NAK TRAVEL TAPI TAK ADA DUIT? JOM IKUT 5 TIPS MENABUNG NI! - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Thursday, November 16, 2017

NAK TRAVEL TAPI TAK ADA DUIT? JOM IKUT 5 TIPS MENABUNG NI!

Tips Menabung Untuk Travel

Siapa sangka dengan menabung kita boleh travel keliling dunia? Tak mustahil okay, sebab dah ramai yang berjaya disebabkan gigih menabung.. Korang mesti ada niat untuk nak travel kan? Tapi disebabkan duit tak cukup jadi terbatal semua niat. hehe. don't worry! sebab korang masih ada tips yang berkesan untuk travel dengan menabung. Apa yang penting kena pasang niat, hati kena kental. tak boleh kejap nak kumpul duit, kejap guna duit yang dikumpul tu balik. habis la rosak impian tu. haha. 

TIPS MENABUNG UNTUK TRAVEL 

1. Buat Target

Apa yang busyra masukkan dengan target ni? yela mana tak nya, korang cuba fikir, kalau tak ada target macam mana duit nak terkumpul? sebagai contoh, korang kena ada target berapa lama nak kumpul duit tu? Nak pergi travel ke mana dulu.. Semua tu kena ada target tau, jangan main redah saja. Rancang sebaiknya, lepas simpan niat target tu baru boleh ke step seterusnya..

2. Simpan sehari RM5 

Buat satu tabung khas untuk travel. Jangan sesekali buka, kalau boleh beli tabung yang tak boleh buka terus. Kalau dah penuh pecahkan saja. sebab kalau busyra memang tak boleh nak kental.. hati ni selalu rapuh, memang patutlah beli tabung yang tak boleh buka. haha.. 

Sehari RM5 x 30 hari = RM150
10 bulan = RM1500
11 bulan = RM 1650

Banyak kan? kalau nak kumpul sehari RM2 pun tak salah.. simpan saja seberapa yang mampu, janji kena simpan setiap hari.

3. Cari Side Income 

Zaman sekarang ni bisnes macam-macam boleh buat. Nak dengan tak nak je. semuanya kena rajin. Cari la apa-apa produk yang korang minat untuk jual. Tak mampu nak keluarkan modal just jadi dropship je. Jom jadi dropship bawah busyra! hehe. Kalau nak pm eh.. Tapi kalau rasa tak minat bisnes, carilah sesuatu yang rasa boleh jana income.. tak kisah apa-apapun. Tanya pada diri korang minat apa.

4. Simpan Mata Wang Asing

Apa yang boleh buat kalau kita tukar mata wang asing? Weiii kalau USD punya, masyukk kot.. busyra sendiri pun belum mahir bab ni tapi apa yang busyra tau cuba lah cari tempat tukar matawang yang boleh berikan pulangan yang tinggi.. kena tengok jugak time bila matawang asing tengah mahal.. bab ni kena rajin membaca sikit info pasal pertukaran mata wang.

5. Motivasikan Diri

Please kuatkan azam korang tu.. Jangan rasa cepat putus asa.. Macam mana nak kuatkan diri? Cuba korang print out gambar-gambar negara yang korang nak pergi tu.. buat d.i.y hiasan dinding.. Buat qoute travel banyak-banyak letak dekat meja tu.. So, setiap hari kalau mengadap komputer dekat meja boleh lah selalu tengok. semangat lagi membara kan? hehe

Tips Menabung Untuk Travel

Macam mana? boleh tak disiplinkan diri ikut tips dekat atas tu? Busyra sendiri pun tengah berusaha keras nak travel ni.. buku merah dah ada! hehe. dulu pernah pergi ke Bali, Indonesia. Itupun sebab ada site visit time study dulu.. Korang yang ada impian nak travel ke mana? Jom kentalkan diri ikut 5 Tips ni!


7 comments:

  1. Dulu selalu jugak target untuk travel. Tapi, bila sambung belajar ni simpan duit target untuk bayar yuran pulak dah. Haha sedih betul. :P

    Btw, lamanyaaa tak singgah sini!! :D

    ReplyDelete
  2. sama la...akak pun kalo nak bercuti, mmg awal2 menabung.. buh duit dlm bekas sekut raya tutup merah tu..haha.. almaklom la..kita bukan jenis berduit..walaupun cuti cameron jer pun..mmg akan buat saving jugak..at least lepas utk byr hotel & minyak xpe dah..xde ler sesak sangat napas time nak tggu gaji.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kaklong nak sangat pi Jepun.
    Ni dalam proses menyimpan gak ni. Jeles tengok kawan2 up gambar2 travel Jepun.
    Chaiyuk2!

    ReplyDelete
  4. Mmg kene gigih sikit. Psl menabung tu kte mmg ada buat tabung khas simpan duit rm5 je😅. Tu utk disiplin simpan je

    ReplyDelete
  5. Tips yang ohsem.. Kena kental nak menyimpan nie..

    ReplyDelete
  6. Yang selalu ira amalkan 1, 2, 5 hehehe. Good sharing 👍

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved