Seribu kenangan buat kita tersenyum di masa depan

Syawal pun dah habis, aku kongsikan gambar sebagai kenangan. Kini kenangan yang dicipta tersimpan seribu satu memori indah. Teringat aku kisah ayah. Bila aku nak rekod video ayah akan kata, jangan masukkan ayah dalam video. Katanya dia tak handsome. Sekarang bila aku ingat kata ayah. Aku senyum sendiri. Mana ada yang lagi handsome dari ayah! 


kenangan terindah


Bukan jamuan raya office yang nak aku ceritakan, tapi tentang menghargai setiap moment dalam hidup kita.. Sebab tu lepas ayah dah tak ada, aku lebih banyak rekod video dengan sesiapa saja yang ada dalam life aku. Even kejadiannya hanya sekecil-kecil kejadian. Apa yang aku rasa benda tu sweet, aku akan rekod. 


Entri kali ni, pendek dan ringkas. Hanya untuk update sebagai tanda aku masih setia bersama blog. Tak lupa, tapi hanya kerana dek masa tak sempat nak menulis.


kenangan terindah


Puisi Petak Hati - NB

Dalam petak hati, ada setiap satu nama kalian.

Ada yang telah pergi, ada yang masih kekal dihati.

Andai yang pergi tahu, petak yang kalian isi itu masih kosong. tiada ganti.

April kini berlalu pergi.

Terima kasih kalian yang tetap ada setia disisi bukan hanya dihati.

0 comments