Resepi Gulai Ikan Temenung dan Bendi

Sunday, June 23, 2024

Hai semua..

Menu tengahari semalam, aku buat gulai ikan temenung dan bendi.. Makan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan.. huhh apa nak kata.. tambah nasi. Lama tak buat, jadi teringin pula.. Gulai ikan adalah favorite arwah ayah aku.. Ingat lagi dulu, pagi weekend mesti dia akan pergi pasar beli barang basah.. Balik rumah minta mak buatkan gulai..

resepi gulai ikan,

Bahan-bahan:

4-5 ekor ikan
Setengah paket serbuk kari ikan
Setengah santan kotak
Daun kari (untuk tumis)
3 ulas bawang putih (hiris untuk tumis)
2 ulas bawang merah (hiris untuk tumis)
3 ulas bawang putih (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
5-6 bendi
Tomato (optional)
Cili merah besar (optional)

resepi gulai ikan,

Cara-caranya:

1. Panaskan api, masukkan bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan daun kari).. Tumis hingga naik bau.
2. Sementara itu, bahan blend (bawang merah, bawang putih dan sedikit air) dicampur dengan serbuk kari ikan.. 
3. Bila bahan tumis dah masak, masukkan (cara 2).. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, ikan, cili merah besar dan air.. Air tu ikut lah kalau korang nak kuah banyak, masukkan banyak..
5. Akhir sekali baru masukkan bendi dan tomato.. Tak nak bendi tu terlalu lembik.
6. Siappp. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan.. sedap!

7 comments

  1. Kalau makan gulai mesti nak ada sambal belacan baru kick kan 😋

    ReplyDelete
  2. Apa beza gulai dengan kari? Ke org utara menggelarkan ia gulai tapi di tmpt lain disebut kari? sebab dalam resepi ada menggunakan serbuk kari.. sekdara nak tahu hihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kedah, gulai dan kari sama ja.. mcm sebutan roti dan biskut (dua-dua kami panggil roti).. dan memang gulai guna serbuk kari sebab tak ada nama serbuk gulai di kedai.. Kedah ni semua benda dia nak bagi senang je ayat.. haha..

      Delete
  3. Sedap dah tu makan gulai ikan dengan sambal belacan. Memang tak sedar je menambah nasi tu.

    ReplyDelete
  4. Cukup lengkap sepinggan nasi dengan sambal belacannya sekali. Alhamdulillah. Sedap!

    ReplyDelete
  5. Ini juga fav papa saya. Saya suka ikan, tp kurang suka kalo berkuah 😅. LBH suka kalo di goreng atau bakar. Tp papa memang sukaaa yg berkuah begini

    ReplyDelete