AKHIRNYA BERJAYA NAIK SKYBRIDGE, LANGKAWI

Monday, September 26, 2016

Hello semua..

entri ni sebenarnya dah lama sangat di draft post. tapi disebabkan aku tak ada masa nak update, terpaksalah aku biarkan entri tu terkubur beberapa bulan lalu. huhu. sadis betul! saja nak share dengan korang pengalaman naik skybridge di langkawi. serius best!

eh kejap! macam mana aku boleh sampai ke sana? di sebabkan ada seminar yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) semasa aku praktikal di sana dulu.


setibanya di sini kami menginap di hotel HIG





dan seterusnya majlis seminar bermula, serius agak penat masa ni sebab baru saja sampai


budak2 praktikal bersama staf JPBD.. :D  hari kedua terus dengan seminar, hari ketiga baru kami ke skybridge! 


laluan untuk ke atas jambatan. penat sebab jauh jugak. haha. al maklum jarang bersenam. hehe


akhirnya sampai jugak! eh eh jumpa omputih laa. haha


pemandangan yang agak kabur sebab kami berada di ketinggian yang tinggi. haha. tak ingat berapa ketinggian jambatan ni..


serius pemandangan yang cantik! rasa nyaman. 




pemandangan dari atas cable car


nak romantik kejap dengan pasangan. haha


masa ni aku agak sedikit gemok. haha. sebab setiap hari time praktikal asyik bekfes dengan nasi lomak ja. so badan pun dah naik lomak la jawabnya. heee. 


sekarang ni berat badan dah kembali ke normal. but i miss badan masa praktikal. :(




sebelum balik kami singgah ke pantai duluuuu.. 


best sangat ke sana! tapi sebenarnya pengalaman bersama staf JBPD lagi best. rindunya dekat dorang. :(

korang ada pengalaman ke sana? share la.. okay bai!


4 comments

  1. dulu lela pergi skybrigde tutup buat renovation. 3 tahun lepas kot.

    ReplyDelete
  2. Nanti try pergi mangrove dekat Tanjung Rhu pula, best tau. hehe

    ReplyDelete
  3. bestnye.. saye dh prnh sampai langkawi 2x tp xprnh sampai lg kat sni..
    mcm kene pergi lagi je..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jalan2.. Jgn kata skybridge.. Nak g Langkawi pun x lepas.. Hehehe..

    ReplyDelete