Keindahan Kota Kuala Kedah!

Saturday, December 17, 2016

Hai...


korang pernah tak setiap kali nak keluar dengan kawan2, mesti masing2 tanya "kita nak kemana?" haha. aduhh.. memang tak tau la nak jawab apa. sebab jenis aku memang tak suka sangat ke mall.. lagipun kalau nak ke mall ni kena banyak duit baru best nak shopping. ni kalau duit pun ciput ja setakat nak cuci mata, baik tak payah. cadangan aku baik kita pergi ke tempat yang boleh tenang kan jiwa dan raga! cewah! :p so bincang punya bincang, jom lah kita ke kota kuala kedah. itu ja tempat yang hadooo dekat kedah ni aku rasa selain langkawi. hahaha.. tak baik burukkan negeri sendiri :p


sampai2 terus selfie! haha.. agak panas cuaca semalam.. tapi best tengok pakcik makcik, adik2 memancing. untuk sesi sual kenal antara aku dengan korang, meh aku nak bagi tau sikit. haha. :p aku memang salah seorang peminat memancing. tapi tak dapat nak memancing selalu sebabnya tak ada geng sekepala. at least dapat tengok orang memancing pun dah puas rasanya!


adik ni tekun betul memancing! memang ramai yang memancing di tebing dekat situ.. orang dulu2 cakap kalau memancing tak boleh bising. kena diam2 takut ikan lari. hahaha.


taraaaa, ikan dah dapat!. seronoknya tengok! even aku tak kenal pun ni ikan apa. haha. teruknya kau! orang kaki pancing mungkin kenal. hehe


sibuk2 dok tengok orang memancing. rupanya dekat bawah tanah pasir ni adalah banyak sangat anak ketam.. sibuk nak cari lubang nak masuk.. haha.. dan aku ternampak seekor anak ketam ni yang dah tak ada penyepit lagi sebelah. kesiannya.. *patah sebelah sayap! :p


cantik kan tembok dinding ni? suka gila aku tengok!


banyak sangat snap pic sampai boleh buat dialog.. hehe :p


dok membebel.. haha. dekat situ banyak sangat kulit kepah ke kupang? entah ler. lawa2 semuanya, warna gold pun ada! dan banyak dah terkambus dengan pasir dekat situ.


cantik betul pemandangan di kota kuala kedah ni..


sebelum nak masuk ke bahagian dalam pulak, last kami tengok adik2 ni memancing. banyak dorang dapat ikan!


dah masukkk!. lawa gila langit masa ni.. tak edit. ni memang warna biru langit yang asal!


masa tengah2 snap pic awan biru ni. ternampak kapal terbang lalu. ingatkan dah tak sempat nak snap. haaaa nampak tak tu.. kecik nun jauh di sana.. Ya Allah indahnya ciptaanMU..


orang kawin selalu jugak datang sini sebab nak dapatkan pic yang cantik2 dekat tembok ni.. tapi kami yang belum jadi pengantin ni.. sibuk sangat nak bergambar! haha :p nasib datang awal. sebab bila dah pukul 6. ramai orang datang.

muzium kota kuala kedah. banyak pasal sejarah yang diceritakan dalam ni.. 

habis sudah cerita pasal keindahan kota kuala kedah!! banyaknya gambar aku sendiri.. hahaha :p.. sekali sekala kan.. so, bagi sesiapa yang belum datang. boleh la. datang ke tempat yang bersejarah ni.. :) okay bubye.. 

5 comments

  1. Cantik tempatnya..Kalau ada nak ke utara nanti boleh kak Sha singgah..

    ReplyDelete
  2. Tak sampai kat kedah lagi ni busyra.. cantik2 tempatnya.. ni haa nak gelak x habis part gambar ada kucing tu :D..

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai sana lagi.. Jauhnya nak p. Hihi

    ReplyDelete
  4. subahanallah cantinya langit tu!! best kan pancing ikan suke tgk je..hihihihi..lagkawin pulau idaman.. hihihihi..da bnyk kali nk p msti ada halangan

    ReplyDelete