BORANG PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2017

Wednesday, October 04, 2017
Assalamualaikum..


Ramai sekarang ni yang dah berkahwin tapi tidak mampu memiliki rumah sendiri.. Mana tidaknya rumah zaman sekarang terlalu mahal.. Jangan risau bagi pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun boleh lah membuat Permohonan Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS). Cepat lah rebut peluang ni mana lah tau rezeki berpihak kepada korang kan.. Jangan lepaskan peluang yang ada ni sebab ianya terhad kepada 20,000 pembeli pertama saja.. 

Untuk pengetahuan semua, objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. 

Okay sekarang ni, busyra nak share perkara penting tentang Skim Perumahan Belia BSN.. baca betul-betul syaratnya sebelum memohon..

Syarat-syarat kelayakan Permohonan SPB BSN:
  • Warganegara Malaysia Berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun
  • Berkahwin
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i
Manfaat dan Kelebihan SPB BSN:
  • Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85%
  • Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama
  • Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA
  • Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman
  • Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun
Maklumat lanjut sila klik pada pautan DISINI

Senarai Dokumen Yang Diperlukan SPB BSN

Pemohon Bergaji / Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Sijil perkahwinan yang sah.
  3. Slip gaji 3 bulan terkini.
    Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini.
  4. Penyata bank 3 bulan terkini.
  5. Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini. (pendapatan lain)

Penyata KWSP Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil perkahwinan yang sah
  3. Pendaftaran syarikat (SSM) Borang B/BE + Resit LHDN Penyata Kewangan Syarikat
  4. Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
  5. Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya
Borang Permohonan SPB BSN

Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia/-i boleh mengemukakan permohonan, sila klik pada pautan dibawah untuk mendapatkan borang permohonan.

Maklumat Lanjut
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran. Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465
Terkini: Skim SPB akan tamat pada 31 Disember 2017
Semoga impian korang untuk ada rumah sendiri tercapai.. InshaAllah.. usaha tangga kejayaan. boleh segera kan isi borang. :)
5 comments on "BORANG PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2017"
  1. alahai...akak dah beli rumah dah..tau ada skim ni,dah pakai dah busyra

    ReplyDelete
  2. Sesiapa yang memenuhi syarat cepat-cepatlah mohon memandangkan peluang bukan datang selalu.. Lagi pun rumah menjadi satu keperluan yang mendesak sekarang dengan harga yang semakin tahun meningkat..

    Nice sharing Busyra...

    ReplyDelete
  3. tahu takpe.. harga rumah sekarang boleh menangis dengar.. senang sangat syarat nye nie.. jom laa grab pada sesape yang belum ade rumah tu..

    ReplyDelete
  4. wah untunglah ada macam ni.. sekarang rumah makin mahal memang sesuai kalau ada bantuan.

    ReplyDelete
  5. Nice skim... memudahkan golongan belia mendapatkan rumah...

    ReplyDelete

Auto Post Signature