TIPS DIET BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN 5KG DALAM SEMINGGU

Hai..

rasanya ramai di luar sana yang inginkan bentuk badan yang ideal. nak kurus nak kurus nak kurus. tapi ingat! jangan sesekali la ambil ubat dengan jalan pintas. sebab takut kemudian hari ada effect yang kita sendiri tak jangka. so apa kata kita buat cara diet yang simple dan sihat. korang tak perlu nak habiskan beratus2 duit untuk beli ubat dan tak rosakkan bahagian dalam badan. memang tak dinafikan lambat kalau kita buat cara diet sihat ni. tapi biar lambat asal selamat kan? okay, mari sini aku nak bagi tips dekat korang. ikut tips ni setiap hari k. jangan skip. :)

1. Sebelum sarapan pagi



Okay sebelum fikir tentang menu apa korang nak sarapan pagi ni, korang ambil satu gelas yang berisi air sejuk dan perah lemon segar. korang disarankan untuk minum dengan perut kosong bagi membersihkan perut dan dapat detox badan korang tu daripada toksin. Lepas korang minum air lemon, barulah korang fikir untuk sarapan pagi. 

2. Sarapan pagi


Untuk sarapan pagi korang kena makan buah-buahan. penah tak korang dengar yang kalau nak diet makan buah-buahan bila2 pun tak apa? maksudnya kalau nak makan time petang ke malam ke boleh. okay sebenarnya salah tau. Masa yang terbaik untuk makan buah-buahan adalah pada waktu pagi sebab gula dari buah yang korang makan tu akan bertindak dengan baik dalam badan korang. aku sarankan korang ambil 2 biji oren, 2 biji epal, anggur, 2 biji pear atau apa2 yang lebih kurang sama. lepas tu, korang boleh makan hazelnuts, badam atau kacang untuk sarapan korang! 

3. Makan tengahari


Seterusnya makan tengahari pulak, korang boleh makan sepotong daging lembu atau ayam. sebolehnya korang elak makan roti k. untuk air pulak korang boleh ambil 2 cawan susu masam macam yogurt. Elakkan untuk makan salad yang ada krim/mayonis. tapi korang boleh makan sayuran lain sebagai ulam bersama kepingan daging korang tu ye.

4. Makanan sampingan


Beberapa jam lepas korang makan tengahari, masanya untuk anda ambil makanan ringan yang lain. tapi ingat jangan ambil coklat ye. jangan sesekali. rosak diet korang tu. hehe. aku sarankan korang buat salad segar tambah garam sikit dan minyak zaitun. baru sihat!

5. Makan malam


Makan malam adalah pemakanan terakhir untuk korang pada tiap2 hari. apa yang paling penting adalah korang kena ambil makan malam sebelum pukul 6 petang k. Menunya adalah 2 biji telur rebus dan salad hijau/salad timun dengan minyak zaitun. 

6. Selepas makan malam


okay sekarang masa untuk minum sebelum korang tidur. buat 1 liter air dan 4 uncang teh hijau. minum sebelum tidur. 


InshaAllah jika korang amalkan korang akan hilang 5kg dalam seminggu tau. tips ni sedikit sebanyak dari kajian di google yang aku buat dan dari testimoni kawan aku sendiri. so, korang pun boleh cuba. kena semangat kental dalam diet sihat ni. chaiyok!



31 Comments

  1. Okay. Thanks Busyra for the tips. Lepas ni, boleh amalkan. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni.. salam kenal dr MamaJue.. followers 1266

    ReplyDelete
  3. adoiiii no3 dan no5 tu susahnya sebab tghri biasa makan nasi dan kc makan malam biasa lepas maghrib hahaha. no 1 tu pula yang kc baca seeloknya buat air lemon suam, bukan sejuk hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sama la kc, busyra pun mmg makan nasi malam. tp impian ni nak gemok bukan nak kurus. hahaha. tapi masalahnya busyra suka sngt air lemon. tu yg susah nak naik badan. eh yeke, haha. salah info kot ni. btw tq kc :)

      Delete
  4. Yesssss! Semangat kena kental! Itu yang masih tak berjaya 😅😅 Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan siqah. susah nak smngat tu. kdg tertewas jgk. hehe

      Delete
  5. Makan malam tuuh macam tak best ... hahaha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan. sbb awal sngt. tak mampu nak bertahan smpai pagi esok.

      Delete
  6. Memerlukan semangat yang kental macam nie..
    AM pagi2 dah nasi berlauk bersama minuman sejuk..
    Malam confirm nak nasi lagi...
    Berat dah melambung-lambung dah nie..

    Posting terbaru AM
    PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN HABBATUS SAUDA


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau nak kurus kena smngat. haha. kan kan. asyik nak makan nasi ja. kita sama. pagi makan nasi, malam pun.

      Delete
  7. Alamak selepas pukul 6 dah tak boleh makan ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tak boleh da la mizi kalau nak misi kuruskan badan. hehe

      Delete
  8. WAHH KENA DISPLIN NI KALAU X KELAUT JGK KAN!!

    ReplyDelete
  9. pergh yg mlm minum 1liter tu yui xleh ikut..sbb tkt tak lena tido..hahaha.
    yg len ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. yeke. takpe2. minum air lain selain tu tp janji jgn minum minuman yg berat.

      Delete
  10. Owh terima kasih tau..betul pengambilan ubat takut memberi kesan kemudian hari..ada juga ubat yang bila kita stop pengambilannya,,berat badan kita naik berganda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 awk. kan. kdg bila stop lagi melambung. setuju dgn pendapat tu.

      Delete
  11. kite setiap masa nak makan rasenya

    ReplyDelete
  12. waa.. thanx !! memang sangat membantu tips nih seme.. untuk yang nak turunkan kilo, memang sesuai sangat nih.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. most wc. :) ha aa. untuk sesiapa yg nak turunkan kilo tanpa bantuan ubat.

      Delete
  13. Sedapnya tgk yg menu dinner tu...
    Lagi sedap salads tu...
    Btw nice tips dik

    ReplyDelete
  14. menarik nie ! wanna try tp x thn nfsu mkn..haha

    ReplyDelete
  15. sy konon nak diet utk kuruskan badan..last2 sampai kesudah tak kurus2..hahahha mana tidak kalau semua pun bedal ja

    ReplyDelete
  16. Tips naik kan berat badan tanpa membuncitkan perut.. Ada? :D

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post