Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan dalam kereta di Aorora Cafe Alor Setar

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,


Makan dalam kereta di Aorora Cafe Alor Setar | Hai korang!! Banyak sebenarnya cafe area Alor Setar ni, cuma busyra tak sempat lagi nak terjah satu-satu.. Aorora antaranya, dengan pelbagai menu yang mereka sediakan. Mostly makanan di sini semuanya sedap! Kalau sedap kita cakap sedap, so that orang boleh pergi kesana tanpa ada perasaan kecewa.. haaaa gitueww! haha


Busyra ke sana rasanya 2 minggu lepas, lama juga baru nak update. hehe.. Nak update pun kena ada mood jugak sebab nak karang ayat kan. Masa ni hanya boleh makan dalam kereta saja. Sekarang.. busyra rasa dah boleh dine in.. Cuma korang kena whatsapp dulu untuk booking tempat. Tak boleh pergi macam tu je.. Best rupanya makan dalam kereta walaupun ruang yang sempit. Rare lain dari yang lain! 


Curry Buttermilk Chicken Rice

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,

Siapa yang suka bau-bau curry, should try this one! Seriously busyra suka.. Rasa semuanya cukup, pedas tu yang penting.. For sure tak sesuai untuk yang tak makan pedas. Portion banyak. Ayam pop corn dia tak kedekut. Crispy! itu yang buatkan menu ni bertambah sedap. Bila buttermilk bertemu dengan pedas. meletops!

Rating: 8.5/10

Harga: RM12.90


Spaghetti Aglio Olio Seafood

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,

Ini favorite busyra, pergi la pelusuk dunia mana pun akan order aglio olio kalau first time makan disitu.. hehe. for me lah kan, portion dia agak sikit tapi tak dinafikan rasa dia memang cukup! tak terlalu oily. pedas masin manis sempurna!

Rating: 8/10

Harga: RM18.90


Fried Rice with Sambal Chicken Chop

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,
Menu ni memang banyak portion dia. Kenyang 2 hari 2 malam. hehe gurau! Nasi goreng rasa cukup, masin, manis sikit, pedas.. then disajikan dengan sos blackpapper pulak tu.. chicken chop dia besar! Yang tengah lapar time nak order, boleh try.

Rating: 8/10

Harga: RM18.90


Spaghetti Carbonara Chicken Pop Corn

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,

Menu ni kurang sikit, but still boleh makan. Rasa dia agak plain. Mungkin terlupa letak garam. maybeee la. Tapi dia super creamy. yang suka creamy2 boleh lah try. Chicken pop corn tu memang banyak untuk satu portion!

Rating: 6.5/10

Harga: RM15.90


Mexicano Beef Tacos

Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,
Agak mahal kalau nak dibandingkan dengan hanya 3pcs.. Tapi disebabkan sedap, maka tertutuplah harga tu.. hehe. sumpah sedap! busyra suka sangat yang ni. Krup-krup tacos tu.. haihhh rasa nak order lagi.. bab rasa semua cukup!

Rating: 9/10

Harga: RM15.90


Curry Buttermilk Chicken Rice, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Fried Rice Chicken Chop, Mexicano Beef Tacos, Aorora Cafe Alor Setar, jjcm alor setar,

Antara benda yang boleh buatkan kita happy adalah makan. hehe.. puas rasa makan dekat sini. Korang boleh lah try yang stay di kedah.. Makanan dorang tak mengecewakan. Harapnya dorang kekalkan masak makanan yang sedap untuk pelanggan!


Dah Baca Ini? : Jalan-Jalan Cari Makan Alor Setar | Covid-19 Style!


Post a Comment

12 Comments

  1. Last ke Alor Setar masa belajar matriks zaman dulu-dulu..haha..Alor Setar dah banyak kedai hipster sekarang ni. Thumbs up!

    ReplyDelete
  2. sedap2 nampak menunya. harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  3. bestnya makan2 dlm kete..
    tacos tu nmpk sedap betol!

    ReplyDelete
  4. Menarik. Tengok menunya menyelerakan dan puas hati ni.

    ReplyDelete
  5. Ini yang bertambah rindu nak balik Kedah ni :)

    ReplyDelete
  6. tergugat tengok semua makanan , terus rasa lapar

    ReplyDelete
  7. uish nampak sedap juga. alor setar area mana kafe ni? mana tau terjumpa boleh tapau balik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ye boleh je tu nak tapau.. kedai dia area mergong

      Delete
  8. harga aloq staq memang mahai. haha. Nak harga ok ,mai belah kubang pasu.. hehe

    ReplyDelete
  9. Aduhaiii..menu dia sedap sedap Busyra uiii..curry buttermilk pekat memikat sos dia.

    ReplyDelete