Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf ala Oversea di Perlis jadi tumpuan pelancong | Hai korang.. Walaupun aku orang utara dan sangat dekat dengan Negeri Perlis, ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Ladang Kenaf. Tempat ni menjadi daya tarikan di Perlis disebabkan ia disamakan dengan Ladang Bunga Canola di Jeju.. 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf terletak di Chuping, Perlis.. Sesampainya disini, aku teruja tengok panorama sebab kawasannya sangat luas. Korang boleh ambil seberapa banyak gambar yang boleh dengan percuma. Tak perlu bayar pun.. 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,


Masa aku sampai tu, bunga kenaf tak berapa banyak sangat.. mungkin aku sampai bukan masa yang betul untuk tengok bunga mekar.. tapi tetap cantik bila bergambar.. Photoshoot pengantin memang cantik dekat sini! 


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,


Pokok Kenaf atau nama saintifik Hibiscus cannabinus L: adalah dalam keluarga Malvaceae , bersifat kuat, berserabut menyerupai pokok bendi dari segi daun dan bunga. Kenaf merupakan tanaman herba, di percayai berasal daripada Afrika. Dan diperkenalkan di Malaysia mulai pada tahun 2000.


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Cuaca masa ni tak menentu.. kejap hujan kejap panas.. so, time panas tu kena cepat-cepat snap gambar.. aku suka sangat tempat ni.. view yang terbentang luas.. yang ada cuma warna langit, pokok dan tanah.. tenang sangat.. ramai juga time aku sampai ni.. kereta selisih juga sebab laluan jalan yang disediakan agak sempit..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

View gambar di atas rasanya pokok kenaf yang dah mati.. mungkin dorang nak buat penanaman semula.. tak tahu la yang tu.. cuma ada satu side yang mati macam ni.. walaupun jadi macam ni, tetap nampak cantik disebabkan gabungan warna hijau dan biru..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

pokok kenaf ni jenis tinggi.. kalau budak-budak berdiri sebelah dia memang tenggelam lah jawabnya.. hehe.. aku ni kalau boleh bergambar, mungkin sampai penuh gallery phone tu. haha.. sebab cantik sangat! kalau korang perasan, setengah gambar langit nampak cerah, setengah gambar langit nampak gelap sikit.. haaa itu lah yang aku bagitau tadi.. cuaca yang kejap cerah kejap gelap.. huhu..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

time bergambar ni, angin kuat juga.. rasa macam kat oversea pulak!.. tak sampai oversea, sampai sini pun jadi lah! haha.. tenanggg ributttt jiwaaaa dia tuuu.. sumpah best! gambar di bawah ni adalah laluan untuk masuk ke Ladang Kenaf..


Ladang Kenaf Chuping, tempat menarik di Perlis, bunga kenaf,

2 Comments

  1. Cantek tempatnya. View Menghijau. Nampak ala2 oversea..

    ReplyDelete
  2. Perlis ni banyak tarikannya kan?
    Dulu suka lalu ladang tebu tu ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post