Tips untuk jadi Yakin pada diri - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, December 01, 2016

Tips untuk jadi Yakin pada diri

Hai..


nak cakap pasal confident dalam diri ni memang kadang tu aku sendiri pun tak dapat nak kawal diri, rasa kurang yakin dan kadang tu shy shy cat. tanya pada diri korang, tahap level yakin korang tu dekat mana? diri sendiri mesti la tahu..

sebenarnya nak jadi yakin ni korang tak perlu nak cergas, kurus, ada rambut cantik, rumah besar, ataupun orang selalu cakap "dia dah cantik" memang yakin lah. cuba muka hitam, keyakinan tu mesti kurang. okay sekarang ni cuba ubah mindset korang tu. jangan asyik nak cakap macam tu je sebab permulaan dari yakin adalah dari diri korang sendiri!


aku nak bagi tips dekat korang macam mana nak jadi yakin dalam diri. ok let's!

1. Berhenti nak compare diri dengan orang lain

mesti korang cakap "lebih mudah bercakap dari melakukan" kan? okay memang betul apa yang korang cakap tu tapi korang kenalah cuba untuk sedar yang korang adalah korang dan tak akan pernah jadi orang lain. Jadi kenapa korang tak try the best untuk diri sendiri? korang hanya perlu jadi baik dan terbaik hanya untuk diri korang sendiri then baru fikir orang lain. 

2. Berfikiran Positif

jangan berfikiran negatif! bila korang selalu fikir perkara yang buruk macam "aku ni tak baik", "aku ni gemuk, tak cantik", sebenarnya itu menunjukkan sikap korang pada diri korang sendiri dan automatik benda ni akan betul2 terjadi. Ubah sikap korang tu dari bercakap hal-hal negatif kepada fasa yang lebih baik. buat satu motto hidup! "Enjoy segala-galanya!!" "Senyum selalu!!"

3. Menerima kesilapan diri

apa yang korang buat dalam hidup ni, kalau salah tetap salah. jangan la pertahankan dan tegakkan benang yang basah. buka hati untuk menerima segala kesilapan diri dan ubah untuk jadi lebih baik

4. Jangan biarkan orang lain tentukan hidup korang

Biar lah orang lain tahu kekurangan diri korang, peduli apa kan. kalau orang lain cakap "kau ni gemuk lah", endahkan saja. angkat kaki dan blah. tak payah nak ambil perhatian bila dorang bercakap pasal keburukan korang. ingat! jangan sesekali membolehkan orang lain cuba untuk mencipta diri korang!

5. Menetapkan matlamat hidup

sebagai contoh, kalau korang ni budak U, then korang nak sangat dapatkan cgpa 4.00. so, tunggu apa lagi. aim lah sampai dapat! usaha! matlamat hidup macam tu akan membuatkan korang bertambah yakin

6. Makeover


korang tak perlu terlalu over dalam makeup. mungkin dari korang tak pakai eyeshadow, korang dah boleh start pakai! tak perlu terang cukup memadai ia nampak korang lebih yakin dan manis! Pergi beli sesuatu baju yang menampakkan korang bertambah yakin untuk ke kelas/pejabat. Makeover boleh jadikan seseorang beetambah yakin!

7. Buat sesuatu yang korang suka

buat lah benda yang korang happy dan korang kena sentiasa buat! tak kisah lah korang suka melukis ke, main badminton ke, main phone. buat ja! yang penting korang happy. 

8. Luangkan masa untuk diri 

Ambil sikit masa berfikir untuk diri sendiri. jangan fikir tentang apa yang perlu korang buat diluar sana untuk puaskan hati orang lain tapi fikir apa yang korang perlu diri sendiri dan korang enjoy!

9. Jadikan diri selesa dengan diri sendiri

terima diri korang dan buat penilaian sendiri. contohnya kalau korang ni seorang yang keras kepala/susah dipujuk, jadi betulkan! Tapi ingat jangan sesekali korang nak salahkan diri pulak. dah memang perangai korang macam tu nak buat macam mana kan? hehe. so korang kena la pandai untuk atasi. korang adalah korang! ingat tu. :)


Harapnya tips ni berguna untuk korang supaya lebih yakin dalam diri. InshaAllah. Thanks! :)


10 comments:

  1. Sentiasa yakin cuma bila nak bagi ucapan kat orang ramai sedikit goyah la..huhuhu

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. nice tip :) dalam khidupan harus yakin diri kalau nak berjaya .. y pnting sentiasa positif

    ReplyDelete
  3. Kak PC pun ada rasa kurang jeyakinan diri pada satu satu perkara tau..kena belajar ubah juga sikit sikit kan.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih tipsnya hihi sy cuba untuk jadi lebih confident

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang tak nak compare dengan orang lain dan terkesan dengan kata-kata orang lain, tapi jauh di sudut hati ada juga perasaan camtu :( Akan cuba positifkan diri lagi lebih selepas ni. Thanks dear for the tips :)

    ReplyDelete
  6. Be yourself... hargailah diri sendiri... biaq pi la org nk kata apa kan...

    ReplyDelete
  7. no 8 ! memang betul ! mek stuju dgn awk !

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved