Barang wajib ada dalam beg tangan - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Sunday, November 20, 2016

Barang wajib ada dalam beg tangan

Hai..

terasa nak share dengan korang apa yang ada dalam beg tangan aku. jangan la cakap aku nak show off ke apa ye. sebab barang aku semua murah2. haha. sesaja nak share dengan rakan blogger aku. sebenarnyakan beg aku bersepah dengan barang yang tak sepatutnya. semua nak bawak. kalau boleh laptop pun nak masuk kan dalam beg tangan. sebab tak muat je. :p lepas tu kalau sakit bahu lenguh2 baru padan muka sendiri. siapa suruh bawak itu ini lagi. 

Barang2 yang ada dalam beg tangan aku, tak pernah keluarkan sejak dulu lagi. resit2 tu tak payah cakap la kan. korang pun perempuan. haha. bersepah. tapi tak tau jugak kan. ada perempuan suka bersihkan beg tangan dorang. aku pun ada. jangan la cakap aku malas. :p cuma tak selalu jewwww

Barang2 yang bersepah *eiffel tower tu tak ada la aku nak bawak kemana2. gila ke apa.. haha. just nak cantikkan gambar :d



1. minyak wangi
2. power bank
3. pendrive
4. pen
5. passport
6. mascara
7. krim ellfie
8. blusher
9. 2 lips
10. earphone
11. purse
12. jam tangan
13. bedak
14. phone

Bila difikir2 balik, aku selalu guna barang ni ja kalau kemana2. yang lain tu cuma menyemak. 4 barang yang diperlukan dan kalau tak ada boleh hilang mood. hahaha. over kau!


1. purse
2. bedak
3. jam
4. lips bam *sebab bibir aku perlukan kelembapan. haha
5. earphone *kalau time boring lepak memana, tunggu sesapa ke kan. 
6. phone *tak ada dalam gambar la ye sebab phone digunakan untuk tangkap gambar diatas. :p

Lumrah perempuan memang suka menyusahkan diri sendiri. haha. walhal apa yang sebenarnya wajib bawa tu sikit je sebenarnya. tapi itulah tabiat yang tak boleh dibuang sampai bila2 mungkin. satu tip nak pesan untuk perempuan (jangan beli beg tangan yang berat, beli yang ringan supaya bila korang letak banyak barang tak ada la lagi memberatkan beg tu. 

okay. thanks for reading :) muah cikit. 


10 comments:

  1. awat jam tak pakai ja..tang tips beli beg ringan tu mmg betul sbb ada jenis beg blum masukkan barang dh 3kilo.hahaha

    ReplyDelete
  2. Jadi lelaki senang sikit handbag dia poker seluar jer hii.. biasalah perempuan dlm handbag mcm ni.. kalo boleh banyak agi nak dimasukkan :D

    ReplyDelete
  3. betul . perempuan memang suka simpan semua benda dalam bag. Ada member laki ckp perempuan pengotor sebab semua benda nak simpan dalam bag. haha . tips, beli beg ringan tuuuh setuju sangat
    .

    ReplyDelete
  4. Banyaknya barang dalam bag..
    Dulu2..beg tanggan isteri AM ada hp dan wallet AM juga..
    Sekarang dah ada beg sendiri dah..hihihi

    Posting terbaru AM
    Endometriosis - Apa itu Endometriosis


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  5. hampir sama je ngan barang2 yg BV letak dlm beg tangan. cuma mesti ada buku seketul :D

    ReplyDelete
  6. Hihi sama brand bedak yang akak pakai.. Bestkan pakai Pixy. Cantik dan smooth je kulit muka..

    Lepas tu nampak natural.. Mcm Kak Reen kalau klua, hanya bawa purse dan phone. Kalau guna handbag, waktu nak bawa buku note ke, novels ke, atau barang makeup yang basic..

    ReplyDelete
  7. Sama la blusher dan bedak kita. Setuju bab kena beli beg yang ringan, makin besar kadang2 makin bertambah isi beg so having beg yang ringan lebih helpful.

    ReplyDelete
  8. mcm hmpir sama je ngn brg2 unni..hihihii..tang minyak Wangi,makeup n paspot je xde

    ReplyDelete
  9. Hihihi...ada beberapa barang sama dengan kak PC la..kita ni kalau boleh semua nak nasuk handbag..tu yang cepat rabak handbag..

    ReplyDelete
  10. Suka tips yg last tu.. jgn beli beg tangan yg berat.. hehehe..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved