RESEPI IKAN CENCARU 3 RASA MUDAH DAN SEDAP - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, September 20, 2017

RESEPI IKAN CENCARU 3 RASA MUDAH DAN SEDAP



Hai.. Siang tadi busyra lunch dengan resepi dari bonda tercinta.. mak busyra bagi resepi ni.. so try la masak.. simple dan sedap. resepi mak tak pernah menghampakan.. resepi ni boleh diganti dengan apa saja ikan.. ikan siakap or ikan kembung pun boleh.. tak ada masalah. 

Bahan-bahan:

1. Seekor ikan cencaru
2. 2 sudu cili kering kisar
3. 1 biji tomato, 1 biji cili besar, 2 ulas bawang putih (dikisar)
4. 1 sudu sos tiram, sos cili, sos tomato
5. Sedikit nenas , timun, tomato dipotong dadu
6. Daun salad dan limau nipis
7. Gula dan garam secukup rasa


Cara-caranya:

1. Goreng ikan cencaru dan ketepikan
2. Tumis bahan kisar dan cili kering kisar
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, dan sos cili
4. Masukkan gula dan garam. Kacau beberapa minit.
5. Seterusnya masukkan hirisan nenas, timun dan tomato
6. Akhir sekali hiaskan ikan dengan daun salad dan curahkan kuah di atas ikan.. kalau yang nak ada rasa limau nipis boleh perahkan atas kuah tu ye..

Selamat mencuba..

2 comments:

  1. sedapppppppp..masak camni paling selera makan..hehe

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this Busyra! Nanti boleh cuba. Lama tak makan ikan. Kat UK ni seafood agak mahal. InsyaAllah soon akan jumpa tempat nak beli yang murah. Hehehe.

    Anyway, your cook nampak sedap! ;)

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved