SEDAR SEDAR DAH HAMPIR SEBULAN

Assalamualaikum semua pembaca blog..


sedar sedar dah hampir sebulan tak ber update blog ni.. bersawang semua cukup. kalau dah ada sawang mesti ada labah2 kan. bapak labah2 pun ada kalau dah sebulan biar blog macam tu ja. huhu.. okayyy dah merapu. dalam masa sebulan ni, aku busy jugak dengan praktikal, tesis lagi. semua tu menyerabutkan aku. tapi apa boleh buat. esaimen lagi penting dari blog. bukan aku tak jenguk blog ni, kadang2 jenguk jugak. tapi boleh kira lah dalam sebulan ni berapa kali ja aku buka. nak di jadikan cerita kenapa aku bertambah stress? sebabnya semua gambar di entri blog aku ni, semuanya hilangggg.. Ya Allah, masa tu geram sangat. kenapa jadi macam ni. hilang mood nak berblogging sebabnya tengok blog sendiri dah kosong je. gambar dah tak ada. 

fikir punya fikir, google punya google, kenapa lah gambar semua hilang ni.. last2 aku dah jumpa jawapannya. salah sendiri.. -_- hari tu masa main2 phone, aku pergi delete semua gambar di akaun gmail yang dalam phone. huahuahua.. aku ingat tak ada kaitan dengan entri blog. rupanya jadi macam ni.. aku ingat bila padam di phone tak akan terjejas apa2 di entri blog.. jangan ye, jangan sesekali buang gambar di dalam phone yang ada dalam akaun gmail. sebabnya nanti ia akan menstress kan korang nak berblogging. dan akhirnya aku ada jalan penyelesaiannya. tapi akan aku kongsikan dengan korang di entri seterusnya. bagaimana nak dapatkan gambar yang hilang di akaun gmail. mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku nak kongsikan juga untuk yang belum tahu. okay. nak tidur dulu.. bai...

7 comments:

  1. mujur boleh dapat balik tu..hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sis Busyra!
    Saya tag sis untuk giveaway ni, boleh tengok dekat sini: Buku FIXI Giveaway By Yaya!

    ReplyDelete
  3. Hai!

    Ok lagi baru sebulan tak update. kite setahun lbih tak berupdate. ni baru nak berjinak semula :'D haha

    http://nuranisaisyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. yeke....baru tauu..huhu

    lama tak nampak

    ReplyDelete
  5. pernah juga dengar kes macam ni..takpelah, next time jangan tertekan lagi ye.

    ReplyDelete
  6. Ok baru tau..rupanya tak boleh delete ye...nasib baik belum buat..

    ReplyDelete
  7. Wardah pernah buat gak padam gambar yang dekat gmail ke akaun google tu.hihi naseb tak padam semua.

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-