INNISFREE JEJU VOLCANIC COLOR CLAY MASK HYDRATING | Busyra manusia yang memang taksub dengan mask, apatah lagi clay mask.. hehe. Bila jumpa Innisfree Jeju Volcanic Clay Mask ni memang terus dapatkan tak lain tak bukan di Althea website. So jom! busyra nak kongsi kan dengan korang semua.
Product Name: Innisfree Jeju Volcanic Color Clay Mask
Product Brand: Innisfree
Product Type: Clay Mask
Size: 70 mL
Price: RM 30.00
Produk Clay Mask ini dikeluarkan dengan 7 soft color. Topeng tanah liat ini dirumus dengan Abu Vulvanik Jeju untuk menjaga masalah muka dan mengawal sekaligus menghapus sebum yang berlebihan. Busyra memilih warna biru disebabkan nak kulit muka busyra ni jadi lebih lembap dan tak kering. Sememangnya packaging warna biru khusus untuk hydrating. Asid hyaluronik berfungsi untuk menarik kelembapan pada kulit serta mencegah kekeringan.
Terdapat 7 pilihan topeng tanah liat ini iaitu:
1. Yellow - for Brightening
2. Blue - for Hydrating
3. Pink - for Vitalizing
4. Green - for Cica
5. Purple - Soothing
6. White - for Smooth Texture
7. Black - for Detoxing
Cara Penggunaan:
Selepas cuci muka, sapukan topeng tanah liat ni. Tunggu 5-10 minit. Kemudian bilas dengan air dan lapkan dengan tuala yang bersih. Boleh apply pada waktu pagi atau malam. Guna 1 atau 2 kali saja dalam seminggu.
Packaging:
Bab packaging dia busyra suka sangat sebab mudah! why busyra cakap mudah sebab korang just picit saja bila nak pakai. Picit then sapu di seluruh kulit muka. Dalam tiub ini ada 70ml. Banyak tau! sekali pakai bukannya guna banyak pun. Tak perlu nak letak tebal-tebal. just nice saja..
Warna & Tekstur & Bauan:
Warnanya memang totally biru.. Tapi soft gitu.. Mudah kering dan tak rasa pun muka melekit masa apply tu. Bau nya pula sedap ja hidu pada hidung. tak busuk okay. Serious suka!!
Honest Review:
Fresh sangat! Bila mengadap cermin blackhead ada yang hilang tau.. pori-pori serius rasa bersih.. Muka rasa lembap, sejuk je.. Memang puas hati! TERBAIK. Recommended!
Korang boleh dapatkan di SINI
Ada 7 pilihan yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian kulit wajah ni.Bagusnya..
ReplyDeleteTopeng tanah liat inisfree.. Menarikk ni 😍
ReplyDeleteSukanya kan bila ada kesan positif selepas pakai
bagusnyaaa... mcm best produk ni
ReplyDelete