Makan Nasi Daun Pisang di BananaBro Alor Setar

Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,

Makan Nasi Daun Pisang di BananaBro Alor Setar | Hai korang! bertemu lagi kita dalam rancangan busyra makan, pastu lena! hehehe.. sejak-sejak sekarang ni entri blog memang penuh dengan makan-makan ja. bak kata orang putih "food makes me happy".. gituwww.  BananaBro sememangnya dah terkenal di KL.. untuk cawangan Alor Setar je dorang baru buka. Busyra bukanlah orang yang time viral terus terjah.. kita bagi reda dulu orang baru kita sampai.. 

Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,


Inilah menu yang paling letops dekat sini.. Craving set! Korang boleh tengok dekat gambar diatas. Ada 4 jenis kuah yang dicampur, sayur dan papadom.. Set ni tak ada lauk tau, macam ikan dan ayam (kalau nak kena add on).. Untuk set ni RM12.90 .. Memang kenyang! busyra ambil 2 set..


Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,


Busyra tak boleh kalau makan tak ada lauk.. so busyra tambah ayam (chicken 65).. terlupa nak ambil gambar.. hehe. ayam dia sedap! pedas-pedas.. bukan ayam je, sotong dan ikan pun ada!.. yang specialnya makan disini semestinya sebab daun pisang lah kan.. orang tertarik nak cuba sebab ada kelainan yang tak ada di tempat lain.. 


Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,


Tips kalau nak habis makan. biarkan perut kosong. hehe. sebab bagi busyra makanan macam ni cepat muak.. so kena betul-betul lapar baru makan. begitulah kejadiannya bila nasi diletakkan atas daun pisang.. teringat zaman dulu-dulu main masak-masak pakai daun pisang.. haha.


Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,


Total kami habis disini dalam RM50 lebih macam tu.. ohhh lupa nak review air dia, busyra order jus lemon dan lime.. masam tu tak tau nak habaqqq.. orang kedah kata.. hahaha.. tak tau la memang versi tak letak gula ka apa kan.. tapi selalunya busyra minum jus lemon kat kedai lain depa letak gula jugak.. huhu.. memang tak dapat nak telan la kalau masam macam tu.. haha


Makan di BananaBro Alor Setar, Nasi daun pisang di BananaBro, tempat makan best di Alor Setar,


busyra tak sempat nak snap gambar luar kedai.. sebab cuaca haritu memang panas terik. dalam pukul 2 macam tu.. yang penting dorang memang ada parking khas untuk customer yang datang ke sini.. kawasan kedai memang cantik! yang stay area kedah, boleh lah try! ataupun yang berniat nak jalan-jalan ke kedah, pastikan BananaBro masuk dalam list tempat makan korang!


Baca Ini: Soto Ayam di Kesum Art Restaurant, Georgetown Penang


Waktu Operasi: 11 pagi - 3 petang, 5 petang - 8 malam

Alamat:  12-C, Jalan Istana Kuning, Bandar Alor Setar, 05200 Alor Setar, Kedah

5 Comments

  1. Cantik cafe dia. Luas dan selesa. Kalau saya ni memang tak habis. Portion besar. Pilihan menu pun banyak.

    ReplyDelete
  2. Dah lama teringin nak makan nasi daun pisang gini...
    Nanti balik Kedah boleh try..kalau dan la hihi

    ReplyDelete
  3. Cantik suasana cafe dia . Nampak luas dan tersusun je . Makanan pun ehh wajib nak pi cuba laa . Tiap kali pi loqsetaq .nak makan kt mana auto teringatkan busyra 😆 selalu share tmpt2 makan

    ReplyDelete
  4. sedap juga nasi daun pisang ni, kalau rajin bolehlah singgah try makan kat situ :)

    ReplyDelete
  5. ingat kedai india... lama dah tak makan nasi daun pisang kat sini sbb majoriti kedai non-muslim

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post