Kenduri kahwin kawan sekolah wajib hadir!!

Tuesday, December 13, 2016

Hai Assalamualaikum..


hari ni tak dapat nak buat #foodwritingchallenge yang last! tak sempat nak masuk dapur dan tak sempat nak usha2 food blogger mana yang aku nak masak iaitu resepi dari dia. kenapa tak sempat? busy sangat ke? memang busy! mengalah menteri. haha. tak ada la, sebab hari ni aku pergi kenduri kahwin kawan sekolah menengah aku. aduhhh pejam celik pejam celik, dia dah kahwin, aku?? nanti sampai harinya aku bagitau lah. haha. chill...keja pun belum, eh! jangan cakap kerja konvo pun belum. jangan nak sibuk fikir pasal kahwin!



*akhirnya dapat jugak aku rebut bunga dari dia.. haha

nak jadi cerita tadi hujan pulak before pergi tu.. aku ni jenis yang kalau hujan jadi malas lah! nak redah hujan lagi. tapi disebabkan dah berjanji dengan kawan2 yang lain dannnn perut aku pun dah berkeroncong. memang pergi jugak lah!. dalam hati ni mintak2 la nasi kenduri tu ada air asam! tak kisah la nasi apa pun janji ada air asam. sedap dia tuuu.. tak dapat digambarkan. haha. over! 

sampai ja tempat kenduri. nah ambek kau! harapan yang selama ni kau harapkan akhirnya jadi kenyataan. nasi daginggggg!! ya Allah memang favorite no 1 aku. memang tak tunggu lama la jawabnya terus ambil pinggan dan ngapp! memang sedap! pakatan orang kampung. bukan katering okayyy.. 


*pengantin hilang! so kita selfiee kejap! :d

balik pun dengan perut kenyang. alhamdulillah.. eh korang pernah makan tak nasi daging? kalau orang kedah memang familiar tapi negeri lain aku tak sure. if korang tak pernah makan. you should try! sedap nak mampoih kata orang kedah! hahaha :p 


dalam ramai2 kelas 5 Akaun dulu tu, 4 orang ja dapat hadir. hehe. yang lain ada komitmen lain. kenduri sekarang ni pun banyak. yela kan dah masuk bulan 12 ni memang kenduri ja memanjang.  


Selamat Pengantin Baru pada Nurul Fatimah Ghazali dan suami *ermm tak ingat nama.. teruk kau busyra! haha.. 


eh ehhh.. tu suami orang.. jangan ditenung lama2. hahaha.. okay itu saja nak share dengan korang. terima kasih sudi luangkan masa baca entri ni.. bai.. :)


*untuk blogger erin azmir, if awk baca entri sy ni. sy nak cakap yang sy tengah buat balik akaun disqus supaya boleh komen di blog awak. sorry again. sebab awak ja asyik komen di blog saya. tapi saya tak dapat nak membalas kunjungan. 

8 comments

  1. selamat pengantin baru. unni bnyk kwn sekolah tak pi, maklu la kat sini semua duk jauh2. jarak kampong je da 2/3 jam :(

    ReplyDelete
  2. kawan2 sekolah menengah baru ad 2 org kawen, yg lain semua bizi belajar. nasib jugak semua jenis belajar. kalau tak i pun rse insecure terok.

    ReplyDelete
  3. memang banyak kenduri bulan 12 nie. best dapat makan free :D
    sempat pulak buat side note utk erin tu XD

    ReplyDelete
  4. Nasik daginglah menu raya kami setiap tahun, sodap tu tetambah daging yg empuk, fuhhhh. Jarang dah sekarang dengar kenduri masih pakai mentara, bukan katering, tabik,tabik! Kalau family ramai lagi senang kerja....

    ReplyDelete
  5. Wah!! Bestlah masih ada gotong royong.. selalu pakai catering je skrg nie.. Nasi daging ye.. sedapnya..

    ReplyDelete
  6. bestnya ! sini pun musim kenduri jugak ni.

    ReplyDelete