Dah 6 Tahun jadi BLOGGER - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Friday, December 02, 2016

Dah 6 Tahun jadi BLOGGER

Hai, Assalamualaikum..

Hari ni 2 Dis 2016. kejap ja pejam celik pejam celik dah masuk hujung tahun..genap 6 tahun 2 bulan 2 hari aku jadi seorang blogger. even banyak sangat aku main2 dalam blogging ni. haha. maksud aku macam kejap update entri kejap tak. tak konsisten langsung. aku rasa hujung2 tahun ni ja aku betul2 fokus dekat blog. sebab dah habis study kan. dok rumah pun boring tak buat apa. better aku teruskan apa yang aku dah buat ni. banyak benda yang aku kena belajar lagi dalam dunia blog ni. 

ramai kawan2 tanya, "best ke ada blog ni?""tak bosan ke asyik main blog?""sampai bila nak berblogging?".. soalan2 macam tu la yang akan buatkan aku bertambah semangat nak update! tak kesah la korang nak cakap bosan ke apa. yang penting aku suka! 



kalau nak cakap pasal best ke tak tu, memang best sebab aku dapat banyak ilmu dari berblogging, kadang tu benda yang aku tak tahu jadi tahu. dan semestinya aku dapat banyak kawan. dari yang masih bersekolah sampailah yang ada anak.. 

soalan untuk tak bosan ke asyik main blog tu mesti la tak. aku sanggup habiskan duit untuk blog. yela kena beli topup nak buat internet. aku tak guna wifi di rumah sekarang ni. dulu ada. then lepas aku masuk u, tak ada siapa nak guna. so rugi, dah stop wifi. sebab tu kena topup dan beli internet dekat phone ja.

sampai bila nak berblogging? haaa ni soalan memang tak syiok jugak dengar. sebabnya blog ni macam diari aku. walaupun seumur hidup aku tak pernah ada buku diari. tapi dengan ada blog ni sehari tak buka tak boleh duduk.. hehe.. if kalau aku tak update pun, aku akan bukak. saja nak tengok2 kot2 berhabuk. haha.. :p kalau nak cakap dalam banyak2 media sosial mana paling aku sayang "semestinya BLOG".. mungkin orang yang ada blog ja yang boleh rasai apa yang aku rasa. hehe.. 



*nak selit sikit gambar ni..bukan blog saja yang selalu ada dengan aku, dia ni pun selalu ada, bukan untuk 6 tahun tapi untuk 23 tahun. "MAK"

Bila la dapat sambut besday awak "BLOG".. tunggu la bulan 10 tahun 2017. aku beli kek! hahaha. macam la blog ni hidup! k bai. jumpa lagi. *saja nak story pasal kekasih hati alam maya aku ni (blog)..

12 comments:

  1. Iya busyra. Mereka yang ada blog je yang faham apa yang blogger lain rasa. Hihi. Setuju sangat :)

    Siqah pun berhabis untuk blog jugak. Habis duit edit template. Nak edit sendiri tak tahu, terpaksa suruh orang buatkan. Takpelah. Asalkan puas hati :D

    Tahniah busyra dah 6 tahun! Keep blogging dear :)

    ReplyDelete
  2. Betul, mai paling sayang blog! Lagi banyak habiskan masa di blog daripada laman sosial lain. Hehehe. Tapi sayangnya mai tak ingat tarikh bila start mula berblog.

    ReplyDelete
  3. bagi saya blogging nii satu kepuasan. lain rasanya berbanding facebook, insta and etc

    ReplyDelete
  4. kan2. memang best berblogging. dan sayang jugak kat blog :D
    banyak jasa :D

    ReplyDelete
  5. Tahniah dh 6 thn dh... keep writing dear... kipidap!

    ReplyDelete
  6. betul tu! hanya org ada blog je faham...saya pun xtahulah dah berhabis berapa utk dan demi blog ni bila mood gila dia datang...kadang tu...org pun naik pelik..pernah kawan label blogger ni xde life...time tu rasa mcm besaq kecik besa kecik ja tengok dia..tp xpa...kita tgok tara mana...hahahah

    selamat berblogging busyra!

    ReplyDelete
  7. lamanya 6 tahun, btw busyra umur 23 yer?? tak prsan kat side tu.. unni pun suka blog wlpun baru jak dlm dunia blog.. hnya blogger yng fhm hati blogger kan :) abaikan mereka yang tak tahu tntang dunia kita... hihihihi

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah smpi 6 thun. sepnjang tu mesti byk suka duka yg terkndung dlm blog ni, duit la lg, semua utk kepuasan diri..keep writing dear

    ReplyDelete
  9. Pergh!! dah 6 tahun tu..
    keep on blogging Busyra..

    ReplyDelete
  10. Wahh dah lama betol berblogging ye! Yes samalah kita, sanggup berhabis duit untuk domain dan internet, mana tidak nya dah berblogging ni benda yang kita minat. Jadi kesanggupan sampai keluarkan duit untuk blog tu memang tak boleh dielakkan hahaha.

    ReplyDelete
  11. 6 tahun.. Lamanya.. Akak ni baru setahun dik. Sadisssss :p

    ReplyDelete
  12. kan :) mek pun suka blog pasal mek bleh post suka hati mek :) jenis yg talkative ni memang suit kot dengan blog. ahahahahah. sep sikit !

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved