UNBOXING ALTHEA KOREA'S BBO SONG SKIN BOX

Monday, October 30, 2017

Hai dolls! ehhh tetiba.. haha. yela kan sebab kali ni busyra akan story tentang Beauty Box.. Semestinya untuk si wanita-wanita diluar sana. Korang penah dengar tak online shopping website Althea? Setiap bulan Althea akan keluarkan Beauty Box yang menarik! Antara beauty box dari Althea adalah Lovely Dewy Box, Dried Rose Box, Mermaid Box dan banyak lagi! Setiap kotak ada 5-12 barangan di dalamnya, tergantung pada kotak yang korang beli pada bulan itu.

Apa yang best tentang Althea ni, korang tak perlu nak subscribe bayar tiap-tiap bulan. Kalau nak beli Box untuk bulan tu saja perlu bayar. Yang tak bestnya Beauty Box Althea ni cepat habis sebab ia adalah limited edition! So, kalau berkenan tu kena cepat-cepat grab!

Baru-baru ni Althea keluarkan box yang sangat cute iaitu Bbo Song Skin Box! Apa yang ada di dalam box yang busyra dapat ni? Jom tengok!!


Apa itu Bbo Song Skin?

Dalam Bahasa Korea, Bbo Song Skin bermaksud kulit lembut seperti bayi (Baby Soft Skin Look). Maknanya kalau nak look macam baby, kulit lembut semulus baby, kena guna Bbo Song Skin ni!

Apa yang ada dalam Althea Bbo Song Skin Box?

1. Innisfree No Sebum Powder Cream
2. Nakeup Face Coverking Powder Cushion #22 Silky Cover
3. The Saem Saemmul Single Blusher #PK01 Bubble Gum Pink
4. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder
5. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake
6. W.Lab Sebum Out Oil Control Mist

1. Innisfree No Sebum Powder Cream


Innisfree Cream digunakan sebelum memakai alat makeup yang lain iaitu berfungsi sebagai Sebum Control, Moisturizer dan juga Primer. Bila krim ni disapu di bahagian muka, ia akan menjadikan makeup lebih cantik dan sempurna. Bukan tu saja, ia akan melembapkan kulit muka dan mengawal minyak supaya tidak berlebihan.


Review/Result: Bagi busyra, krim ni tidak melekit malah kulit rasa lebih lembap dan lembut.. Kulit muka busyra jenis berminyak tapi terkadang tu ada juga kulit jadi kering sangat, tapi lepas apply krim ni rasa lebih selesa.

Rating:  5/5

2. Nakeup Face Coverking Powder Cushion #22 Silky Cover


Nakeup Face Powder ni menjadikan kulit selembut baby. Ia dapat mengawal minyak di muka dan dengan sekali calit saja dapat menutupi segala parut, liang-liang pori yang terbuka dan kedutan.



Review/Result: Packaging yang sangat cantik! Sebelum ni, kalau busyra pakai bedak mesti kena calit banyak-banyak kali, baru tutup semua cela tapi dengan Nakeup Face ni sekali calit dah cun macam artis korea! haha


Rating:  4/5

3. The Saem Saemmul Single Blusher


Blusher yang di buat daripada powder yang halus dan gebu. Warna pink ini sememangnya akan menjadikan muka lebih berseri dan natural.


Review/Result: Busyra memang belum pernah ada warna yang terang macam ni.. sebelum ni ada warna yang soft dari blusher Saemmul. Lepas apply dekat muka barulah muka nampak lain dan menaikkan seri wajah.

Rating:  4/5

4. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder


Red Spot Sulfur Powder ini berfungsi untuk menutupi segala parut dan jerawat yang ada di muka. Selain daripada itu, ia dapat menghalang jerawat daripada bertukar menjadi bintik hitam. Di dalam Red Spot Sulfur Powder terdapat 2 lapisan atas dan bawah iaitu lapisan cecair dan serbuk. Kedua-dua lapisan ini sangat bagus iaitu mengawal sebum dan mengawal kesan merah pada wajah.


Review/Result: Busyra tak penah try Red Spot Sulfur macam ni.. Tapi lepas try ni, sangat berkesan sebab parut boleh ditutup dengan mudah. Lepas ni kalau jerawat naik, cepat-cepat letak red spot sulfur!

Rating: 4/5

5. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake


Warna yang menarik iaitu Grey Khaki Black! Kegunaannya untuk melukis ukiran kening supaya nampak lebih cantik dan natural. Eyebrow kit ni mudah dibawa kemana saja sebab ia bersaiz kecil. Ada 2 warna grey yang berlainan, terang dan pudar.


Review/Result: Sebenarnya busyra tak pandai lukis kening dan tak minat.. hehe. kening bukan part yang busyra ambil peduli dalam makeup. yes! betul orang cakap kening tu kena cun, baru cantik. tapi busyra lebih suka kening busyra yang ori. biar lah serabut sikit. Dengan adanya Eyebrow Skinfood ni, busyra guna juga dengan olahan busyra gantikan sebagai Eyeshadow. haha. Mudah! sapu dengan jari saja. 

Rating: 4.5/5

6. W.Lab Sebum Out Oil Control Mist


Sebum ini dihasilkan adalah untuk mengawal minyak yang berlebihan pada muka dan ia mengandungi serbuk semulajadi untuk melembapkan kulit. Goncang dulu sebelum digunakan supaya serbuk dan cecair bercampur antara satu sama lain. Kemudian, sembur pada seluruh muka selepas makeup. Muka akan lebih segar dan bermaya.


Review/Result: Kulit busyra rasa lebih gebu lepas spray oil control mist ni. Lebih segar, lebih sejuk, lebih segala-galanya. hehe. Kulit pun tak kering. Kelembapan berpanjangan gituuu. 

Rating:  5/5




Jom tengok video simple makeup busyra! 


Itulah review dari busyra. Memang sangat best dapat cuba Bbo Song Skin Box ni! Nanti nak try lagi kalau diberi kesempatan untuk bulan depan. box lain pulak! hehe. So, bagi sesiapa yang berminat nak try Althea Box boleh lah ke detail di bawah ye.




Read More

5 PETUA BERKESAN MENGHILANGKAN BAU BADAN

Sunday, October 29, 2017


Siapa saja yang selesa dengan bau badan sendiri? dan yang lebih teruk lagi kita akan rasa kurang selesa bila ada yang datang mendekati. Dengan bau badan yang kurang menyenangkan akan menyebabkan kita rasa kurang keyakinan diri dan jadi malas nak bergerak. Salah satu punca bau badan adalah disebabkan oleh bahan buangan yang terkumpul dalam badan kita akibat proses pencernaan yang tak sempurna. 

Faktor lain juga boleh disebabkan oleh faktor pemakanan. Elakkan mengambil makanan yang bertoksin. Jadi dalam entri kali ni, busyra ada beberapa tips/petua untuk korang menghilangkan bau badan sama ada yang kritikal ataupun yang biasa-biasa saja.

Petua Menghilangkan Bau Badan

1. Daun Sireh

Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1 liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi pada waktu pagi. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan. Untuk pengetahuan korang, daun sireh membantu menghilangkan bau badan yang berpunca dari kuman/bakteria.

2. Timun

Hiriskan timun kepada beberapa kepingan kecil dan gosokkan di ketiak. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan setiap kali selepas mandi. 


3. Bunga Cengkih 

Rendam beberapa kuntum bunga cengkih dalam satu cawan air panas. Biarkan sehingga kembang. Kemudian minum air rendaman tersebut.

4. Limau Purut

Gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan dan jangan buang lepas guna. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air itu. 

5. Minyak Wangi

Jadikan amalan membawa ke mana sahaja minyak wangi atau body spray/mist yang fresh baunya. So, tiap kali korang rasa peluh dekat badan dan mula ada bau yang kurang menyenangkan, semburkan wangian fresh supaya bau tu boleh hilang sikit. 


Semoga Bermanfaat 

Read More

OST DRAMA RED VELVET - SESUNGGUHNYA AKU BY ALIF SATAR

Drama yang tengah jadi kegilaan busyra sekarang ni. hehe. tapi macam biasa la kan ramai yang cakap neelofaa kaku dalam lakonan.. well.. itu biasa, siapa tak pernah kaku bila berlakon. yang penting. I feel you kak lopa. haha.. Bila dah tengok drama terus suka dengan lagu ost red velvet ni. Dinyanyikan sendiri oleh heronya, iaitu Alif Satar. Drama ni baru saja ditayangkan, Episod 4. 

Ost Drama Red Velvet

Sesungguhnya Aku

Apa ku rasa
tak pernah ku duga
hadir dirimu
merubah semua

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

siapakah aku
didalam hatimu
harus ku tahu
kerna aku rindu

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

kaulah yang terbaik
yang pernah diriku miliki
kan kuberikan sepenuh jiwa
hanya untuk dirimu

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
mencintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya
sesungguhnya

Read More

RESEPI BIHUN SOTO AYAM KETAGIH

Friday, October 27, 2017


Hai.. Siang tadi Busyra terasa nak makan Bihun Soto Ayam, then terus ke kedai untuk beli apa yang patut.. Resepi ni agak ringkas dan tak rumit tapi sedap! Bukan time raya je boleh buat resepi ni. Tak raya pun boleh bedal. Janji time makan tu puas hati. Boleh makan ramai, tak perlu nak beli dekat kedai. Resepi bihun soto ayam ni, kalau korang nak gantikan makan dengan mee or nasi impit pun boleh. Sebab ada yang tak suka makan dengan bihun, so ikut selera memasing ye..


A. Bahan-bahan untuk Kuah Soto:

1. Air rebusan ayam 
2. Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bawang Kecil, Bawang Putih (kuantiti bergantung pada korang, Bahan Tumis) -busyra letak sikit je
3. 1 Peket kecil serbuk kurma ayam (kalau nak pekat boleh tambah 1 peket lagi)
4. 1 ketul kiub pati ayam knorr
5. Fish cake dan Fish ball
6.  Sedikit perasa

Cara-Caranya:

1. Tumis bahan no 2 tadi
2. Setelah naik bau, masukkan serbuk kurma
3. Kacau seketika.
4. Seterusnya masukkan air rebusan ayam (kalau sikit boleh tambah air)
5. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit perisa
6. Masukkan fish cake dan fish ball dan biar sekejap (Fish cake dan fish ball ni sekejap je dah masak)
7. Siap!


B. Bahan-bahan untuk Sambal Kicap:

1. 12-15 biji Cili padi (kalau nak lagi pedas, letak la lagi banyak)
2. 1 Labu bawang putih (letak banyak memang sedap)
3. Kicap biasa (busyra guna kicap mudim)
4. Kicap manis abc 

Cara-Caranya:

1. Masukkan cili padi dan bawang bersama sedikit air (agak-agak la ye). Kemudian blend kan
2. Masukkan dalam mangkuk dan tuang kicap biasa dan kicap abc (2 sudu)

C. Bahan-Bahan Sampingan:

1. Taugeh (busyra tak celur, makan macam tu je, lagi sedap. Rangup!)
2. Sohun (digoreng)
3. Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris)
4. Tauhu (digoreng dan dihiris)
5. Ayam di carik-carik


Selamat Mencuba!

Read More

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI TANPA PERLU MAKAN UBAT!

Tuesday, October 24, 2017

Hai semua..

Petua hilangkan rasa sakit gigi
Busyra memang selalu sakit gigi, rasanya bulan ni ja tak sakit.. Bukan sebab gigi berlubang, tapi sebab gigi geraham busyra yang hujung sekali asyik nak tumbuh tapi tak keluar-keluar.. dia keluar sikit-sikit.. serius sakit! sapa yang perlu alami situasi ni pasti tau betapa sakitnya wei.. nak marah dekat orang semua ada.. hehe. Ramai yang cakap bila dah tak sakit better pergi cabut.. tapi Busyra ni paham-paham je la, penakut dengan doktor gigi. haha. 

Alhamdulillah la bulan ni tak sakit dah. So, dalam entri kali ni busyra nak share sikit petua hilangkan sakit gigi.. Dalam salah satu petua ni, memang busyra dah amalkan. dan rasa sakit tu berkurangan.. petua ni tak kisah la gigi berlubang ke apa ke, yang penting sakit gigi. bolehlah amalkan ye. 

Petua Hilangkan Rasa Sakit Gigi.

1. HILANGKAN PLAK

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. MINYAK GAMAT

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. GIGIT BUNGA CENGKIH

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. KUMUR DENGAN AIR GARAM

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. KAPUR SIRIH

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. LIDAH BUAYA

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. HABBATUS SAUDA

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. DAUN SERAI

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. TOMATO MUDA

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.
Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. GAMBIR

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

12. KUMUR GARAM, AIR DAN LIMAU NIPIS

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

13. ASAM JAWA

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

14. BAWANG PUTIH

Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Insya-Allah, akan terasa kesannya.
Petua hilangkan rasa sakit gigi
Ini hanyalah petua sahaja. Tapi jika sakit korang berlarutan better jumpa doktor ye. Jangan jadi penakut macam busyra.. hehe. Okay bai.
Sumber Petua: Facebook Sirap Limau
Read More

DOA CEPAT SEMBUH DARI DEMAM

Doa Merawat Demam

Doa Cepat Sembuh Dari Demam | Sakit dan demam boleh dirasai oleh sesiapa pun.. Peritnya kalau kita demam kan. Jadi bolehlah kita amalkan doa ini.. Dengan izin Allah, kita akan sihat dan semoga perkongsian mengenai artikel doa cepat sembuh dari demam ni akan membantu korang.. Doa ini selalu diamalkan oleh Rasulullah ketika sakit dan demam.

Doa Cepat Sembuh Dari Demam

Sesungguhnya demam dan sakit itu penghapus dosa. Semoga Bermanfaat :)

Read More

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J29

Monday, October 23, 2017

Hai semua..


Sebenarnya entri ni dah lama ada dalam draf sampai berhabuk.. hehe. Niat di hati haritu lepas saja balik dari interview bulan lepas terus nak share dengan korang. Tapi asyik malas je. So harini rasa semangat sikit nak share. Sebut je pasal interview, bak kata orang, kita kena ready 100% bila kita dapat surat tawaran temuduga.. Confident kena lebihhh. tapi jangan terlalu confident pulak.. punah nanti. haha. Susah ke interview pen. pegawai perancang ni? Susah jugak la tapi lagi susah kalau dapat temuduga peg. perancang.. Banyak yang perlu korang study. Mental dan fizikal kena kuat. 

Untuk interview ni, ada 2 tapisan iaitu pertama tapisan Ujian Bertulis dan autocad. Kedua semestinya Ujian Lisan. Apa yang perlu dijawab untuk kedua-dua ujian tu? Nanti busyra akan story one by one okay. Busyra dapat surat untuk ujian tapisan bertulis.. Macam-macam busyra baca.. haha. takut punya pasal wei.. Dalam surat panggilan tu sudah dinyatakan kena bawak alat tulis dan laptop sebab ujian bertulis ni ada 3 bahagian. Serius banyak! tapi masa yang diberikan sangat singkat. Hanya 3 jam untuk ketiga-tiga bahagian tu. 


Soalan yang ada dalam Ujian Bertulis

Ada bahagian A, B dan C.. Tapi penemuduga suruh calon-calon menjawab Bahagian C terlebih dahulu sebab bahagian C perlu menggunakan laptop untuk buat layout menggunakan autocad. Soalan yang busyra dapat ialah "buat layout rekreasi". Dalam soalan tu ada berikan beberapa elemen yang wajib dimasukkan dalam layout rekreasi tersebut. Elemen tu seperti tanah lapang, pejalan kaki, rumah kedai, kolam dan ada beberapa elemen lain lagi.. Busyra tak berapa nak ingat. Untuk pengetahuan korang, jangan risau kalau tak sempat nak siap, buat saja setakat mampu.. Penemuduga hanya nak tengok kita boleh menggunakan Autocad atau tidak.. 

Untuk Bahagian A pulak soalan kena jawab dalam esei/perenggan pendek. dalam 5 ayat macam tu.. tapi tengok jugak jenis soalan.. Kalau soalan tu adalah soalan Senaraikan.....? maksudnya just buat point saja. Contoh soalan seperti:

1. Apa itu Perancang Bandar dan Desa
2. Terangkan mengenai Rancangan Pemajuan 
3. Senaraikan Hierarki Sitem Perancangan
4. Maksud Rancangan Tempatan

Soalan-soalan bahagian A adalah soalan asas dalam Perancang Bandar dan Desa. Semuanya ada 10 soalan.. 4 soalan tu saja busyra ingat.. hehe

Seterusnya kita ke Bahagian B. Untuk bahagian ni, busyra dapat 1 pelan kawasan perumahan.. Pelan tu saiz A3. Tujuan Bahagian B ni dibuat pada calon rasanya adalah untuk lihat adakah calon boleh membaca pelan dan mengira jika terdapat soalan pengiraan. Bahagian B ni jugak ada 10 soalan, soalan dijawab berdasarkan pelan yang diberikan.. Pelan perumahan tu udah ler kecik-kecik.. alahai mata busyra pulak rabun.. haha. puas dibelek-belek.. Contoh soalan adalah:

1. Adakah perumahan di sekitar kawasan ini memerlukan masjid? *so kita kena tau berapa nisbah isi rumah kalau nak tubuhkan sebuah masjid. 
2. Kira ruang lantai untuk rumah kedai
3. Berapa back lane untuk rumah kedai
4. Cadangan untuk kawasan perumahan ini

Untuk bahagian B ni pun busyra ingat 4 soalan saja.. Apa yang penting korang kena tau banyak tentang pengiraan dan formula. Busyra sendiri pun ada soalan yang blur nak jawab.. haha

50 calon yang dapat ujian bertulis ni. Dan akhirnya tamat sudah ujian bertulis.. Lepas 2 minggu, Alhamdulillah Allah bagi busyra peluang lagi, cari pengalaman interview lagi. Busyra dapat surat temuduga lisan pulak.. yang ni serius neves.. Ye la kan mana tak neves dah lama busyra tak cakap depan penemuduga.. Dalam bilik meeting tu ada 5 panel, kau rasaaa? haha. tapi calon yang masuk bukan sorang-sorang la sekali masuk 4 orang.


Soalan yang ditanya dalam Ujian Lisan

Macam biasa la kan, perkenal diri, tinggal mana, study mana, dan sebagainya. Semuanya pasal diri. English ke Melayu? Melayuuu! Kalau interview kerajaan memang melayu, so jangan risau. Kekadang je kalau bab kenalkan diri tu ada jugak panel tanya english. saja nak test.. okay, Contoh soalan seperti:

1. Kalau berlaku banjir di kawasan bandar apa yang perlu anda lakukan?
2. Depan saya ada sebiji cawan, dan apa yang anda nampak tentang cawan ni? *kalau soalan ni keluar bila korang interview, please jangan jawab cawan ni diperbuat dari kaca, cawan ni warna putih.. No, no.. Ini soalan asah minda ni. Jawapan perlu diluar kotak pemikiran.. Cuba cakap, cawan ni berada dalam bilik meeting dan di minum oleh datuk.. haaa sedap sikit uolsss.. yang interview busyra tu salah seorangnya adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya, Alor Setar. 
3. Last sekali panel akan tanya ada apa-apa soalan? Sebolehnya korang tanya la 1 soalan ye. Apa-apa saja. tidak semestinya tentang planning.

Itulah pengalaman busyra dalam interview pen. perancang bandar ni.. Tapi sayangnya tak ada rezeki busyra untuk dapat jawatan ni.. InshaAllah ada rezeki lain menanti.. Kalau korang dapat interview Pen. Pegawai Perancang pada masa akan datang bolehlah baca dan praktis apa yang busyra ceritakan tu ye.. sebab soalannya pasti lebih kurang saja. Semoga entri ni bermanfaat untuk semua.

Read More

RESEPI AYAM MASAK CILI KERING CHINESE STYLE

Saturday, October 21, 2017

Resepi Ayam Masak Cili Kering Chinese Style | Hai semua.. Harini busyra nak share satu resepi dari group Masak Apa Hari ni (MAHN) di facebook.. Busyra sendiri dah try resepi ni dan sangat sedap.. busyra pulak memang penggemar cili kering, so apa lagi memang cuba lah kan. 


Bahan - Bahan:
1. Bawang merah - mayang dan potong besar (2 versi)
2. Bawang putih - mayang
3. Lada besar 1 biji - mayang
4. Cili padi 3 biji - mayang
5. Cili kering 10 tangkai - potong kecik kecik
6. Daun kari
7. Sos cili, sos tomato dan sos tiram
8. Paste asam jawa
9. Tepung gandum
10. Telur

Cara-caranya :
1. Ayam potong kecik.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng.
3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!

SELAMAT MENCUBA!
Read More

3 TIPS UTAMA MENJADI DROPSHIP BERJAYA

Hai semua..


Siapa di sini minat ataupun cenderung dalam bidang bisnes? sila angkat tangan untuk permulaan soalan ni. hehe. Kalau korang salah satunya, korang kena teruskan membaca sebab busyra nak share 3 tips paling utama menjadi dropship yang berjaya.. Masih ada ke disini yang masih belum tahu apa itu dropship? Okay, meh sini busyra nak explain dulu apa itu dropship before kita teruskan untuk kedepan ye..

Apa itu Dropship?

Dropship adalah salah satu sistem yang digunakan dalam online bisnes, dimana dalam sistem dropship penjual tidak memerlukan stok barang untuk disimpan ataupun proses untuk pengiriman barang kepada customer. Dropship adalah sebagai orang tengah dalam setiap jual beli yang dilakukan. Dropship hanya perlu promote di media sosial dan jika terdapat sebarang tempahan dari customer, dropship perlu mengambil bayaran dan detail kepada customer untuk diberikan kepada founder/stokis produk tersebut. Dropship akan menolak keuntungan sendiri dari hasil bayaran customer. Jangan ada yang keliru pulak ye, sebab ada sesetengah dropship perlu keluarkan duit untuk yuran.. Jika kita invest sikit dalam modal, pasti pulangannya lebih menguntungkan.


3 Tips Utama menjadi Dropship

1. Pemilihan produk yang ingin dijual

Sebolehnya, pilihlah produk yang kita suka.. Apa yang busyra maksudkan adalah memilih sesuatu produk yang kita suka akan buatkan kita rasa tak segan silu untuk promote setiap hari.. Jangan pilih produk diluar kemampuan kita untuk menjual. Tips untuk pemilihan produk adalah memilih produk yang hangat menjadi pilihan pelanggan.. Fikir dalam skop besar terlebih dahulu barulah kepada skop yang kecil.. Contohnya, dalam skop besar adalah kecantikan dan untuk skop kecil pula ialah menjual supplement ataupun barangan makeup.. terpulang kepada diri sendiri.. begitu juga dengan produk makanan dan sebagainya.. 

Bagi pendapat busyra sendiri, pilihlah produk apapun yang penting korang kena ada kerajinan dan usaha.. Cara untuk memilih produk adalah dengan korang boleh ke website ataupun sosial media pembekal tersebut. Kaji dulu pro dan cons setiap produk yang bakal korang pilih.. Lepas tu bolehlah terus whatsapp pembekal menyatakan hasrat korang untuk jadi dropship produk mereka.

2. Pengiklanan dan Pemasaran produk

Bila korang dah berjaya memilih produk untuk dijual, seterusnya kenalah fikir bagaimana cara untuk pasarkan dan iklankan produk tersebut.. Kedua-dua elemen ini sangatlah penting untuk dropship. Rasanya bukan untuk dropship saja tetapi untuk semua peniaga diluar sana tak kisah lah agen ataupun stokis.. Bagaimana cara untuk buat pengiklanan dan pemasaran? Zaman teknologi sekarang macam-macam ada, contohnya facebook, instagram, blog, whatsapp dan sebagainya.. Promote dan terus promote di media sosial tentang produk yang korang jual. 

Bila kita dah jadi dropship dibawah stokis atau agen pasti pihak mereka akan menyediakan info-info pengiklanan, kita sebagai dropship hanya perlu copy dan paste saja. sangat mudah! Tips yang lebih berkesan adalah, korang join 20 ke atas group whatsapp jual beli produk.. setiap hari promote jualan korang tu dalam group tersebut.. Busyra yakin 100% dalam ramai-ramai yang join group whatsapp tu pasti ada yang whatsapp personal korang untuk beli produk korang tu.. So, promote lah setiap hari

3. Rajin!

Untuk tips ini tak dapat disangkal lagi, sebabnya kalau malas memang tak berjaya lah kan? bekerja lah kita sebagai apa pun yang penting rajin! pasti berjaya, samada cepat atau lambat.. Jangan malas untuk mencari ilmu pasal dropship, jangan malas untuk iklankan dan pasarkan produk korang dekat semua media sosial pada SETIAP HARI.. 


Kenapa Dropship tidak berjaya?

Tak semua dropship tidak berjaya. Apa yang penting kita kena usaha.. Busyra sendiri pernah jadi dropship masa zaman universiti dulu dan Alhamdulillah pendapatan tu boleh la sikit-sikit beli apa yang patut.. kalau nak pendapatan lebih, kena buat full time dropship. baru untung banyak.. Apa yang membuatkan dropship tak berjaya? salah satu sebabnya adalah kita tidak paham dengan jelas konsep jual beli droship.. Kalau nak lebih paham lagi, korang kena beli ebook tentang dropship.. pergi je beli di kedai-kedai buku tersohor.. pasti ada!

SEMOGA ENTRI NI BERMANFAAT UNTUK SEMUA :)

Read More