Sedap gila Cheesy Garlic Baguette di Buna Cafe, Alor Setar

Saturday, June 03, 2023

Cheesy Garlic Baguette, Buna Cafe Alor Setar, Salted Caramel Latte, cafe best di alor setar,

Sedap gila Cheesy Garlic Baguette di Buna Cafe, Alor Setar | Hai korang.. Minggu ni bermulalah kerja overtime. Jumaat Sabtu pun kena masuk office.. Then semalam rasa nak cuba menu di Buna Cafe, Alor Setar. Cafe ni drive-thru je korang.. Memang mudah sangat. dan pastinya bagi aku lain dari yang lain. Mana tak nya selalu kita dengar drive-thru ni macam Mcd or KFC je kan. Tapi ini cafe biasa, memang gempak even kecil je cafe nya. cute!



Cheesy Garlic Baguette, Buna Cafe Alor Setar, Salted Caramel Latte, cafe best di alor setar,


Aku baru post video pasal Buna Cafe di Tiktok. Kalau nak tengok lebih jelas lagi korang boleh tengok di TT aku. First time aku makan roti macam ni. Bukan setakat unik tapi memang sedap.



Cheesy Garlic Baguette - RM9.00


Cheesy Garlic Baguette, Buna Cafe Alor Setar, Salted Caramel Latte, cafe best di alor setar,

Roti nya penuh dengan cheese dan sumpah lembut sangat. Garing ditepi dan lembut ditengah. Rating 100/10.. haha. korang yang stay di Alor Setar wajib cuba this menu! Rasa pedas-pedas chili flakes tu bertambah selera. rasanya dorang letak daun parsley juga. Harganya berbaloi, murah..



Salted Caramel Latte RM12.00 & The Buna Latte RM9.50


Cheesy Garlic Baguette, Buna Cafe Alor Setar, Salted Caramel Latte, cafe best di alor setar,

Selain dari makan, aku juga order minuman Salted Caramel Latte dan Signature air dorang iaitu The Buna Latte. Dua-dua sedap! Ada rasa unik. Menariknya adalah mereka brew coffee sendiri. Itulah yang menyedapkan kopi di cafe mereka. Kalau korang first time nak cuba disini, aku suggestkan korang try The Buna Latte! Rating 4.5/5


Banyak lagi menu yang ada di Buna Cafe. Nanti aku nak try menu lain pulak.. Ada customer yang bagi review cakap croissant dan sandwich pun sedap.



Baca Sini : Restoran Bakul Cheh Cha Alor Setar



Waktu Operasi: Buka Setiap Hari kecuali Isnin (7.00am - 7.00pm)

Alamat: Batu 4 1/2, Jln Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah 

(Berdekatan dengan Hospital Sultanah Bahiyah)

Berkebun dekat rumah. Tanam pokok cili dan terung..

cara tanam pokok cili, anak pokok cili padi, berkebun,

Berkebun dekat rumah. Tanam pokok cili dan terung | Hai korang.. sebenarnya rasa dah lama nak tanam pokok cili dekat rumah. Memandangkan hari ni cuti, ada kakak aku pulak kat rumah.. haaa semangat nak berkebun tu berkobar. haha



1 JUN 2023

Aku beli anak pokok cili padi dan terung. Cuba sesuatu baru ni best sebenarnya. Benda yang tak pernah kita buat, kita cuba untuk buat. Beli tanah dan baja, masukkan dalam pasu baru. 


cara tanam pokok cili, anak pokok cili padi, berkebun,

cara tanam pokok cili, anak pokok cili padi, berkebun,

cara tanam pokok cili, anak pokok cili padi, berkebun,


Anak pokok dia comel gila! So aku pindahkan dalam pasu besar.. Selepas 2 minggu aku update semula di sini.. Mati atau hidup. haha. hopefully dia tumbuh dengan sihat. 


Cara tanam pokok cili > Baca SINI

Pulut Ayam Thai di Azizah Corner sama macam di Hatyai

Friday, May 19, 2023

pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,


Pulut Ayam Thai di Azizah Corner sama macam di Hatyai | Hai korang.. Rabu lepas aku singgah makan di Azizah Corner. Bukan orang Alor Setar la kalau tak kenal kedai ni. Antara kedai makan sup sedap disini. Dulu dorang ada dua kedai di Alor Setar tapi satu dah tutup tak tau kenapa. Tempat lama saja still buka sampai sekarang.



pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,

pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,

pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,


Bila sampai time lunch hari bekerja memang padat sangat. Sampai tempat duduk kena tunggu. tapi tunggu pun tak lama la sebab meja makan banyak. Jom tengok apa aku order!


Pulut Ayam Thai


pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,


Pulut diaaaaa.. lembut sangat. Aku pernah makan dekat tempat lain, rasa pulut keras sikit. tapi yang dekat sini memang kena lah! Ayam dia yang special tu, ramai sangat yang beratur order. Sos cicah pun sedap! Rating 5/5. Korang kalau sampai sini wajib try!


Kuey Teow Sup Thai


pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,


Menu ni pun sedappp! Portion dia banyak dan of course sedap.. Ada bebola dan ayam. Korang boleh pilih nak yang special atau biasa. Sup dia sedap, ada rasa dan warna light2 je. tak gelap sangat. Rating 4/5


pulut ayam azizah corner, kedai mee celup azizah corner alor setar,


No telefon : +60 12-485 9470

Waktu Operasi : Buka setiap hari , tutup jumaat & sabtu (12:00 pm - 6:00 pm)

Alamat : Kampung Balek Hutan, 05300 Alor Setar, Kedah, Malaysia

Pintu Sepuloh Cafe, Alor Setar - Cafe unik ala rumah

Tuesday, May 16, 2023
pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,


Pintu Sepuloh Cafe, Alor Setar - Cafe unik ala rumah | Cari punya cari akhirnya jumpa jugak cafe ni. Dah guna waze tapi pelik kenapa tak jumpa. rupanya memang dah lalu 2 kali di depan cafe, cuma tak nampak sebab dorang buang signboard yang sememangnya ada dalam gambar google.


Cafe ni susah untuk parking sebab laluan yang disediakan hanya jalan sehala. Jadi kalau nak parking, kena park jauh sikit, then jalan kaki.


pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,

Dekorasi dalam cafe nampak rare dan eksklusif. sesuai untuk anak muda yang nak makan, chill, borak.. Staff dorang semuanya lelaki. tapi satu je aku nak cakap, cafe ni agak panas (mungkin owner boleh fikirkan alternatif supaya kipas yang disediakan boleh kena pada semua customer.. maksud aku kipas agak mendongak ke atas).

Dengan cuaca macam ni sekarang, aku galakkan korang pergi pada waktu petang nak ke malam.


pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,

pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,


Aglio Olio Chicken Grill - RM20

pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,

Portion untuk menu ni memang banyak. dengan chicken grill sebesar alam tu.. haha. memang makan kenyang. Rasa bawang putih dan cheese dalam spaghetti memang ngam!. Puas makan. boleh kongsi 2 orang sebenarnya portion macam ni.. Rating 4/5

Chicken Grill - RM16

pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,

Ada kentang, salad dan coleslaw. Rasa kuah black pepper agak kuat sebab nampak biji lada hitam banyak. Agak pedas tapi untuk aku yang makan pedas ni masih boleh terima. Rating 3.5/5


Caramel Macchiato - RM14 & Caramel Latte - RM11

pintu sepuloh cafe, cafe best alor setar, cafe alor setar,

Caramel Macchiato sedap! Rating 4/5.. Rasa cukup, creamy2, tak manis sangat.. Caramel Latte pahit sikit tapi untuk penggemar kopi macam aku, okay je rasa macam ni.. 4/5



Waktu Operasi : Buka setiap hari kecuali Rabu (4.30 pm - 11.30 pm)
Alamat : Jalan Pintu Sepuluh, Kampung Lubok Peringgi, 05150 Alor Setar, Kedah, Malaysia

Auto Post Signature