuran pendaftaran. korang boleh promosi sepuasnya dekat sini.. 


di sini ada penerangan dengan lebih detail mengenai Lynk.my


jika masih kurang paham, mari tonton video ini untuk lebih pahami Lynk.my


bestkan servis yang ditawarkan oleh Lynk.my. ada lagi best yang korang kena tahu. macam aku dah cerita di awal entri tadi, Lynk.my ada anjurkan contest review.  tak rugi kan kita mencuba. aku akan terangkan dekat korang step by step. jangan risau. 


join dulu Lynk.my then tulis review mengenai contest Lynk.my. korang berpeluang mendapat wang tunai RM4000. bukan nilai yang sikit ye. banyak tu..

TOP LynkUNDI

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP SEO

Tempat Pertama - RM500
Tempat Kedua - RM300
Tempat Ketiga - RM100

TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM1000
Tempat Kedua - RM500
Tempat Ketiga - RM200

klik sini jika berminat untuk join Lynk.my > Contest Review Lynk.my 2015

jadi, apa tunggu lagi cepat2 join, cepat2 buat review mengenai contest ni. bukan susah kan? mudah je. kita pun boleh buat income jugak dengan Lynk.my ni. dengan korang join contest ni dapat lah korang asah bakat dalam penulisan jugak. kan.. kan??

semoga entri ni dapat bantu korang untuk join contest ni.. terima kaseh sudi baca entri ini :)

RESEPI AIS KRIM VANILLA OREO


Akhirnya berjaya jugak buat aiskrim! banyak sangat post entri blogger2 yang buat aiskrim baru2 ni.. rasa teringin. dan tq pada yang sudi kongsikan resepi! okay jom tengok aku pulak buat aiskrim. jadi ke tak, hee..






siap! masuk dalam peti sejuk. tunggu beku! malam ni, baru boleh makan. btw aku nak kongsi jugak resepi dekat korang. bahan2 yang mudah dan murah!

1. 1 tin susu cair
2. 4 sudu besar susu pekat
3. ovalett
4. esen vanilla
5. 1 biji telur
6. oreo

okay! selamat mencuba..

CARA ATASI PERASAAN MARAH

apa yang buatkan korang jadi marah? Bila tengah marah apa korang akan buat?

manusia memang akan hadapi sifat marah setiap hari, samaada lama atau sekejap rasa marah tu datang. jadi kita sebagai manusia perlu tahu cara mengatasi sifat marah..

1. Mengubah posisi duduk
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).

2. Ambil wudhu’
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

3. Mendiamkan diri ketika marah
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.

4. Berfikiran positif
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.

5. Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai
Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.

6. Bawa bertenang
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

7. Senyum
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.

credit to: hafizamri.com

KENAPA IKLAN NUFFNANG TAK KELUAR DI BLOG??

Kenapa iklan nuffang tak keluar ni di blog? dekat seminggu. puas aku cari, punya la update survey la apa la. letak balik code dekat html blog. tapi still tak keluar. tengok dekat blog orang lain ada ja iklan nuffnang. sesaja la kan nak tengok, sebab ingatkan takut nuffnang yang problem. malam ni terlintas lagi nak cek nuffnang, kenapa iklan tak nak keluar.. usha punya usha, rupanya blog url tak update... aku terlupa bab tu. sebab hari tu dah tukar domain. memang tak keluar la kan, sebab url lain. bila tukar url tu, alhamdulillah terpancar iklan di blog. haha. benda simple pun aku tak nampak. hihi. tapi kadang yang simple tu la dianggap remeh dan anggap tak ada apa2 yang berlaku. padahal itulah yang effect semua tak keluar. huhu


tq for reading :)

MINGGU LAWATAN PENSYARAH KE JPBD, KEDAH.


Arghh... cepatnya lawatan lecturer ke tempat praktikal aku. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Alor Setar. kawan2 aku yang praktikal di negeri lain belum dapat information apa2 lagi dari lecturer. mybe lecturer bergerak ke sebelah utara dulu kot. huhu.. untuk yang belum mengenali diri ini, ewah! bermadah pulak. hihi. aku adalah student tahun akhir dalam ijazah perancangan bandar dan wilayah. sekarang tengah praktikal di JPBD. akhir bulan 12 ni habis praktikal. petang tadi dapat call dari lecturer yang akan hadir ke tempat praktikal aku. lecturer cakap dia akan datang melawat aku dan kawan2 dalam minggu ni. tak pasti hari apa, ahad, isnin or rabu. selasa kan cuti,.... hehe. jadi persiapan perlu dilakukan dengan kadar segera. haha. buku log kena kasi settle! dan doakan aku ya untuk lawatan lecturer ni. neves sebenarnya, yelakan lecturer jumpa dengan penyelia jabatan. entah apa yang dibualkan nanti pun kita tak tau. harap semuanya berjalan lancar. amin..

SEGMEN KEMBARA MISTERI BURUNG HANTU


klik banner untuk join. segmen tamat pada 13 nov 2015. mari tambah ramai kenalan dan bolehlah kita support rakan blogger kita ni rosnordin. :)

HARGA ROKOK MAKIN NAIK!!

harga rokok makin naik, tapi perokok masih membeli, mungkin bagi perokok tegar susah nak berhenti. tapi aku doakan korang akan berhenti suatu hari ni. sebab rokok pembunuh nyawa dengan perlahan. bagi sesiapa yang tengah berusaha nak berhenti merokok tu, bagus! teruskan!

REVIEW DOMAIN DARI SYARIKAT SYOKHOST.COM


Seperti yang dijanjikan dari entri lepas, aku nak review tentang domain yang aku beli dari syarikat syokhost.com. banyak pakej yang dorang tawarkan untuk pelanggan yang berminat nak beli domain. bukan saja domain tau hosting semua lah. harga yang sangat berpatutan aku rasa. sebab aku ni jenis yang kalau nak sesuatu aku akan search sampai aku puas hati. banyak sebenarnya syarikat yang tawarkan jualan domain ni. tapi ada yang mula2 saja murah, bila masuk tahun kedua jadi mahal yang mendadak sangat. so, tak best la kan macam tu. tapi dengan syokhost ni korang renew la tahun ke berapa pun, harga nya tetap sama masa first2 dulu korang beli. seronok kan?


berminat? jom beli domain dari syokhost. sebelum tu korang kena check availability url korang dulu. okay ke idok. domain baru yang korang nak pakai ni boleh digunakan atau dah di ambil orang. lepas tu baru lah ikut step seterusnya. haaa, lagi satu yang aku senang dengan syokhost ni, kita boleh transfer duit ikut bank yang kita nak. maksud aku bukan guna sistem yang masukkan no pin bank lah apa lah. syokhost ni just korang lepas transfer duit, korang mesej saja dekat dorang. macam aku, guna maybank2u. 


okay dekat sini aku ada tunjukkan dekat korang harga bagi setiap domain yang korang akan bayar. cuba korang tengok, renew pun harga still sama. okay itu saja review dari aku. apapun korang boleh buat decision sendiri. kalau still ragu2 boleh google dan tengok sendiri domain dari syarikat mana yang terbaik yang korang akan pilih. semuanya terletak pada korang. tapi aku harap entri aku dapat membantu korang bila nak beli domain nanti ye.

tq sudi habeskan masa baca entri ni :)

SANDWICH TELUR BAWANG PUTIH

Selamat malam semua.
lama rasanya tak post entri makanan, jadi malam ni makanan yang tersangat lah simple. sandwich telur plus bawang putih plus lada putih. memang sedap! cuba korang try untuk bekfes esok pun boleh. lepas tu letak sos sikit. kenyang makan dua keping roti! kalau roti tu nak sapu butter pun boleh. lagi sedap,


fakta pasal tuan blog* aku memang suka bawang putih. kalau boleh semua masakan nak letak bawang putih. haha. memang tak la kan. okay, tq for reading. :)

AKHIRNYA DARI BLOGSPOT KE DOT COM

Assalamualaikum, hai korang!

ada yang perasan tak blog aku tak dapat nak buka semalaman? eh ada ka orang nak perasan.. huhu x pe la, yang penting, aku dah berjaya tukar domain. yeay! dah lama inginkan domain sendiri even blog aku ni tak ada la femes. haha. beli domain dah lama, dah 10 hari lebih, gunanya idok pun! sebab? tak tahu sebenarnya nak tukar domain ni. bila aku search kat google, kena ada manage DNS? apa tu? aku pun cari punya cari la dekat laman domain yang aku beli tu. tapi tak da pun. haihh, sebenarnya memang tak ada atau aku yang tak tahu nak cari. hihi. so, apa lagi sepanjang 10 hari tu aku berhubung dengan tuan punya syarikat yang aku beli domain tu. nak dijadikan cerita, whatsapp dia pun problem. sebab tu lambat proses berhubung. 


tapi alhamdulillah, aku minta tolong dia untuk selesaikan masalah aku yang tak tahu dimana keberadaan button manage DNS tu. haha. Lastly, dia boleh selesaikan masalah ni. button tu dah ada. jadi sekarang masa untuk aku pulak bertungkus lumus nak jadikan blogspot ke dot com. setting punya setting, ambil masa 24 jam jugak lah dekat setting tu bagitau untuk nak betulkan wayar2 yang tercabut ni. hehe. then, now! www.busyratakiyudin.com wujud dengan jayanya! tapi tak sampai 24 jam pun. dalam 15 jam macam tu ja. senyum panjang lebar ni kalau korang boleh nampak. :D mungkin aku saja yang ketinggalan untuk tukar domain ni. tapi tak apa lah kan. biar lambat asal selamat. hehe. slow slow. dan perlu di ingatkan bila domain dah berubah. maka bila orang tekan link blog aku yang lama tu, dah tak dapat akses lagi. sebab dah pakai baju. so, terpaksalah mula dari bawah.. 

ada sesapa berminat tak nak tukar domain? hee.. syarikat yang aku beli ni memang murah dan berbaloi. sebab setiap kali bila nak renew tahun depan. harga tetap sama. tak ada kenaikan. nak tahu dari syarikat mana aku beli. nantikan entri seterusnya. aku akan buat review pasal syarikat domain tu. 

okay! tq sebab sudi baca entri ni,, Assalamualaikum..

PUISI#11 BENCI


"tipulah tak ada orang benci kau
banyak sangat yang pakai topeng
sebab apa? 
sebab nak jaga hati atau memang munafik?

aku yakin
bila kau buka topeng tu
kau pengsan
sebab selama ni itu hanya palsu"
-busyratakiyudin-

PUISI#10 KAWAN


"jauh kau pergi
sampai tak nampak jalan pulang
aku sedia menanti di simpang jalan
mahu minum kopi macam dulu lagi"
-busyratakiyudin-

PUISI#9 SEPI


"tiada lagi panggilan itu 
sebab kau dah lama pergi
langsung tak ingatkan aku
sekarang apa akan jadi?
hanya tinggal sepi"
-busyratakiyudin-

PUISI#8 SABAR


"perlu banyak sabar
sebab sekarang aku berdepan dengan singa
tapi kau juga tak tahu
aku juga boleh jadi gorilla."
-busyratakiyudin-

PENTINGNYA DISCLAIMER ATAU PENAFIAN DI BLOG


sebelum ini aku juga tak penah ambil tahu mengenai penafian di dalam sesebuah blog. mungkin bagi blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni sudah lali dengan istilah penafian. tapi bagi blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog belum tahu apa itu disclaimer ataupun lebih dikenali sebagai penafian. Penafian adalah penting bagi melindungi penulisan di dalam blog sendiri dari diambil oleh pihak lain. ketegasan perlu dinyatakan di dalam penafian agar pihak lain tidak sewenangnya mengambil hak milik penulisan pemilik blog. 

Penafian juga sebenarnya menambahkan rasa yakin untuk sesebuah blog dan menjadikannya sebuah blog yang nampak profesional dan berkeyakinan. Jadi bagi yang masih tidak meletakkan penafian di blog, bolehlah letak sekarang. lindungi blog anda dari segala macam kuman yang ada,. hehe

sebagai contoh penafian, aku ambil dari blog hasrulhassan.com:

"Disclaimer (Penafian)

Privacy

The owner of this blog (www.hasrulhassan.com) does not share personal information with third-parties nor does the owner store information is collected about your visit for use other than to analyze content performance through the use of cookies, which you can turn off at anytime by modifying your Internet browser’s settings. The owner is not responsible for the republishing of the content found on this blog on other Web sites or media without permission.

Blog Comments

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to;
1. Comments deemed to be spam or questionable spam
2. Comments including profanity
3. Comments containing language or concepts that could be deemed offensive
4. Comments that attack a person individually (including agency)

Terms and Conditions

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. "

penafian boleh digunakan dalam bahasa inggeris ataupun bahasa melayu, terpulang kepada pemilik blog itu sendiri. banyak lagi contoh penafian yang boleh di jadikan rujukan. korang boleh google ya. okay terima kaseh sebab sudi luangkan masa untuk membaca entri blog ini.. :)

PUISI#7 MANIS GULA


"depan aku kau cakap itu
depan dia kau cakap ini
belakang kami berdua?
kau cakap itu ini
manis gula, manis lagi mulut kau."
-busyratakiyudin-

PUISI#6 BEBAS


"bebas atau terperuk dalam sangkar?
kau buat aku macam burung
sampai aku tak tahu apa itu bebas
sampai bila aku harus terus ada dalam sangkar?
tolong aku rayu
aku ingin bebas"
-busyratakiyudin-

PUISI#5 DON'T BE SELFISH


"minta maaf sudah
merayu sudah
tapi kau masih tetap sama
satu aku minta
don't be selfish."
-busyratakiyudin-

PUISI#4 BERBULAN-BULAN


"sudah berbulan-bulan aku disini
tunggu punya tunggu
sampai berbatu 
kau fikir aku kayu atau batu?
tapi aku nak kau tahu aku tak pernah berhenti menunggu."
-busyratakiyudin-

PETUA MERAWAT KULIT BERKEDUT

sekarang ni ramai yang tak puas hati kalau muka berkedut. jadi cara yang paling cepat dan berkesan adalah dengan cucuk di bahagian muka. tidak boleh ya, kita nak cucuk2 ni, sebab dalam Islam pun melarang kita berbuat macam tu. faktor berkedut ni akan jadi automatik kalau usia kita dah semakin meningkat. melainkan lah kalau muka ada masalah yang membuatkan kita malu untuk berdepan dengan orang lain, itu sewajarnya dan boleh pikir dua kali untuk cucuk. selebihnya sila rujuk hadis ya. 


tapi disini aku ada sediakan tips untuk merawat kulit berkedut. boleh diamalkan ketika di usia muda. amalkan setiap hari, inshaAllah kedut tu lambat datang. hehe. mana ada kalau dah usia 70 tahun tak berkedut kan. ini sekadar usaha. 

"parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. kemudian, campurkan dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. gaul sebati bancuhan tersebut. sapu pada kulit sekali sehari."
sumber : google

p/s: terima kaseh pada yang sudi blogwalking di blog ni. nanti akan aku terjah blog korang k. sebab sekarang ni line macam siput sangat. 

PASTI TERKEJUT KALAU TAHU BERAT KALORI MAKANAN


Ramai rasanya yang tak pernah ambil tahu pasal kalori makanan yang di makan setiap hari. ada yang sesetengah tu tak nak makan nasi tapi just ambil mee goreng. padahal kalori mee goreng lebih berat dari kalori semangkuk nasi tau.. nak diet katanya tapi tetap mengambil makanan yang berkalori berat. macam mana tu? dah tersalah dalam pemilihan makanan. okay dekat bawah ni ada senarai makanan berserta berat kalori yang diambil setiap hari dalam pemakanan kita. 






Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

sedikit info dari google,. harap dapat membantu semua. :) tq for reading..

TOPUP TAK DAPAT, DUIT PUN HILANG DI AKAUN MAYBANK2U


sapa tak gelabah, nak topup rm53, bila dah tekan klik proceed tengok2 web maybank2u ter logout sendiri.. then, log in balik, duit dari akaun dah tolak tapi no pin topup tak dapat. :( rm53 tu bagi aku sangatlah besar, sebab bukan rm5 ye, huhu.. nak dijadikan cerita bila dah jadi macam tu, aku punya lah tak tengok dulu baki akaun, terus pergi tekan lagi sekali pembelian pin topup. yang latest tu berjaya. bila dah berjaya aku ingatkan yang sebelum tu da apa apa la kan. bila cek kat akaun, duit melayang rm106. huahua.... padahal nak beli topup rm53 ja.. hmm. dah la aku guna maybank2u tu time malam semalam. so nak call maybank hotline pun tak boleh, nak bercakap dengan operator maybank. tak pe la kan, "cakap dalam hati tunggu esok lah baru call" 

dan pagi ni terus call maybank. cakap punya cakap, operator maybank cakap saya boleh bantu cik. rupanya senang ja. aku yang tak pernah tau. haha. bagi yang nak tengok history pengeluaran duit dan no reload pin kalau korang dah beli tapi tetiba ada problem internet ke kan. just pergi dekat sini...

so topup aku jadi rm106. tak pasal2 duit habes dalam akaun. huhu. tapi aku harap korang rujuk sini dulu, before buat keputusan beli no pin topup baru ya. pengajaran jangan jadi macam aku,, 




tengok dalam bulatan warna kuning tu ya.. itulah no pin topup yang semalam tak dapat tu. harap entri ni dapat membantu korang time jadi macam ni. benda nak jadi kan, sebab aku tak da la selalu beli topup kat maybank2u. tapi kat sini memang senang kalau nak beli topup. semua dihujung jari, heee

Assalamualaikum..

RESTORAN UNTUK ORANG YANG 'SINGLE' DI KOREA MEMANG BEST

kalau ada kat Malaysia restoran macam ni confirm ramai yang pergi. hehe. idea yang bagus orang korea buka restoran ni. tak terlintas pun kat fikiran nak buat restoran macam ni kan? ntah2 yang teringin sangat nak masuk restoran ni pun mengaku bujang even dah kawen. hehe



sumber: era fm

Selalu tak tahu nak ajak siapa keluar makan sebab anda seorang yang masih single tapi tak ready nak mingle ? Yela, zaman sekarang ni bukan senang nak cari pasangan. Semuanya memilih. Macam-macam kriteria diletak untuk menjadi pasangan. Alih-alih terpaksa lah makan sorang.

Ada sesetengah orang dia tak akan keluar makan sorang sebab tak selesa agaknya kalau orang pandang. Nanti di katanya forever alone pula. Lepas ni jangan risau dah sebabnya di Korea ada satu restoran khas untuk mereka yang masih single. Anda tak perlu segan kerana di sini semua orang makan secara berseorangan.

Tetapi semasa anda sedang khusyuk makan akan ada satu skrin yang bertanyakan jika anda mahu makan dengan seseorang. Jika jawapan anda ‘Yes’ dinding di depan anda akan terbuka dan tadaaaa seorang lelaki atau perempuan automatik akan menjadi pasangan anda pada waktu itu.

Jom lihat video yang kami kongsikan dengan anda. Memang tergelak besar dibuatnya apabila melihat reaksi terkejut dan tersipu-sipu malu pada wajah mereka. 

nak tengok video pasal restoran ni, taip je di google ye. aku tak boleh nak copy paste link video dekat sini, ada problem sikit.

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-