Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar | Covid-19 Style!

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,

Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar | Covid-19 Style! | Minggu lepas, habis je kerja rasa lapar.. Nak dine in memang tak la kan.. So busyra decide makan dalam kereta je.. Banyak sebenarnya gerai-gerai tepi jalan yang sedap! Apa yang bestnya, beli satu makanan then terus makan.. Habis je, teruskan jalan lagi dan cari makanan lain.. hehe. Busyra dengan officemate memang jadi kerja. but benda tu la boleh buat kita happy!


Empat makanan je yang kami sempat makan disebabkan dah petang kan.. beli satu je then kongsi.. Allah nikmat tuuu, makanan bertambah sedap bila benda sikit kan.. hehe. Siapa stay alor setar tau la betapa banyaknya makanan tepi jalan.. kadang tu makanan tepi jalan lebih sedap dari restaurant. Alhamdulillah semua makanan busyra makan ni semua sedap.. recommended!


Kerabu Manggi

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Sedap giler! itu je busyra boleh cakap.. masam, manis, masin.. kena dengan tekak. Selalunya kerabu maggi letak udang kan? tapi di kedai ni tak letak. yang busyra order ni special punya.. ada meatball. lain dari yang lain sebab dia letak ikan bilis. Masin-masin ikan bilis tu yang sedap.
Rating : 8/10
Harga : RM5.00


Cendawan Goreng Cheese

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Macam over je kan bagi rating sampai 10.. tapi itulah hakikatnya sebab sedap.. haha. dari segi cendawan dia besar-besar, tepung yang digunakan pun sedap rangup. tapi make sure makan dekat situ terus. kalau bawak balik rumah mungkin rasa dah jadi lain.. dia letak sos cili, mayonis dan cheese.. cheese dia tu memang betul-betul rasa cheese.. Ada sesetengah penjual kadang tu hanya letak kunyit pada mayonis.. 
Rating : 10/10
Harga : RM4.00


Mix Berry Yogurt

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,
Okay yang ni bukan gerai tepi jalan.. hehe. sebab busyra teringin nak minum yogurt. Dekat kedah ada 2 cawangan. Petronas Jalan Pegawai dan Aman Central. Busyra main pilih je flavour nya. so ambil yang mix berry yogurt. Campuran buah lychee dan berry.. Sedap tu sedap, ada rasa lemak manis dia dan bila kita tergigit berry tuuu.. haihhh layannn! tapi satu je kurang. tak berapa masam. maybe lepas ni busyra kena try strawberry yogurt pulak!
Rating : 7.5/10
Harga : RM13.50

Spicy Popcorn Chicken

kerabu maggi, cendawan goreng cheese, mix berry yogurt, spicy popcorn chicken, jalan-jalan cari makan alor setar,

Ada tiga jenis popcorn chicken masa busyra beli ni.. yang lain tu macam creamy-creamy gitu.. busyra suka pedas, so ambil lah yang ni.. Rasa pedas dan manis sikit.. Sos warna putih dia tu yang masam.. Kena cicah dengan sos putih tu baru kena.. Sedap dan boleh diterima dek tekak. Cuma harga dia agak pricey.. hehe
Rating : 7/10
Harga : RM15.00


Yeahhh.. itu je makanan yang sempat grab! Best moment macam ni. Makan santai dalam kereta.. InshaAllah tak tumpah.. hahaha.. tapi kann kuah kerabu maggi hampir tertumpah.. jadi satu hal pulak nak kena cuci kereta.. haha. Ada masa nanti boleh sambung jjcm lagi!


Post a Comment

12 Comments

  1. orang kedah ka? haha. Nak pergi aloq star lanie banyak roadblock hehe

    ReplyDelete
  2. Mix Berry Yogurt tu mengancam sangat. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Spicy popcorn tu memang menggiurkan. 😭

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat Busyra. Makanan sikit kongsi ramai ramai tu yang sedap tu. Tempting tengok makanan petang petang ni. Mix Berry Yogurt tu menariknya.

    ReplyDelete
  5. Kecur liur tengok cendawan goreng cheese tuuu

    ReplyDelete
  6. Syoknyaaaaa jalan jalan cari makan gitu walaupun hanya makan dalam kereta je. Saya pun tak berani lagi nak dine in, baik la tapau then makan dekat rumah. Mintak pos sikit cendawan goreng cheese tu, terliur sungguh! :P

    ReplyDelete
  7. Haihh seberang negeri je ni .tapi tak boleh rentas negeri lgi . Terliur tengok cendawan goreng cheese dengan spicy popcorn ciken

    ReplyDelete
  8. rabu maggi tu terliuq.. kalau lepas merentas negeri, Aloq Setaq destinasi pertama, lapaq nasi belah utara aih.. :D

    ReplyDelete
  9. Ya Allah awat lokstaq banyak makanan best2. Kita kena explore lagi taiping ni haha

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak JJCM macam ni. Syok jugak walaupun setakat dalam kereta

    ReplyDelete
  11. alor setar kt mana ni yunk... boleh akak terjah sama bila dh blh rentas daerah

    ReplyDelete