ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS

Monday, December 31, 2018
real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,

ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS | Hai semua.. Sejak akhir-akhir ni selalu story pasal Althea kan? Banyak produk mereka yang busyra dah cuba dan sangat sesuai dan serasi. Pada bulan 7 yang lepas, busyra ada story satu produk yang super duper best! Untuk pengetahuan korang, Althea telah berkolabosi dengan Get it Beauty, Korean Top TV Program dan ia mendapat perhatian dari selebriti Korea!

Produk penjagaan muka yang busyra maksudkan ini adalah Real Fresh Skin Detoxer! Korang yang belum baca entri busyra , boleh baca di SINI ye untuk tahu lebih lanjut. Kerjasama Althea adengan Get it Beauty memang mendapat sambutan yang luar biasa sehingga masuk dalam rancangan TV korea. Real Fresh Skin Detoxer yang didatangi dengan 2 jenis iaitu Rose (khusus untuk siang) dan Green Tea (khusus untuk malam).

real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,
Rose Refining

real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,
Green Tea Purifying

Set Real Fresh Skin Detoxer ini adalah produk penjagaan kulit muka 2 in 1 iaitu boleh dijadikan cleanser dan mask. Hanya dipakai selama 10 saat sahaja dan ia mengandungi bahan-bahan yang segar serta dapat meningkatkan nutrien yang baik pada kulit muka.

real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,

Rose Refining mengandungi 100% kelopak bunga ros yang dipetik hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dari Grasse. Ia bertindak untuk melicinkan permukaan kulit muka yang kasar. Selain dari itu, ia dapat mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit.

real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,

Green Tea Purifying pula mengandungi anak daun teh yang baru tumbuh daripada Ladang Hijau Jeju. Ia dapat memberikan kelegaan kepada kulit wajah serta dapat menyegarkan kulit. Sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit wajah sensitif  kerana ia mempunyai 5 kali ganda vitamin C dari lemon dan dapat membersihkan segala kotoran pada kulit muka.

Oh ya, seperti yang busyra bagitau tadi produk ini mendapat perhatian oleh selebriti Korea iaitu Jeonghwa dari kumpulan EXID! Jom tengok video dibawah.


Dah tengok ke video tu? Happy betul Jeonghwa mencuba Real Fresh Skin Detoxer! hehe. Memang happy la kan, 10 saat saja dah siap pakai.. Mudah!

real fresh skin detoxer, mask rose, mask green tea, cleanser, mask 10 saat, althea, get it beauty,

Jadi korang yang teringin nak cuba produk ni boleh buat pembelian di SINI ya.

Info Lanjut

5 comments on "ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS"

Auto Post Signature