MENANGI PERCUTIAN PERCUMA KE LUAR NEGARA DENGAN TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST | Busyra salah seorang yang gemar sangat masuk website Traveloka. sebab setiap tahun mesti ada angan-angan untuk ke luar negara.. biarpun angan-angan mana lah tau kan boleh jadi kenyataan. hehe. Busyra nak share good news dengan korang ni. Traveloka ada buat Traveloka Fly & Win Cny Contest. Nak tau macam mana cara untuk join? sabar-sabar.. busyra akan story kejap lagi.
Semangat betul busyra tengok tadi di website Traveloka.. Mana tak nya memang itu pun impian busyra. mana tau rezeki untuk menang. Eh lupa pulak busyra nak tanya, masih ada ke yang belum tau apa itu Traveloka? Traveloka adalah salah satu website online 24 jam untuk menempah tiket penerbangan ataupun hotel sama ada di dalam negara atau diluar negara. For me lah kan, traveloka ni selalu sangat bagi diskaun dan harganya pun berpatutan.
KENAPA PERLU MENEMPAH DENGAN TRAVELOKA?
1. Harga Berpatutan
-Semua harga yang disenaraikan termasuk semua cukai, surcaj dan yuran pembayaran.
2. Harga Rendah pada Setiap Hari & Tawaran In-app Eksklusif
-Muat turun Traveloka App untuk mendapatkan harga bilik yang terbaik dan promosi menarik!
3. Review tetamu
-2,000,000+ ulasan teratas dari tetamu hotel akan membantu anda membuat keputusan yang tepat.
4. Stay Guarantee
Sekiranya bilik padat atau terdapat masalah dengan tempahan anda, kami akan mengesyorkan sebuah hotel yang sama untuk anda tanpa kos tambahan atau wang anda dikembalikan.
5. Pelbagai Pilihan Pembayaran
Lebih banyak pilihan pembayaran! Bayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet atau pada 7-Eleven - tanpa sebarang yuran transaksi.
6. Diskaun Special
Pelanggan yang telah subscribe newsletter Traveloka dan yang menjadi ahli Traveloka akan dapat menikmati harga istimewa!
Dah tau kan serba sedikit tentang Traveloka? itulah antara sebab kenapa busyra suka sangat singgah di website Traveloka. Ada banyak sangat kelebihan yang kita dapat.. Cara nak menempah macam biasa je.. masuk website Traveloka, pilih destinasi, tarikh, hari dan proceed untuk buat pembayaran.. haaa bab pembayaran itulah yang mudah tu.. nak bayar guna apa pun boleh, just pilih je.
Okay sekarang ni jom kita move story pasal Traveloka Fly & Win Cny Contest pulak.. dah macam cikgu sekolah rendah dah rasanya.. ajar student step by step. hehe.. Untuk pengetahuan korang Cny 2018 Contest ni diadakan sempena Tahun Baru Cina tak lama lagi. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan dan semuanya best-best.. siapa dekat sini tak nak hadiah free, sila angkat tangan? haha. confirm semua nak kan? tapi semestinya lah ada syaratnya untuk menang.. jangan risau, syarat-syarat penyertaan sangatlah mudah untuk korang follow. hanya main game dan berpeluang untuk menang!
Tempoh Contest
22 Jan hingga 28 Feb 2018
Syarat menyertai Traveloka Fly & Win Cny Contest
1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
2. Wajib menjadi follower Traveloka Malaysia Facebook Fan Page
3. Lawati laman website Traveloka Fly & Win Cny Contest
4. Wajib bermain game Traveloka Fly & Win CNY Challenge
5. Wajib mengisi maklumat di page pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak Traveloka.
Langkah Bermain Game
1. Klik Start Game
2. Tekan anak panah untuk bermula
3. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan
4. Stay di tengah-tengah skrin sehingga set pertama bangunan dan halangan muncul
5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points
Mudah kan kalau baca langkah bermain game ni? tapi tak semudah yang disangka semasa bermain.. haha. tak percaya cer try korang pulak main.. nanti bagi tau busyra berapa score yang korang dapat. Sesiapa yang kaki game tu should try!
serius, memang agak mencabar tapi akan jadi mudah untuk korang yang pandai nak kawal game ni.. mana tau just main game je, rezeki korang dapat fly ke oversea.. free of charge beb! tak nak ke? hehe. Cepat pergi join, practise make perfect!
Hadiah Lumayan dari Traveloka
Hadiah Grand: Percutian selama 6 hari 5 malam di Seoul, Korea (2 orang)
Hadiah Pertama: Percutian selama 5 hari 4 malam di Phuket, Thailand (2 orang)
Hadiah Kedua: Percutian selama 4 hari 3 malam di Langkawi, Malaysia (2 orang)
2 Hadiah Saguhati: Voucher Traveloka bernilai RM1000
Jangan Lupa Muat Turun Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel
Kenapa perlu download app traveloka di phone korang tu? banyak manfaat yang korang dapat tau. Antaranya adalah korang akan dapat banyak tawaran-tawaran hebat mengenai tiket penerbangan dan hotel.
Kenapa Perlu Guna App Traveloka?
1. Harga betul!
Apa yang anda lihat = Apa yang anda bayar.
Semua harga yang ditunjukkan pada mulanya sudah termasuk cukai lapangan terbang (PSC) dan surcaj lain. Dengan kata lain, tiada pertukaran harga pada akhir tempahan, kerana apa yang anda lihat pada mulanya adalah apa yang anda bayar pada akhirnya! Harga yang benar-benar jujur.
2. Tempah, bayar, dan dapatkan baucar e-tiket / hotel anda dalam masa kurang dari 1 minit!
Dengan TravelokaQuick, anda boleh menempah, membayar, dan mendapatkan e-tiket atau baucar hotel anda dalam masa kurang dari 1 minit!
3. Combo Pintar!
Jimat sehingga 40% pada penerbangan antarabangsa.
Tempah tiket perjalanan melalui Traveloka App, pilih sebuah syarikat penerbangan bertanda "Combo Pintar" dan jimat sehingga 40%!
4. Tidak perlu mencetak voucher e-tiket / hotel lagi!
Tunjukkan e-tiket atau baucar hotel di App Traveloka anda apabila anda mendaftar masuk. Anda boleh mengekses pada bila-bila masa walaupun anda tidak ada internet.
5. Pilihan luas keatas syarikat penerbangan dan hotel. Jaminan Harga Terbaik!
Terbang ke 100,000 + laluan yang diselenggarakan oleh pelbagai syarikat penerbangan domestik & antarabangsa dan menginap di 70,000+ hotel di seluruh dunia dari yang biasa sehingga hotel bertaraf 5 bintang.
6. Lihat tempahan anda dari mana-mana telefon pintar
Masuk ke akaun Traveloka anda. Semua butiran tempahan, e-tiket dan baucar hotel anda akan ada secara automatik dan segera diakses pada semua telefon pintar.
Jadi tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita join contest ni.. kita tak tau kan rezeki berpihak pada siapa.. please doakan busyra dapat ke koreaaa. hahaha. ok bai!
weee ramainya yang nak ke korea. of course la kan main prize sape taknak heehe
ReplyDeleteNak join jugaklah nanti 😁
ReplyDeleteakk pun join game ni. nak menanggg.hee
ReplyDeletehans main nih paling tggi dapa 100
ReplyDeletesusah betul
hahaha