Hai semua..
ramai sangat orang yang menganggur di luar sana mencari kerja termasuklah aku. serius! memang susah nak cari kerja zaman sekarang ni. habis laman web kerja dah aku terjah dan apply. pengangguran berleluasa. hehe. dah tu sekarang ni musim konvo pulak tu. haaa lagi la ramai yang berpusu-pusu nak terjah laman-laman web yang berkaitan dengan permohonan kerja. okay dekat sini aku nak kenalkan 1 laman web jawatan kosong yang mungkin korang tak pernah terjah iaitu di government.my .. dekat goverment.my ni memang banyak sangat peluang kerja yang boleh korang apply. dekat 10,000 jawatan kosong tau! aku sendiri pun cuba semua jawatan di laman web ni. mana lah tau melekat satu dua kan. rezeki siapa tahu. asalkan kita cuba dan usaha!
government.my ni adalah peluang penganggur untuk memohon jawatan kosong kerajaan. siapa tak nak masuk kerja dalam government kan? so, tunggu apa lagi. cepat2 la apply! sebelum tarikh tutup. apply ja banyak2. tak salah pun asalkan kita ada syarat kelayakan yang mereka mahupun.
okay dekat sini aku nak share dengan korang antara jawatan kosong terkini yang pasti terbuka untuk sesiapa saja yang ingin memohon. antaranya ialah jawatan kosong Jabatan Perangkaan Malaysia, jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia, jawatan kosong jpa, dan banyak lagi yang korang boleh cari di sana. Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.
Jadi aku harap entri ini dapat membantu korang semua di luar sana yang mencari kerja. jangan pernah putus asa okay! cari kerja memang susah. tapi kalau kita terus cari kerja di di mana-mana lawan web terutamanya di government.my inshaAllah akan melekat juga kerja nanti. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mencegah kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.
okay terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini. :)
wah thank you informkan pasal web ni...
ReplyDeleteSalam Perkenalan..
ReplyDeleteSemoga melekat 2-3 permohonan kerja tu.
semoga makin ramai yang dapat peluang kerja..
ReplyDeleteSelamat berjaya.. Kita sama. Penganggur terhormat. Hihi Kak Reen baru siapkan resume kelmarin setelah 5 bulan menganggur.
ReplyDeleteIngat nak rehat sekejap.. Buat masa ni pun nak cari part time je. Busyra tak cuba berniaga?