Ticker

6/recent/ticker-posts

Puisi#30 Tegang

koleksi puisi cinta, puisi bahagia, puisi derita

PUISI#30 Tegang | Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana-mana pihak. Hanya sekadar suka-suka dan menulis berdasarkan pengalaman, kehidupan, pemerhatian. Puisi yang ditulis tidak ada kena mengena dengan sebarang unsur politik, sex atau pun yang telah meninggal dunia. Ia  berbentuk bebas. 


Puisi Tegang


Petang yang tak menyenangkan

Aku seolah bertemu dengan jiwa baru

Aku kira ini hanya satu gurauan manja

Ternyata ia suatu yang nyata


Tegang!

Ya kita berbalah

Puas aku tanya kenapa dia

Tapi tak ada satu kata, diam seribu bahasa


"Dia faham aku segala"

Akhirnya kamu berkata!

Aku yang tadinya tegang

Sekarang tersenyum semula


Kamu akhirnya jujur

Aku tenang saat itu, bersyukur

Kini kamu punya dia

Pergilah, kejar dia yang faham segala


Ya, aku bersyukur kerna dijauhkan dengan orang yang salah



-busyratakiyudin-

Baca Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

Post a Comment

3 Comments

  1. dijauhkan dengan orang yang salah itu nikmat dan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Menamatkan satu hubungan dengan dia yang 'salah', meskipun pahit tetapi sebenarnya sesuatu yang besar penuh hikmah :)

    ReplyDelete
  3. Hai, teruskan penulisan puisi :)

    ReplyDelete