KAILAN IKAN MASIN + KEPAH MASAK MERAH

Assalamualaikum.


Hai. hari ni lunch masak sendiri. minta mak belikan kepah and sayur kailan. terasa nak makan kailan ikan masin. teringat masa study kat perak dulu. hehe. makanan kat sana banyak sedap2. sebab tu rindu!


Resepi Kailan Ikan Masin

-tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili (tumiskan)
-masukkan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu
-akhir sekali masukkan sayur kailan (masak 5 minit), then siap!




Resepi Kepah Masak Merah

-blenderkan bawang besar, bawang merah, halia, serai (sesuka hati nak letak banyak mana) campak2 jee. haha
-panaskan minyak, tuang bahan yang telah dikisar (biar beberapa minit)
-masukkan cili kering yang telah dikisar
-masukkan sedikit gula dan garam
-akhir sekali masukkan kepah (jangan masak terlalu lama) sebab seafood tak boleh masak lama2, nanti tak sedap. 


alhamdulillah, akhirnya siap! 

tq for reading :)


1 comment:

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-