Tempahan Bunting 2' x 5' -Semperit dan Ketupat

Monday, June 19, 2017

Hai..


Alhamdulillah, baru-baru ni ada yang order bunting 2' x 5' untuk bisnes raya katanya.. tapi lepas raya pun still boleh guna lagi sebab bunting ni tahan lama, bukan untuk guna dalam jangka masa yang pendek.. tapi guna la berbulan2 pun.. Rezeki bulan puasa, dengan sekali design customer suka dan tak banyak yang nak ditukar, just tukar jenis font saja.. customer ni order 2 bunting dan 400 pieces namecard.. enjoy sebenarnya dapat design yang berkaitan dengan makanan.. bulan2 puasa ni tengok pulak gambar makanan.. tergugat beb! hehe.. okay, jom kita tengok designnya. gambar banner yang dah siap aku tak sempat nak snap.. lagi pun sebab saiz yang besar kan. malas la nak bentang sebentang luas lautan tu.. hehe


Design Bunting Semperit Susu


Design Bunting Ketupat Daun Palas


Bagi sesiapa yang ada bisnes, tak kisah la bisnes makanan ke apa ke, jangan lupa buat bunting ataupun banner ye.. sebabnya ini adalah salah satu marketing dalam bisnes jualan.. cuba korang bayangkan kalau banner tak ada depan kedai, mesti kedai macam kusam je kan.. dan kurang tarikan orang ramai.. tapi if ada banner tu baru la macam.. "wahhh jom la try masuk kedai ni".. banner ni boleh saja diletakkan di depan lot kedai ataupun kalau korang berniaga gerai tepi jalan lagilah disyorkan untuk buat..

harga macam mana? aku bagi harga murah2 saja. kalau nak order ataupun nak tau harga boleh pm di facebook aku ataupun whatsapp di 0146729316.. no ni hanya available untuk whatsapp saja k.. call atau mesej tak boleh.. sebab aku guna 2 no.. nak design macam mana pun boleh.. dan aku tak cas harga design ye.. design free saja. aku cuma ambil harga untuk printing banner dan kalau kena pos, semestinya la harga postage..

InshaAllah nanti aku akan update dari semasa ke semasa ye design2 yang telah disiapkan.. aku bukan saja ambil tempahan banner/bunting.. tapi if korang nak order kad kahwin, flyers, namecard, sticker, pvc counter.. semua boleh.. just bagi detail saja.. :)

Read More

Akaun Adsense telah digantung disebabkan multi-clicking!

Saturday, June 17, 2017

Assalamualaikum..


Pagi tadi, hilang mood terus disebabkan oleh akaun adsense telah digantung selama sebulan.. Ya Allah.. sedihnyaa.. baru nak cari income dengan Adsense tapi dah jadi macam ni.. dugaan bulan puasa.. hmm. bila kita tak buat, orang lain yang buat. At the end, adsense kita sendiri yang kena gantung.. susah sebenarnya nak jaga adsense ni.. kadang salah tu bukan dari kita. tapi kita yang terpaksa tanggung.. siapa yang pernah alami masalah yang sama dengan aku? apa yang boleh buat adalah tunggu sampailah adsense ni dah bebas dari suspended.. bukannya sehari dua, tapi sebulan pulak tu.. sampai 16 Julai.. bertabahlah wahai hati. kenapa boleh jadi macam ni?


Semua ni adalah disebabkan multi-clicking.. ada pihak yang masuk ke dalam blog aku, dan click banyak kali iklan adsense.. aku tak mintak wei suruh ko klik banyak kali macam tuuu.. haaaa. marah ni marah.. sabar busyra bulan puasa ni... huhu. :( please la, bagi pihak yang tak bertanggungjawab tu, jangan la buat perangai macam ni ye. aku punya la jaga adsense aku.. tapi alih2 pihak lain yang buat.. sekarang ni.. iklan adsense di blog dah blank.. tak pe la.. nak buat macam mana lagi dah..

Harapnya orang yang terlibat tak buat lagi ye benda macam ni.. aku tak tau la sama ada mybe pihak berkenaan tak tau yang adsense ni tak boleh click banyak kali.. and mybe niat pihak tersebut hanya untuk nak naikkan income aku.. husnuzon je la.. aku harap lepas ni jangan buat lagi ye.. sebab adsense tak boleh klik banyak kali iklannyaaaa awaaaaaa! :( :(

Read More

Resepi Daging Dendeng Penambah Selera Makan

Friday, June 16, 2017

Hai.. 


mesti semua dah kenyang kan, sebab dah penuh dengan segala macam makanan dalam perut tu.. hehe. esok korang nak masak apa pulak? mesti tak tau lagi kan nak masak apa.. so, apa kata korang cuba resepi daging dendeng pulak.. serius sedap, bagi sesiapa yang peminat lauk2 kering, boleh la cuba.. makan dengan nasi panas2, bukan saja berselera time berbuka, sahur pun tambah nasi 2 kali nanti.. resepi ni sangat mudah dan simple. resepi ni pelbagai tau, bukan hanya boleh makan dengan nasi tapi boleh jugak masak untuk raya nanti, makan dengan ketupat atau lemang.. bahan2 ni InshaAllah semua ada dekat rumah korang.. kalau tak ada pun, gi je la beli, tak mahal pun bahan-bahannya.. hehe. jangan tengok pada warna je okayyy, hitam bukan sebarang hitam.. haha. okay meh, ikut step memasak daging dendenggg!

Bahan-bahan:

Bahan Perap (semalaman atau 5-6 jam)-

1. Daging (hiris nipis)
2. Kicap (letak la berapa sudu ikut kesesuaian banyak mana daging yang digunakan)
3. Sos Tiram (sama macam kicap tadi ye)

Bahan Tumis-

1. 3 biji bawang putih- kisar
2. 4 biji bawang merah (kalau nak tambah lagi pun boleh)-kisar
3. 5 sudu besar cili kering kisar
4. 2 helai daun limau purut
5. Gula, garam /penambah perasa secukupnya


Cara-caranya:

1. Goreng bahan yang telah diperap tadi dan tumbuk2 manja (dalam lesung batu)
2. Guna minyak yang sama untuk menumis bahan kisar (bawang putih dan bawang merah)
3. Masukkan cili kering kisar
4. Masukkan gula, garam, limau purut
5. Masukkan daging yang digoreng dan ditumbuk tadi dan siap! sedia untuk dihidang


Mudah kan? selamat mencubaaaa..

Read More

3 CARA MUDAH HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA SEBELUM RAYA!!

Hai Assamalualaikum semua..


lebih kurang lagi seminggu kita nak raya kan? tolak jumaat sabtu, pejam celik pejam celik dahhh nak habis ramadhan.. cepatnya masa berlalu.. so, sebelum raya ni, mesti semua orang nak cantik gojes comel meletops kan?? semua nak cantik.. baju, kasut, tudung, dan yang paling penting, muka! yes! kalau muka lesu pagi raya tu, sia sia pakai baju cun2! haha.. part mana yang paling penting pada wajah kita? bagi aku, mata dan mulut.. itu first orang akan tengok kau, bila berjumpa.. tak kan tengok kening kot kannn.. hehe.. kalau mata korang tu, dah timbul lingkaran gelap tu, cepat2 la amalkan tips yang akan aku bagi ni.. sangat mudah.. tak perlu habiskan duit tapi korang hanya perlu amalkan saja..  InshaAllah, boleh try seminggu before raya ni.

1. Tengok hijau-hijauan


Apa maksud aku tu? maksud iolss tu adalah korang kena selalu memandang sesuatu yang berwarna hijau, contoh paling baik adalah pokok2.. warna hijau dapat membantu kita supaya lebih cergas dan bermaya.. korang tau tak bila setiap hari korang asyik mengadap komputer, akan mengakibatkan lingkaran bawah mata.. tak percaya? sila google untuk info selanjutnya.. haha.. 

serius aku cakap ni.. ehhh tapi mesti ada yang akan cakap, "nak buat macam mana kalau dah memang kerja mengadap komputer hari2?".. no problem kakcik, bangcik.. korang beli la pokok2 kecik yang cute2 tu, letak la atas meja tepi komputer korang tu.. sekali sekala, alihkan pandangan korang pada pokok tu.. ambil masa dalam 15 minit berehat tengok hijau-hijauan.. kenapa perlu macam tu? sebabnya mata kita jugak perlu berehat seketika.. 

2. Amalkan minum air suam


Mesti ramai yang tak suka kan minum air suam.. tengah2 panas nak minum air suam, memang tak la kan.. tapi cuba korang berbalik pada misi utama korang? nak cantik di pagi raya kan? so, kenalah berkorban sikit, jangan minum ais! haha.. minum  4 gelas keatas setiap hari.. bukan cawan ye, gelas! amalkan tiap2 hari.. dalam badan kita ni banyak toksik kotor yang kita tak nampak.. ada dekat mana2 ja dalam badan, dan dah pasti lah bawah mata kita pun akan ada.. sebab tu dengan adanya air suam dalam badan kita dapat kurangkan toksik bawah mata tu!

3. Tidur secukupnya


No 3 ni paling mudah tapi susah orang nak amalkan.. betul tak? ada yang busy sampaikan tak sempat nak tidur, hanya ambil masa 2 jam saja untuk tidur dalam sehari.. huhu.. mana tak ada lingkaran gelap bawah mata uolss.. bukan saja lingkaran gelap yang muncul.. for sure, badan korang pun akan lemah dan tak bermaya.. lembik satu hari.. 2 jam mana cukup, setidaknya 5 jam dalam sehari.. 

lecturer aku pernah cakap dulu "se busy apa pun kita, banyak esaimen ke, banyak kerja ke, tidur jangan lupa.. tidur kena cukup.. sebab kita bukan kerja untuk harini tapi untuk esok dan seterusnya".. well said! dari situ, aku ikut nasihat lecturer aku.. esaimen dia aku tak siapkan sebab nak cukupkan tidur, endahkan esaimen yang ada! hahahahhaa. tak da la. gurau je.


Amalkan 3 tips ni selalu, InshaAllah, lingkaran bawah mata akan hilang slow2.. tak adala drastik ye.. jangan berharap terlalu sangat. haha. sebab ini amalan yang korang kena amalkan setiap hari, bukan komestik yang boleh hilangkan dengan cepat.. selamat mengamalkannya!

Read More

Tunggakan PTPTN dah cecah 4K!

Wednesday, June 14, 2017

Hai selamat pagi semua..


bulan lepas aku ada ke pejabat ptptn untuk buat semakan jumlah pembayaran dan nak start bayar tiap2 bulan.. udah ler aku ni peminjam tegar, dari diploma sampai lah degree.. stress sebenarnya sebut pasal PTPTN ni tapi ni la hakikatnya yang kita tak boleh nak elak.. terpaksa jugak bayar even sikit setiap bulan. ehhh tapi tak sikit jugak la aku bayar.. bayar tuuu.. sadis hidup bulan2.. nasib belum kawin! hahaha. tunggakan tu jadi sebab aku tak buat hujrah rasanya. sebab tu la sampai 4k.. itu nasib la 4k, kalau 10k? mauuu tercabut otak sendi semua.. huhu.. kenapa pinjam PTPTN? sebab kos biaya hidup tak mampu nak tampung kos study aku.. haha.. ayat nak skema je kan! tak da la.. kos town planning macam aku ni, memang tak kan cukup kalau tak pinjam PTPTN.. sebabnya banyak habiskan duit dengan kerja2 studio.. nak cerita satu2 memang penat, tak habis 1 entri ni. hehe. 

Alhamdulillah, aku dah start bayar RM137.00 sebulan. itu untuk diploma ye. degree belum start sebab pembayaran penuh belum keluar lagi.. kata pihak PTPTN yang degree punya start 2019.. fuh lega sikit. so, aku kena habiskan yang tunggakan diploma ni dulu. cubalah korang total berapa bulan aku nak tunggu tunggakkan ni habis.. haha. lama beb! sabar je la.. bila dah habis tunggakan baru start yang seterusnya.. 

aku sekadar share apa yang aku alami ni pada korang semua.. "lagi lama tak bayar lagi banyak tunggakan dik".. itu kata abang PTPTN yang aku jumpa haritu.. haha. "nak buat macam mana encik, saya baru ja start keja. kalau tak keja mana la saya nak dapat duit"... haishhh., abang ni tak memahami hati seorang bekas siswasah!


Semangat! bersemangat lah untuk membayar tunggakan PTPTN.. hahahaha. okay bai!

Read More

Min Kaffe - Kopi Bercampur dengan Garam Buluh bantu menambah tenaga setiap hari

Saturday, June 10, 2017

Hai semua..


baru seminggu tak ber update dah rindu rasanya dekat blog sendiri! haha.. malam ni gagahkan diri jugak untuk buka laptop dan up satu entri untuk tatapan korang.. yang mana sememangnya merindui aku, sila lah komen dengan pantas! hehe.. okay lah, aku nak share dengan korang Min Kaffee yang aku dapat free minggu lepas. nak dijadikan cerita, aku tak pernah tahu pun kewujudan Min Kaffee ni. sampailah satu hari masa dekat office, ada customer nak ambil barang yang dia dah order then dia bagi aku satu kotak Min Kaffe ni. Dia stokis Min Kaffe rasanya. Alhamdulillah rezeki, dia cakap cubalah try.. memang bagus kopi ni.. aku lagi lah excited nak try. sebab yang specialnya adalah kopi ni bercampur dengan garam buluh..apa rasanya?


rasanya serius sedap! aku baru lepas minum ni. sehari sekali je. dalam ni ada 20 sticks. rasanya macam bila korang beli teh ais kan, ada setengah kedai tu, dia letak sikit garam untuk tambahkan kesedapan teh ais tu.. rasa dia macam.. arghhhh aku tak dapat nak explain.. hahaha. korang paham2 sendiri lah.. tapi jangan la bayangkan teh, gantikan bayangngan korang tu dengan kopi.. kalau malas nak bayang, korang, order terus lah! rasa sendiri. hehe.


dalam kotak Min Kaffe ni ada story sikit pasal garam buluh. so, sambil2 minum tu dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan am. haha.. if korang rasa badan korang tu lemah, lesu tiap hari, boleh lah try ye. banyak lagi kelebihannya.. apa yang aku tau. kopi ni memang sesuai jugak untuk korang yang nak kurus, sebabnya ia rasa kenyang dan elak rasa lapar dari pagi sampai ke tengahari.. harganya aku tak sure la pulak.. rasanya RM35.00 .. korang boleh la try google if berminat nak beli.. tapi bagi aku, kopi ni the best!


warnanya macam milo pulak.. haha.. sedappp! tak manis sangat, tak tawar sangat.. sederhana! mybe ada di antara readers aku ni dah pernah try Min Kaffe ni? siapa pernah? meh la share experience korang dekat komen!

Read More

Resepi Ayam Paprik Ala Thai

Saturday, June 03, 2017

Hai..


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita puasa.. ada sesiapa dah ponteng puasa ke? hehe.. bulan puasa ni lagi la tak sempat nak mengadap blog! cadangnya haritu nak join contest Ramadhan Lazada.. hampeh! last2 date terlepas.. huhu. dah siap masak dah pun, tapi tak sempat nak buat entri.. sayangnya lahai! tak pe la.. aku up jugak entri resepi ayam paprik untuk korang semua try.. mana tau nak ubah selera nak makan ayam paprik denga nasi putih panas2 pulak kan time berbuka nanti.. semua cukup, ada ayam, sayur! meal yang lengkap! tak perlu nak masak lauk then nak masak sayur pulak kan. 2 in 1 gituu.. haha. mengarut dahhh.. okay, jom kita tengok bahan2 dan caranya..

Bahan-bahan:


itu bahan-bahannya. cuma ada 4 bahan yang aku terlupa snap pic.. haha. sos tomato, daun limau purut, cili kisar dan cili padi.. jangan lupa lagi 4 bahan ni ye.. yang bab sayur campur tu, korang boleh tambah lagi sayur apa yang korang suka.. depend la korang suka makan apa kan. kalau tak suka tak perlu letak.

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam

2. Bila dah nampak isi ayam hampir masak, angkat dan ketepikan..

3. Tumis bawang putih, masukkan 2 sudu besar cili kisar

4. Masukkan 2 sudu besar sos cili life, sos cili maggi dan sos tomato

5. Seterusnya masukkan ayam, 1 sudu besar sos sotong dan 1 biji cili padi yang dibelah dua

6. Masukkan daun limau purut dan semua bahan-bahan sayur (kubis, carrot, bunga kubis dan kacang panjang)

7. Akhir sekali masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!


selesai sudah resepi ayam paprik ala thai! ada satu tips untuk korang, kalau nak masak sayur jangan masak terlalu lama, sekejap dah cukup.. baru lah bila makan sayur tu, tak rasa lembik sangat, but still rasa rapuh2 sayur tu.. okay! selamat mencuba!

Read More