Nasihat seorang kakak kepada adik

Tuesday, February 27, 2024

puisi, nasihat kakak untuk adik,


Inilah hakikat dunia yang mana badan berkeras bekerja mencari sesuatu yang halal. Dalam kehidupan pasti kita akan jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Tidak peduli soal cinta, sahabat mahupun saudara sedarah.. Kalini aku menjadi seorang kakak memberi nasihat untuk adiknya meskipun si kakak penuh dosa.. 


Satu kata paling utama "kalau kita ada masalah sekalipun, hidup kena tenang. Jangan biar dunia menguasai hati dan mata. Kalau kau mengikut rasa baran, maka kau akan sengsara hati".. Itu ayat tempias aku buat adikku.


Masalah peribadi, masalah kisah hidup sendiri.. Simpan rapat, cuba kawal perasaan ingin menyebar pada seluruh makhluk dibumi.. Tak selesai masalah.. yang menimbulkan adalah lebih lagi masalah besar.. Kata adikku "Biar aku nak cerita pada dunia, biar semua tahu.. Asalkan hatiku sedikit tenang".. Orang hanya mampu mendengar luahan rasa, tapi apa yang kita buat? hanya puaskan nafsu marah belaka.. Puas bercerita masalah peribadi pada semua. Puas hati, puas segala..


Jadi manusia biar matang dalam melangkah.. Biar usia muda tapi pemikiran, gaya hidup terlihat sudah pandai melonjak sendiri melihat dunia.. Jangan seolah dimata manusia kita matang tapi di dalam pemikiran masih budak belaka.. Aku nasihat kerana kau masih muda, dan masih panjang perjalanan hidup.. Ini baru putus cinta bukan putus semua.. Jaga hubungan dengan Allah, nanti Allah akan jaga orang sekeliling untuk kita..


Tak perlu terkejar soal hati.. Percaya takdir itu ada, maka hati kau tak kan gelisah merana.. Adik, soal hati itu soal ketentuan Illahi.. Larilah kau berpegang tangan tanpa lepas tapi andai ketentuan Illahi bukan milikmu, maka tetap bukan menjadi milikmu.. Jika kau dahulukan Allah, kau tidak akan sekecewa sekarang.. 


Perjalanan masih panjang, bak kata mak.. Teruskan melangkah.. Simpan dalam-dalam baik buruk kehidupanmu.. Jangan sampai meluah merata.. Jangan rasa diri sendiri tak salah, jangan rasa diri kau sentiasa betul.. 

Jika terdetik dihati kau, "Aku tak salah, dia saja yang salah".. Itu sudah dikira kau merasa sempurna.. Jaga-jaga kerana kita semua pendosa..


NASIHAT BUAT ADIKKU.

5 comments

  1. semoga adik lebih memahami erti sebuah kehidupan lepas ni.. terimalah nasihat seorang kakak yang lebih dulu "makan garam".

    ReplyDelete
  2. dari pengalaman saya, berhati-hati bila bercerita. kalau cerita masalah tu sampai pada orang yang salah, dia akan guna masalah/kedukaan kita tu untuk ambil kesempatan. terutama si hidung belang

    ReplyDelete
  3. Lupa pulak busyra nak mention.. story ni random tau tapi original penulisan dari busyra. Bukan cerita pasal adik kandung. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tapi baca entry ni teringat adik kandung sendiri.

      Delete
  4. Tentang kehidupan kita ni apa-apa yang berlaku pun kita jangan cepat melatah . Tenang dan sabar anggap apa yg berlaku itu satu ujian hidup

    ReplyDelete