Cornetto Dark Chocolate Brownie & Brown Sugar Boba Cheese

Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,

Panas tengahari memang sedap kalau basahkan tekak dengan aiskrim kan.. Busyra dah terpengaruh dengan beberapa blogger yang buat review pasal cornetto rose.. Terus esoknya pergi 7E nak beli aiskrim tu... ehhhh alih-alih ternampak aiskrim baru dari cornetto jugak.. lain kali lah beli yang cornetto rose tu.. hehe. terus grab cornetto dark chocolate brownie dan cornetto brown sugar boba cheese.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


packaging dari Wall's memang tak pernah mengcewakan, cantik betul design dorang! banyak sebenarnya flavor aiskrim yang dah dorang keluarkan.. busyra grab mana yang sempat je ni.. masa busyra sampai di 7E memang banyak sangat aiskrim cornetto, mungkin baru topup masuk.. rambang mata nak pilih flavor.


Harga untuk 1 aiskrim RM3.60.. Busyra tak tau la kalau tempat korang harga berapa.. sebab lain tempat rasanya lain harga.. harga 7E memang akan mahal sikit dari kedai biasa.. 


Cornetto Dark Chocolate Brownie, Cornetto Brown Sugar Boba Cheese, Cornetto baru sedap ke,


Cornetto Dark Chocolate Brownie

Terasa sangat dark chocolate dia tu.. dicampur pula dengan ketulan brownies. yang penting dia tak manis sangat. cuma kalau makan lebih dari 1 mesti akan rasa muak.. 8/10


Cornetto Brown Sugar Boba Cheese

Rasa cheese dan masin-masin sikit.. ketulan kecil-kecil atas aiskrim tu pun rasa cheese.. rasa macam makan keropok super ring.. haha. 7/10..


Korang dah try ke belum?


12 Comments

  1. Akak tak try lagi yang ni Busyra. Adoi! Ada lagi ek yang terbaru. Nanti akak cari. Hehe... Akak suka reviews Aiskrim sebab banyak views dapat Dari entri aiskrim. Ekekeke...

    ReplyDelete
  2. lama tak makan cornetto. dark chocolate tu macam menarik je. suka kalau tak manis

    ReplyDelete
  3. Akak tergoda tengok! Kena cari gak ni...

    ReplyDelete
  4. belum try..tapi bila dah tengok ni harus try Busyra.

    ReplyDelete
  5. dah try yang brownies tu, takmanis saya sukiaaa hehehe

    ReplyDelete
  6. suka yang ni. tapi agak manis lah bagi kite. sebab kite jenis kurang makan manis

    ReplyDelete
  7. Wahhh ada baru lagi eh. Dua dua nampak sedap tu Busyra. Lainkali kalau jumpa bolehlah cuba jugak.Hihi...

    ReplyDelete
  8. Tak jumpa lagi CCornetto yang baru ni.

    ReplyDelete
  9. adudu sedapnya. dua2 perisa pun mama suka

    ReplyDelete
  10. Dedua belum try . Tapi dark coklat tu nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Boba cheese tak cuba lg. Tak jumpaaa

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post