Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap

resepi butter chicken, resepi mudah ayam buttermilk, butter chicken letak cili,


Resepi Butter Chicken Tak Guna Daun Kari Pun Sedap | Hai korang, nak dijadikan cerita busyra teringin gila nak makan butter chicken lepas tengok video dekat youtube. haha. pengaruh youtube! Tapi memandangkan tak ada daun kari terpaksa lah skip. Try tengok sedap ke tidak.. Jom tengok resepi!


Bahan-bahan Ayam:

2-3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Air secukupnya


Bahan-Bahan:

Ayam 
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih - hiris halus
2 sudu besar mentega
4 biji cili padi - dipotong




resepi butter chicken, resepi mudah ayam buttermilk, butter chicken letak cili,


Cara Penyediaan:

1. Gaulkan kesemua (bahan-bahan ayam) sehingga sebati. Kemudian masukkan ayam dalam bancuhan tersebut. Biarkan seketika supaya bahan perapan masuk kedalam ayam.

2. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Untuk kuah pula, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili sehingga naik bau. 

3. Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi. 

4. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siappp! 


Post a Comment

3 Comments

  1. sedapnya..thanks for sharing :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-love-elsa-2021.html

    ReplyDelete
  2. Daun kari tu sekadar penambah aroma kan.. ada bonus tak ada tetap boleh on. Perhhhh.. ngences

    ReplyDelete