SUHU SEJUK DI BUKIT BENDERA, PENANG

Assalamualaikum..

Hai,

Suhu Sejuk di Bukit Bendera, Penang | berjalan bersama family. 
Memang lain dari yang lain rasa sejuknya tu. dulu sebelum ni penah jugak ke sini, tapi tak rasa sejuk pulak. kali ni best sebab rasa sejuk. nak katakan semua tempat kat sini sejuk tu tak da la. ada jugak yang panas, dekat bahagian bawah ni ja rasa sejuk. and banyak perubahan yang pihak situ buat untuk pengunjung yang datang ke Bukit Bendera, seronok pulak. rasa lain. laluan untuk ke atas bukit pun ikut laluan lain. lebih efisien. sebab laluan lama tu tengah renovate. 



kat sini best. tempat dimana pasangan yang berkapel lock kan mangga (bukan buah mangga pulak) hehe. hasratnya untuk ingin kekal bersama. ala bagi aku ni sekadar suka2 saja. sebab jodoh semua tu rahsia Allah.  


ramai jugak orang yang buat macam tu, sibuk nak lock mangga dorang tu. hehe. kat sini agak panas. huhu. dahaga betol.


taraa... ambil gambar dulu.. hehe


banyak kan! macam kat korea gitu. tapi kat korea lagi banyak la. sebab tu memang idea dari dorang. kita kat Malaysia ni ambil sedikit idea dari negara mereka. yelakan nak pergi ke korea tu bukan nya mudah. datang sini cukup la. ambil rasa macam mana situasi kat sana. hehe


macam macam yang dorang tulis. ni salah satunya. 


bila dah penat bergambar, memang tempat makan la dicarinya. kat pintu masuk tempat makanan tu ada dua orang abang ni tengah buat tangan lilin. unik!


air pun dah sampai... ais blended tu harga nya RM7. tapi memang berbaloi. sedap! coklat, kiwi and buah naga. banana split aiskrim tu pulak harganya RM10 .



lepas dah selesai minum. sambung bergambar lagi... unik betul. bergambar dulu dalam pokok periuk kera ni. hehe


Bukit Bendera lepas di upgrade memang best! sesapa yang belum pergi, boleh la pergi. ramai jugak pengunjung dari luar datang ke sini. itu saja perkongsian untuk kali ni. bai! Assalamualaikum..

tq for reading! :)



2 comments:

  1. MasyaAllah sistah sedapnya gambar ais blended tu. dahlah skrang ni cuaca tgh panas, mmng syoklah kalau dpt minum!

    ReplyDelete
  2. Betul la macam dah lain sgt bukit bendera. Saya last pergi 2 tahun lepas. Padahal dekat je dan tak pernah rasa sejuk. Nanti bolehla ronda² situ....

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-