Hiking Gunung Keriang, dari atas puncak nampak sawah padi!

Friday, March 03, 2023

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, dari atas puncak nampak sawah padi! | Hai korang.. Last aku hiking tahun 2020 tapi minat ni tak pernah hilang sampai lah tahun 2023 kembali lagi.  Nak hiking kena ada team, kalau ramai-ramai baru seronok. Gunung Keriang paling dekat dengan office, aku dan kawan sekerja plan nak naik ke puncak pada hari khamis disebabkan hari khamis half day..


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Kami sampai sini pukul 4.30 petang. Risau jugak sebab aku dah lama tak hiking. lutut ni tak kuat mana, maklumlah semakin meningkat usia ni kan.. haha. 11 orang jugak lah yang join dari 30 lebih officemates.. laluan naik keatas puncak susah tak? haaa jom tengok!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Bagi aku Gunung Keriang sesuai untuk newbie.. Tidak lah terlalu susah, cuma penat tu biasa lah kan.. nama pun hiking. Tapi tidak sesusah Gunung Mok Cun yang aku naik 3 tahun lepas.. 


Ini belum sampai ke kemuncak lagi. Masih panjang perjalanan kami. Naik keatas ambil masa satu jam disebabkan kami ada berhenti dekat beberapa check point.. Kalau tak berhenti mungkin lagi cepat sampai.


Gunung Keriang merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter dari paras laut dan 99 meter dari paras jalan. Terletak di tengah-tengah jelapang padi di Kedah. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun).


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Tenang nyaa tengok langit. Terbentang luas.. seronoknya duduk di Kedah sebab dapat tengok sawah padi. orang utagha kata "bendang".. tapi sekarang ni dah menguning.. kalau hijau memang lagi cantik!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Masih dalam perjalanan naik keatas.. "sikit ja lagi" .. ini lah ayat yang kami pegang dari bawah sampailah keatas.. haha. jom aku share view dekat atas!


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Subhanallah.. Alhamdulillah time kami naik ni, cuaca sangat baik.. tak hujan. Bandar atau Kampung? semestinya suasana kampung yang aku pilih.. tenang dan nyaman. Penat naik dekat atas tapi bila sampai then tengok view macam ni, rasa lega..


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Gambar ni tak edit, memang original lighting. 

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Walaupun gambar aku nampak buruk, tapi nak jugak letak.. haha. sebab ini view kemuncak dan ada tulisan Gunung Keriang. Matahari memang kena tepat pada mata. sebab tu masing-masing muka tahan panas.. 


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Nak duduk sini kena hati-hati sebab bahaya. Aku pun gayat jugak time bergambar. Best betul dekat sini sebab angin kuat. Nasib tuan badan tak terbang.. haha. 


Hiking Gunung Keriang, Keriang Hill Alor Setar,

Kami turun pada pukul 6 macam tu.. dan sampai di bawah pukul 6.30.. cepat jugak time turun cumanya perlu ada stamina yang kuat sebab masa turun bermain dengan lutut. rasa nak tercabut jugak lah lutut ni.. haha. apapun perjalanan turun kena teruskan jugak.. 


Alhamdulillah semuanya selesai.

4 comments

  1. rindunya nak hiking. dah lama tinggal hiking2 ni

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok busyra..seronok..nak buat aktiviti mcm ni geng tak ada

    ReplyDelete
  3. lama juga dah OM tak hiking, rasa macam malas pulak

    ReplyDelete
  4. cantiknya view gunung keriang..

    ReplyDelete