PUISI #21 WAJAH KAMU - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, November 07, 2017

PUISI #21 WAJAH KAMU


Wajah mu seringkali ingatkan aku
Ya. Ingatkan aku pada dia. Tapi tak bermaksud kamu adalah dia bukan?
Aku pun tak tahu mengapa Tuhan pertemukan kita
Sungguh aku cintakan dia tapi takdir telah memisahkan

Kamu hadir di saat aku memerlukan
Mengisi segala kekosongan jiwa ini
Walaupun kamu juga terluka
Maafkan aku

Aku sampai tak boleh bezakan 
Apa aku rasa bahagia atau rasa sedih
Sejak aku anggap dia tak akan terganti dengan siapapun
Ya aku salah. Cukuplah hati, dia sudah tiada

Sekarang aku perlu ingat satu perkara
Hanya wajah kamu yang kini bertahta dihati, bukan dia


Koleksi Puisi BusyraTakiyudin > DISINI

6 comments:

  1. Dengan hadirnya orang baru, tidak bermaksud kita lupakan orang lama. Orang lama sentiasa dalam ingatan, orang baru perlu diberi perhatian :)

    ReplyDelete
  2. Amboi berpuisi plak Busyra hari ni. Jaga2 jangan silap orang. Hati dan perasaan kita tak boleh tipu tau. :)

    ReplyDelete
  3. hrm..macam terkesan pula dgn pisi ni. nice

    ReplyDelete
  4. jangan bersedih. pasti ada yang terbaik.

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved