KULIT LEMBUT DENGAN ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK | Hai semuaa.. Tak sabarnya busyra nak share dengan korang tentang produk terbaru ni. Time parcel sampai dirumah, memang terus nak cuba cuma masa tak mengizinkan. Tak sempat sebab banyak benda nak buat. So, sekarang ni ada masa terluang sikit terus pakai dan story dengan korang di sini.. Honestly, kulit lembut dengan Althea Milk Peel Cream Mask.
Seperti yang korang tahu, busyra salah seorang Althea's Angel.. Pastinya, wajib mencuba produk terbaru dari mereka. Nak baca entri lain tentang Althea, korang boleh ke penghujung page blog busyra ni (ada satu bahagian Althea's Beauty Ambassador). Althea baru saja keluarkan produk bulan lepas Petal Velvet Sunaway dan sekarang ni keluarkan lagi.. Terbaik Althea! Kulit muka busyra sekarang ni memang dah serasi dengan semua produk dari mereka.
Milk Peel Cream Mask mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA iaitu pengelupasan yang lembut tetapi efektif ini berubah dari tanah liat (clay) kepada krim berbuih.. Pastinya ia dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati. Ia juga dirumus dengan protein kasein dari susu untuk melembapkan dan menyihatkan kulit.. First time tau busyra jumpa mask krim susu macam ni.. hehe. The main point is mask ni boleh segarkan kulit wajah dan membuang segala sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan.
Cara Penggunaan
1. Basuh muka dan lapkan, biar muka rasa lembap-lembap gitu. Kemudian picit seberapa banyak yang korang suka.
2. Sapukan dan buatlah urutan belaian pada seluruh kulit muka korang. hehe.
3. Biarkan selama 30-60 saat. Kemudian akan timbul buih-buih lembut.
4. Then, bilas muka dengan air suam ataupun air biasa sehingga bersih.
Bahan-bahan Utama:
1. Milk Protein Extract
- Melembapkan dan menyegarkan kulit dengan kasein yang ada pada vitamin supaya kulit lebih terhidrat, lembap dan sihat.
2. AHA & BHA
- AHA berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada di bahagian kulit. BHA pula untuk mengeluarkan segala kekotoran yang tersumbat pada liang-liang pori tanpa keradangan pada kulit.
3. Kaolin
- Berfungsi untuk mendetoxkan dan mengeluarkan kotoran dari liang pori.
-Ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi (kering & berminyak)
-Masalah liang pori besar
-Kulit kasar dan sensitif dan memerlukan scrub yang lembut
After selesai, korang akan rasa betapa lembutnya kulit.. Minyak pun tak mendekat, semua nak lari jauh-jauh. hehe.. Busyra memang excited nak try this mask sebab ada buih-buih cinta then masa dekat muka tu rasa geli-geli. ehhhh. haha. Ia lain dari yang lain.. Selalunya kalau mask yang biasa kita pakai tu jenis clay mask kan.. udah la bau dia wangi macam susu.. haishhh, suka lah! Kalau bab packaging pula, rasa macam nak makan je. haha. Sebab cute sangat!!
Rating 5/5.. Memang wauu!
Harga: RM36.00
Info Lanjut
Facebook: www.facebook.com/altheamalaysia/
Instagram: www.instagram.com/altheakorea/
Macam nak try jer. Sbb muka kaella ni sometimes kering and oily. Sesuai sangat ni.
ReplyDeletePatutlah cantik kulit busyra, guna althea rupanya. Heee. Best sungguh tengok milk peel tu.
ReplyDeleteNice to meet you last week @ SP
Bila dah jumpa produk yang ok dan serasi dengan kulit...teruskan untuk kesan yang lebih baik.
ReplyDeleteNadia pun dapat from althea this one . Tapi tak try lagi. Baru pakai yg sunaway tue . Suka sgt sgt dgn sunaway tue =)
ReplyDeleteMemang kulit wow sangat lepas pakai milk peel cream mask ni. Serius suka sebab kulit sangat bersih dan segar. Lembut plus lembap. semua best lah!
ReplyDeleteSuka bau milk peel cream mask ni. Lepas guna memang bersih betul muka kita.
ReplyDeleteramai betul dah mencuba . . teringin pulak . .satu botol tahan berapa bulan yaa ??? jom join segmen blogwalking dari saya . .
ReplyDeletehttps://nurulaineddihar.blogspot.com/2018/12/segmen-blogwalking-by-nurul-ain-eddihar.html?m=1