TAK BERBALOI PAKAI YES

credit: google

tolong bagi ais pelisss. sebab tengah panas hati. huhu. sabar sabar. actually aku baru lepas call pihak YES pasal aku punya internet. kenapa? okay aku start cerita dari awal ye. awal tahun ni bulan 1 aku ada masukkan internet YES. so far dekat rumah aku main memang laju gila. tapi quota cepat sangat habes. sikit-sikit sampai mesej cakap quota dah sampai limit. apa ni.. aku beli yang harga RM90 lebih kot. tapi aku sabar lagi sebab laju kan. tahan jela. nak dijadikan cerita, fakulti aku kena pindah ke uitm puncak alam. tau tau jelakan puncak alam tu cemana, line dia tu. mak ai. lembap sangat. maxis tu boleh tahan lagi even nak cakap dengan orang pun line tersekat-sekat. ni kan YES pulak, memang line internet kosong terus. tak boleh nak connect apa pun. hah! ni memang tak la kan aku nak bayar. bulan first tak dapat line. aku still bayar. tapi bila dah masuk bulan kedua. aku tak bayar. dan aku tak guna langsung.. kiranya aku guna dalam 3 bulan ja. lagi 5 bulan memang aku tak bayar. aku ingat memang dia terhenti macam tu ja ., dah kita tak guna n tak bayar langsung. 

tengok2 hari ni cek akaun YES, bayaran cecah RM491.. fuh!! mana nak cari duit nak bayar tu. dah la aku belum keja. baru ja habes study ni. lepak2 kat rumah , makan tido ja. haha. stressnyaaa. macam mana aku boleh terlintas nak tengok akaun yes tu? sebabnya semalam aku pegi maxis centre sebab nak masukkan internet maxis yang unlimited call and msj sekali. dari aku terus setia dekat YES buat apa kan. lebih baik aku guna maxis. sebab memang kalau no tel aku memang guna maxis dari form 1 lagi no yang sama. lepastu, akak yang maxis tu cakap, aku dah tak boleh nak daftar internet sebab nama aku terikat dengan YES. so, aku terpaksa la guna mak punya ic. huhu


tadi aku call centre YES. cakap dengan orang YES. memang dia suruh aku bayar jugak. kalau tak nama aku blacklist dari semua rangkaian internet. aku cakap la kat dia. okay la kalau blacklist pun saya tak kisah. saya tetap tak nak bayar. then tau dia cakap apa? dan lagi satu surat saman dari mahkamah akan sampai. haha. nampak sangat hang memang nak telan duit aku. hurm. YES oh YES. apa punya servis la hang guna ni. menyusahkan customer. serius ni first and last aku guna YES. dan aku akan bagitau seluruh rakyat malaysia. haha. geram betul la. sebab alasan dia memang aku terikat dengan YES selama 2 tahun. salah aku jugak kan. :( so, sekarang ni aku dah buntu dan tak tau nak buat macam mana lagi. nak bayar tu boleh. tapi mana nak dapatkan duit tu. mana mana mana. servis khidmat YES memang teruk la. sori aku cakap. patut la dorang buat kontrak. nak tak nak orang kena bayar jugak. dapat internet ke tak ke orang kena bayar jugak. korang memang pandai!

sorry, sebab korang terpaksa dengar cerita aku. aku tak tau nak cerita dekat sapa lagi selain mak ayah. huhu. ada korang ja pembaca blog tersayang. for the first time aku membebel macam orang gila. huhu. hilang sikit rasa stress ni sebab share dengan korang. tq. :)

8 comments:

  1. oooo.. guna postpaid ke??? so far sy guna tmgo jer (prepaid), line pun laju (4G) terutama tempat yg susah nk masuk broadband line ni.. hehe.. sbb objektif dia utk memasuki tmpt provider telco lain xdpt nak masukk..

    Kalau postpaid mmg kena bayar la tungakan tu law tak blacklist ooo nama.. masih muda lagi utk nama kena blacklist.. huhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa. ada kontrak. huhu. tula. tngh pening ni mana nak cri duit. susah sbb ada stngh tempat line untuk yes ni tak da. haha. itu la berat tu, tak mau la nama blacklistkan.

      Delete
  2. kan ! kalau dah tak dapat sevice, takkan nak bayar.. tapi, kalau dah terikat dengan kontrak, no choice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha aa. line tak dpt tp kena bayar pulak. tp tu la apakan daya. huhu

      Delete
  3. yui lg beberapa bulan je. psni tamatkan. mmg mslh. mula mula laju. skg slow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mula2 ja laju. tp lama2 hampeh betul. :(

      Delete
  4. same goes with me. tak berbaloi langsung guna yes.

    ReplyDelete
  5. Kawan saya kne 1k lebih. Cmne nih?😥 Sye pulak risau bg pihak dy. Dy bkn org senang. Hurm jahat nye yes. So ending dy tetap kne bayar ke??

    ReplyDelete

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

-Busyra Takiyudin-