GHOST MUSEUM PENANG BUKAN SEKADAR RUMAH HANTU BIASA - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Wednesday, April 25, 2018

GHOST MUSEUM PENANG BUKAN SEKADAR RUMAH HANTU BIASA

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

GHOST MUSEUM PENANG BUKAN SEKADAR RUMAH HANTU BIASA | Busyra memang seorang yang takut dan tak pernah seumur hidup masuk rumah hantu. nak cakap penakut sangat tu idok ler.. hahaha. sebab busyra boleh tengok movie seram/hantu.. cover wei cover. hehe. Busyra takut gelap sebenarnya. Tapi for the first time ni, try la jugak masuk sebab busyra rasa Ghost Museum ni bukan sekadar rumah hantu biasa.. Tapi ada ceritanya tersendiri. 

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Ini bukan rumah hantu dekat fun fair tau yang biasa-biasa tu. haha.. Unik sangat hantu-hantu dekat sini. Apa yang busyra faham hantu yang dipamerkan ni ada sejarah tersendiri dan ia datang dari kepercayaan mengikut bangsa, negara dan perbezaan budaya. Ada bermacam versi hantu disini iaitu hantu melayu, Inggeris, Jepun dan banyak lagi.


Di sudut ni satu-satunya sudut yang bercahaya.. haha. tempat lain gelap gelita memang tak la busyra nak ambil gambar. Tempat lain lagi seram tau. tapi sepanjang kami masuk, ada staff sini yang explain pasal semua latar belakang hantu yang ada..


Sempat lagi bergambar keranda vampire.


Last station ghost museum.. Disini ada juga jual souvenirs. Boleh lah sesiapa nak beli buat kenangan.

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Ada pelbagai jenis hantu di Ghost Museum antaranya ialah pocong, hantu cina, pontianak, toyol, zombi, hantu tanpa kepala, Ju-on, dan macam-macam lagi. Korang kena datang sendiri untuk tengok! ataupun boleh tengok gambar-gambar menarik di facebook mereka. (dibawah nanti busyra bagi detail). Even seram tapi best.

ghost museum, muzium hantu, review, trip review, penang, ghost museum penang,

Sesiapa yang datang ke Penang boleh lah singgah ke Ghost Museum. Banyak pengetahuan yang akan kita dapat disini yang tak pernah kita tahu sebelumnya. 

Harga Tiket

My Kad

Dewasa: RM18 
Pelajar: RM10
Kanak-kanak: RM8

Non-My Kad

Dewasa: RM36
Pelajar: RM16
Kanak-Kanak: RM16

Info Lanjut

Alamat: 57,Lebuh Melayu 10100 Georgetown,Penang,Malaysia.
Waktu Operasi: 10.00 am - 7.00 pm
Hotline: 04-2612352

*gambar tak banyak untuk entri kali ni*

3 comments:

  1. Cepatnya Busyra review semua, mai duk atur gambar lagi, haha.

    ReplyDelete
  2. best jugak kalau dapat masuk ni..tu yg Busyra duk dalam keranda tu tetiba dia terkatup sendiri lagu mana? hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved