Ticker

6/recent/ticker-posts

BRIM DAH MASUK DALAM AKAUN WALAUPUN TIADA REKOD STATUS KREDIT


Alhamdulillah brim dah masuk hari ni pada 22 Februari 2017 dalam akaun maybank.. walupun tiada status pengkreditan tapi duit dah selamat masuk dalam bank.. ada kawan aku yang belum masuk, dorang guna bsn dan cimb bank.. mungkin lambat sikit untuk proses duit masuk dalam bank tu.. seronok sangat ke dapat duit rm450? eh mesti la seronok. bukan senang nak dapat duit, apatah lagi sekarang tengah tanam anggur dekat rumah ni. hehe. dalam masa yang sama hari ni jugak duit hasil job review pun masuk jugak rm100.. alhamdulillah rezeki dari Allah.. duit ni aku nak gunakan untuk bayar duit konvo aku.. banyak jugak la yurannya tu rm175. huhu.. InshaAllah konvo akan diadakan di uitm shah alam pada bulan 4 ni.. dan ada satu lagi, yang belum aku langsaikan.. amboi, macam hutang along tu. hehe.


hutang ptptn aku yang belum aku mula bayar sikit pun.. huhu. so bulan ni nak start bayar, rm135 kalau tak salah. kenapa nak start bayar cepat sangat? ini tak cepat sangat pun, dah lama sangat ptptn untuk diploma aku, tahun 2013.. kalau tak bayar jugak, nama akan di blacklist dari semua pinjaman. dari aku biarkan terus blacklist baik aku bayar. aku dah cek dengan ptptn, yang nama aku akan di blacklist, akannn ye, belum lagi.. hehe. kalau bayar bulan ni, bulan depan nak cari duit mana pulak dengan aku tak keja lagi ni? ermmm ada la tu rezeki dari DIA.. cari lah dekat mana pun. :p janji kena bayar jugak.. apapun  Alhamdulillah dapat brim tahun ni.. untuk pertama kalinya tau aku apply brim, sebelum ni tak pernah.. okay la, dah penat membebel. jumpa lagi di entri seterusnya. :)

Post a Comment

20 Comments

  1. Alhamdullilah dapat rezeki BRIM. Mesti happy kan kalau dapat duit. Hihi.

    Ada bayaran eh masa konvo? Siqah tak ingat pulak masa konvo dulu bayar ke tak. Dah tinggalkan zaman U sekian lama kata. HIhi.

    bagus niat Busyra ni nak bayar PTPTN. Jom lah sama-sama kita bayar ek. Hutang wajib langsai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ha aa ada kak siqah.. nasib la tak sampai 200 lebih. huhu..yep! hutang wajib langsai ni..hehehe

      Delete
  2. Wahh, dah masuk. Saya CIMB pun belum masuk lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa dah masuk. mungkin lambat sikit tu.. esok kot tu. mesti masuk :)

      Delete
  3. Wah mokcik kayo lah sekejap ye. Hehe.

    Tahniah Busyra nak convo dah. Kak Ana doakan semoga Busyra dapat kerja secepat mungkin. Boleh bayar ptptn ye. Kak ana pun tgh gigih bayar ptptn bulan-bulan. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. kaya kejap ja ni.. tak tau la duit mampu bertahan sampai bila. hehe. tq kak ana.. <3 InshaAllah.. kita sama2 bayar ye,. :)

      Delete
  4. wahhh, bestnya brim dah masuk 😄 harap2 sy pun dapat. yuran convo sy dulu dlm 3++. mahal kan 😣 kwn2 sy pening nak urus byrn ptptn dorg. harap urusan ptptn busyra & kwn2 sy cepat selesai 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah mesti dpt tu. ye ke, mahal tu.. huhu.. amin.. tq nour doakan sy :)

      Delete
    2. dah check 😄 dapattt,alhamdulillah

      Delete
  5. Alhamdulillah...syukur...manfaatkan sebaik-baiknya ya Busyra..

    ReplyDelete
  6. lulus ya status...saya punya dalam proses...... =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya alhamdulillah lulus. :) InshaAllah dpt tu, cuma mybe kelompok ke2

      Delete
  7. Dah boleh start bayar ke konvo tu busyra? Bestnya dapat job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum mai, awal bulan 3 kan bayar.. cuma busyra simpan duit brim ni untuk bayar duit konvo.. hehe. ala nnti mai mesti dapat jgak job review. bila dah selalu update n selalu ping post dkt fb :)

      Delete
  8. Alhamdulillah busyra da dapat. Cik Renex xdapat lagi. Status dalam proses ag. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. inshaAllah nnti mesti cik renex dapat jgk. cuma mybe kelompok ke 2. :)

      Delete
  9. Rezeki masuk...
    Use it wisely..
    Tak banyak, tapi still meringankan beban nak byr hutang ...
    Cheers.

    ReplyDelete
  10. ALHamdulillahhh :) mek jugak yg tk msuk lg --'

    ReplyDelete