Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke akaun Maybank

Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke akaun Maybank | Hai! pernah tak korang terfikir nak simpan duit untuk kegunaan masa depan? tapi tak tau caranya.. Busyra pilih Mae Maybank, tempat paling selamat untuk saving duit kita.. Macam-macam jenis tabung yang kita boleh buat.. Macam busyra buat tabung Insurans kereta.. hehe. tak banyak pun cuma boleh lah untuk topup sikit-sikit.. Busyra nak kongsikan macam mana caraya untuk withdraw duit tabung mae ke dalam akaun maybank bila duit dah capai target.


Apa itu Mae Maybank?


Bagi yang belum tau, Mae Maybank adalah satu aplikasi yang memudahkan pengguna maybank untuk segala urusan dari segi kewangan harian dan juga terapkan sifat menabung. Apps Mae ni buatkan kewangan busyra lebih terurus dari sebelumnya.. Kita ada target untuk sesuatu perkara.. 


Mae adalah e-wallet dan ia ada no akaun tersendiri, jadi kalau nak transfer duit ke akaun bank lain pun boleh tak jadi masalah.. mudah kan? lagi mudah kalau korang memang pengguna maybank sebab lagi banyak kelebihan yang kita dapat..


Cara Withdraw Duit Tabung Mae ke dalam akaun Maybank


Untuk pengetahuan korang, kita boleh pilih sama ada nak withdraw ke akaun Mae itu sendiri ataupun withdraw ke akaun personal maybank.. Sama je konsepnya.. Macam busyra transfer ke akaun Mae.. so jom tengok caranya! duit terus masuk tanpa tunggu hari bekerja.


Busyra buat sebulan - RM50 je.. So total RM500 untuk 9 bulan.. sebab hujung tahun ni kena bayar insurans! haha


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

1. Buka apps Mae

2. Pilih icon "Tabung"

3. Disitu menunjukkan Tabung kita dah penuh.. Dah capai target


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,

4. Klik pada gambar tersebut

5. Akan terus naik macam ni.. (Klik 3 dot diatas penjuru sebelah kanan), pilih Withdraw Funds.

6. Klik Withdraw


Duit Tabung Mae, Mae Maybank, cara withdraw duit mae, cara menabung di Mae,


7. Pilih dulu korang nak transfer ke akaun Mae ataupun akaun personal maybank.. 
Klik "Withdraw Funds" bawah sekali tu..

8. Taraaa dah berjaya! boleh tekan "share receipt" kalau nak tengok transaksi.

9. Kemudian, korang boleh lah remove tabung kosong tu.. tapi andai tak nak remove pun tak ada masalah!


Mudah je kan? Rasa seronok pulak bila duit dah full dalam tabung.. busyra nak buat tabung barulah "tabung travel" ! hehe.. berangan dulu. tabung travel kena simpan banyak sikit untuk sebulan.. Hujung tahun depan boleh collect! Jom korang kita menabung.. sikit-sikit je, sedar sedar hujung tahun dah penuh..



7 Comments

  1. Menarik Busyra. kadang kalau nak menabung sendiri liat kan..bila macam ni mudah. Tolak terus.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. 👍

    ReplyDelete
  3. Boleh withdraw rupanya acc Mae ni.

    ReplyDelete
  4. Menarik tp sejak kes org dlm maybank selalu jd scammer curi duit terus tak percaya

    ReplyDelete
  5. Tengah trending apps mae ni. Saya belum explore lagi tentang ni. Terima kasih kongsikan caranya.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post