Atelier Coffee di Lebuh Armenian, George Town - Aesthetic Cafe

Thursday, June 27, 2024

Atelier Coffee di Lebuh Armenian, Cafe di Penang, Cafe di George Town,

Hai semua..

Selain dari aku suka pergi cafe sebab nak minum coffee, aku juga suka ke cafe yang nampak estetik. Sumpah guys, cantik gila dan sangat tenang.. Kawan aku pernah cakap, "best sangat ke pergi cafe?" Aku cakap.. "ini hobi.. Sama macam kau, suka pergi memancing".. kawan aku suka memancing.. Kalau tanya aku, memancing tu boring.. Haaa macam tu lah pepatah nya.. Setiap orang mesti ada hobi dan minat masing-masing..

Atelier Coffee di Lebuh Armenian, Cafe di Penang, Cafe di George Town,

Atelier Coffee di Lebuh Armenian, sangat vibes estetik korang.. Kalau photographer yang pro, haaa lagilah nampak cun je gambar tu.. Tapi photographer aku pun pandai juga.. hehe, kena puji.. takut dorang baca blog ni..

Atelier Coffee di Lebuh Armenian, Cafe di Penang, Cafe di George Town,

Lokasi cafe ni area street art je.. Lorong kecil yang orang banyak menjual tu.. Korang kalau dah biasa ke Street Art, George Town mesti tau tempat ni.. 

Atelier Coffee di Lebuh Armenian, Cafe di Penang, Cafe di George Town,

Aku try Caramel Macchiato, Lemonade dan Chocolate.. Bagi aku yang penggemar coffee, ia agak manis.. Kalau yang chocolate tu okay. sedap! Cup dia kecil je tau, jangan high expectation.. haha.. Tapi untuk harga bagi aku okay, tidak terlalu mahal.. 

📍25, Lbh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

⏰Buka setiap hari kecuali Rabu  (11.00 pagi - 6.30 petang)

6 comments

  1. Seronok kalau selalu dpt jumpa new place nak mengopi.. suka lepak cafe smbil layan coffee. Atelier Cofe ni nampak menarik.. insyallah blh singgah kalau ke Utara..

    ReplyDelete
  2. cantik gambarnya.. pandai beliau ambil gambar.. :D.. rasa teruja nak pergi juga.. dah lama betul x ke penang.. huhu

    ReplyDelete
  3. Chocolate tu nampak yummy. Btw Ai pun suka cafe estetik. Satu kepuasan.

    ReplyDelete
  4. dulu masa muda ammi gini...ada kedai je nak masuk makan. tp sekarang nak masuk tu boleh tapi macam fikir. eh kalau ada rm20 ni anak2 boleh buat belanja ke sekolah. disitulah mula rasa lain kalilah...tak payahlah

    ReplyDelete
  5. Suka jejalan dekat lebuh Armenian dekat Georgetown ni . Vibes memang astetik .. gambar busyra pun cantik juga . Pandai si photographer shoot .

    ReplyDelete
  6. Aisssh tak keliatan pula kopi ini. Saya baru balik dari Penang, stay pun di armenian street. tapi memang tak jumpa. Kalo tahu, pastilah Dah saya coba 😍😍

    ReplyDelete