FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

Monday, August 19, 2019

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

FAVORITE DRAMA | SWEET DREAMS LAKONAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR | Sekarang ni dah jadi fenomena sign language.. Semuanya gara-gara Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah dan Ben Amir. Arahan Michael Ang berjaya memukau ramai rakyat Malaysia untuk tidak melepaskan peluang menonton drama ini pada setiap episod. Busyra sendiri pun terjebak ni haaaa. 

Bila kita tengok sesebuah drama jangan sekadar menonton for fun, gelak-gelak, sedih-sedih then habis.. Tapi ambil lah seberapa banyak pengajaran dari sesebuah cerita. Setiap cerita pasti ada intipati tersendiri. Bukan cerita sekadar borak kosong. Dalam drama Sweet Dreams ni busyra dapat banyak input dan boleh kita contohi yang baik dan elakkan sesuatu yang tak baik.

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

First, watak Mira Filzah pegang adalah watak seorang yang bisu. Setiap orang dekat dunia ni even bisu, pekak, buta, mereka semua ada hati dan perasaan. Jadi janganlah sewenangnya saja diperlakukan yang tak baik. Watak Didi Astilah sebagai Melissa yang suka sangat buli Si Putri, sedangkan kerja Putri jauh lebih baik dari dia..

Second, pengorbanan Qash Adam watak yang dilakonkan oleh Ben Amir. Entah siapa yang dia mimpikan tapi dia tetap nak tolong walaupun tak kenal sama sekali dengan Putri. Seperti yang kita tahu dia ada penyakit kan, daripada dia kisah tentang Putri lebih baik dia sembuhkan penyakitnya..  Sampikan tidur malam pun tak tenang.. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan jodoh. 

Third, sikap adik Putri yang sangatlah tidak sopan dengan ibu dia sendiri.. Even seorang ibu tu marah-marah tapi dia tetap sayangkan anaknya. Busyra kurang suka sikit watak adik si Putri tapi dalam hati dia tu sebenarnya sayang pada mak dan kakak dia cuma mungkin sejak kecil dia di layan kasar. sebab tu la begitu jadinya.. haha. Menjadi betul watak Cempaka!

sweet dreams, mira filzah, ben amir, michael ang, drama sweet dreams, sinopsis sweet dreams,

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

Banyak lagi sebenarnya pengajaran yang kita dapat. Bukan saja dalam drama ini tapi setiap drama mana pun mesti ada yang boleh kita pelajari. Apapun arahan dari pengarah hebat ini memang betul-betul mendapat sambutan. 

7 comments

  1. Tak ikut pula drama ni tapi trending betul kan...hehehe. Malas nak terjebak nanti takleh stop nak marathon je keje, haha.

    ReplyDelete
  2. teringin nk tgk tp mlm2 je tido awl..
    xberkesempatan lg nk tgk..

    ReplyDelete
  3. Cerita ni ai tengok 2 ke 3 episod je. Suka tengok mira filzah tapi tak suka dia jadi heroin.. hihihi

    ReplyDelete
  4. kakcik tak layan drama ni tapi lagu dia bestt. bukan lagu Neeta. tapi yang lagi satu tu. yang lelaki nyanyi hehehe. lupa nama nya.

    ReplyDelete
  5. aida x dpt layan drama ni lagi.
    lom ada time nak tgk kat utube.
    tak langgan Ria. sebab tu lah.
    nampak review ramai org,mcm menarik.
    aida suka plak tgk perwatakan ben tu.
    dgn rambut nyer tu. menarik perhatian aida.
    michael ang. sape yg tak tau kan.
    he is the best lah.

    ReplyDelete
  6. drama ni trending
    tapi sy kurang minat drama melayu ni hehehe
    layan anime ja sekarang ni

    ReplyDelete
  7. sampai sekarang tak boleh move on lagi tau cerita ni..ahaks

    ReplyDelete