Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake di Gatto Cafe Alor Setar | Minggu lepas dekat timeline facebook busyra ada orang share minuman menarik di Gatto Cafe.. apa lagi terus ke sana sebab nak rasa sendiri sedap ke tak.. Nama Gatto memang tak asing lagi dengan busyra disebabkan owner yang sama menjual makanan kucing dan buat servis gromming.. haaaa kaya tak kaya owner nya.. sekarang buka cafe pulak!


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Gatto Cafe telah dibuka pada bulan Mei lepas, tahun ni.. baru lagi lah kan.. bila tengok menu di kedai dia terus rasa nak beli semua.. tapi setelah berbincang dengan perut dan hati, dua jenis minuman je yang termampu.. tak pasal-pasal perut kembung.. hehe


Nasib baik lah time ke sini orang tak ramai, ada dalam 3 orang macam tu je.. tak da la nak menunggu terlalu lama kan.. yang bestnya dekat cafe ni, kita boleh scan bar code di kaunter untuk tengok list menu.. sangat memudahkan customer.. nak order dari situ pun boleh or nak terus order di kaunter.. 


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


Review🌟


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake memang betul-betul terasa biskut biscoff tu.. Dengan campuran susu pulak lagi lah bertambah sedap.. cuma agak manis sikit.. maybe kalau kurangkan sikit lagi manis tu akan buatkan rasa dia bertambah padu.. busyra memang dah suka rasa biskut dalam minuman tu.. lain dari yang lain.. 8/10


Iced Blended Salted Caramel Cappucino kena sangat dengan tekak.. sebab busyra suka rasa pahit-pahit.. Bila dicampur dengan salted caramel.. haihhh syahdu! serius sedap.. yang ni busyra suka, tak manis sangat.. rasa cukup.. 9/10


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,

Waktu operasi pada 11.00 a.m - 8.00 p.m dan buka pada setiap hari kecuali selasa.. Korang yang stay alor setar tu cepat kaihh p try! serius tak rugi.. rasa berbaloi sangat dengan harga.. Nanti busyra nak repeat lah kali kedua dannnn yang pastinya nak try pulak menu air yang lain.. Untuk pengetahuan korang, dorang bukan saja menyediakan minuman tapi makanan pun ada, western..


Iced Blended Lotus Biscoff Milkshake, Iced Blended Salted Caramel Cappucino, Gatto Cafe Alor Setar, Lotus Biscoff,


5 Comments

  1. Pagi pagi dah nampak kopi, rasa teringin pulak. Lotus biscoff dah menceburkan diri dalam minuman pulak dah. Sekarang ni dah makin bertambah meriah coffee cafe kan. Mana mana boleh jumpa kopi stail macam ni :)

    ReplyDelete
  2. Tengok orang minum kopi rasa nak. Tapi tak berani nak amik risiko.

    ReplyDelete
  3. kalau dekat dah pi dah ni. suka gak salted caramel

    ReplyDelete
  4. Menarik warna caramel tu.. nanti turun aloq staq nk try

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post