SEMANGAT LELAKI 3 JARI, PENGASAS JAMUMALL INI LUAR BIASA! | Hai korang. Sempena hari ini adalah hari pekerja jadi busyra nak kongsikan satu kisah yang boleh memberikan inspirasi besar buat kita. Seorang lelaki tabah dan berjiwa besar ini adalah Khairul Nizam yang merupakan pengasas Jamumall.com. Siapa tak kenal kan platform jualan online yang semakin meningkat naik sekarang. Busyra sendiri tertarik untuk membaca semua kisahnya.
Beliau bukan lah seorang individu yang sempurna tetapi mampu untuk meraih kejayaan dengan hanya menggunakan 3 jari. Allahuakbar siapa sangka beliau boleh berjaya sehingga ketahap ini. Sejak dari viral wedding Siti Jamumall iaitu adik kepada Khairul Nizam, cerita ini terus diperbualkan oleh rakyat Malaysia dimana ianya menjadi satu permulaan buat yang mahu untuk memulakan bisnes.
Kejayaan demi kejayaan berjaya beliau kecapi dan apa yang membuatkan beliau sangat istimewa adalah disebabkan keadaan dirinya yang merupakan seorang OKU. Busyra sangat terkesan dengan kisah hidup Khairul Nizam, kuat sungguh semangat beliau yang tak pernah kenal erti putus asa. Jom kita baca bait-bait luahan dari beliau:
====================================================================
Di usia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
====================================================================
Bayangkan yang tidak sempurna pun mampu untuk bekerja dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar inikan pula kita yang diberi tubuh badan yang sihat tapi tak mampu untuk kekalkan semangat dalam diri. Beliau mampu untuk menubuhkan syarikat sendiri tanpa segan silu dan kini sudah berjaya! Semoga dengan kisah ini mampu naikkan lagi kekuatan dalam diri kita untuk terus bekerja sehingga berjaya. Dengan kisah lelaki 3 jari ini, buat semua rakyat Malaysia sedar bahawa tak ada yang lebih sempurna melainkan kita sendiri yang menyempurnakannya!
WEBSITE: https://jamumall.com/
semoga menjadi inspirasi bt semua !!
ReplyDelete