Ticker

6/recent/ticker-posts

Segarnya Air Kelapa Lemon.. Banyak Khasiatnya

air kelapa muda, air kelapa lemon, khasiat kelapa muda, khasiat lemon, bagus ke makan lemon,

Segarnya Air Kelapa Lemon.. Banyak Khasiatnya | Hai korang, petang-petang macam ni tekak terasa nak minum air fresh.. tambah pulak sekarang musim covid, kita memang betul-betul rawat diri dari dalam. Bukan saja dah selesaikan suntikan vaksin tapi usaha lain pun kena buat jugak. Mungkin ada sesetengah orang tak percaya pada petua orang tua. Lain orang lain pendapatnya.


Resepi Air Kelapa Lemon

1 biji air kelapa muda

isi kelapa muda

1 sudu besar air gula

1/2 biji lemon

Ais secukupnya


air kelapa muda, air kelapa lemon, khasiat kelapa muda, khasiat lemon, bagus ke makan lemon,

Baca Ini : Resepi Tauhu Bergedil Rangup Cicah Sambal Kicap

Baca Ini : Resepi Cornflakes Telur Masin


Semalam busyra rasa badan lemau sikit sebab kemas bilik kucing. Busyra alergik bulu kucing tapi nakkkk jugak bela kucing. haha.. Hidung terus jadi selsema.. Alhamdulillah la lepas minum 2-3 kali air ni rasa fresh sikit.. Lemon pun bagus untuk badan. 


Khasiat Air Kelapa

1. Menjaga kesihatan jantung

2. Mengimbangkan kadar gula dalam darah

3. Membantu menurunkan berat badan

4. Mengandungi zat antivirus / penawar racun

5. Mampu mengurangi minyak di wajah

6. Melancarkan pencernaan

7. Mengatasi dehidrasi

8. Mencegah penuaan

9. Menguatkan sistem imun


Post a Comment

1 Comments