#FoodWritingChallenge - Day 3: Resepi Ayam Masak Serai dan Peria Goreng - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Tuesday, December 06, 2016

#FoodWritingChallenge - Day 3: Resepi Ayam Masak Serai dan Peria Goreng

Assalamualaikum..

hari ni masuk hari ketiga untuk #foodwritingchallenge! sebelum tu nak story dekat korang yang tadi aku jawab online exam pen. pegawai tadbir. arghhhhh... soalan bahagian A dia tah apa2. stress! susah gila wei. soalan bahagian A tu pengetahuan am/sejarah. aku ni sejenis manusia yang tak minat sejarah! lepas tu kan dah la tadi nak masuk portal SPA lambat gila loading. aku dapat masuk 20 minit nak habis masa tu. mana sempat! 50 soalan tu.. huhu. sedih! bahagian B, alhamdulillah la boleh.. tapi tak tau la, doakan aku ye dapat interview nanti. 

okay la tak mau sedih lama2! sekarang ni nak teruskan dengan mood cabaran aku ni. sebenarnya kan aku lewat sehari untuk buat cabaran hari ketiga ni. disebabkan ada masalah sikit. huhu. kira halal la ye, sehari ja. haha!



untu lunch tadi aku makan ayam masak serai dan peria goreng! masak pun simple2 saja. hari ni mak aku tak sempat nak masak sebab maklum la dekat rumah ni ada akak aku yang baru lepas bersalin. jadi kita kena masak sendiri! hehe

memang favorite aku lah kalau peria goreng ni! even pahit tapi sedap! okay dalam cabaran ni sebenarnya aku nak share resepi yang aku masa hari ni. simple sangat dan mudah. korang pun boleh try! :)

Resepi Ayam masak serai (untuk 3-5 ketul ayam)

Bahan-bahan kisar: 

1. 2 batang serai 
2. 2 ulas bawang besar
3. 4 ulas bawang merah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 inci halia

Bahan-bahan lain:

1. 5 ketul ayam 
2. 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
3. 2 batang serai dititik
4. air asam jawa

Cara-caranya:

1. panaskan kuali dan masukkan minyak masak
2. goreng ayam (garing pun boleh/ separuh masak pun boleh)
3. guna minyak goreng ayam tadi dan masukkan bahan yang dikisar.
5. seterusnya masukkan 4 sudu besar cili kering
6. kacau sehingga pecah minyak
7. kemudian masukkan 2 batang serai yang telah dititik
8. masukkan air asam jawa
9. masukkan gula garam secukup rasa.
10. akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. kacau dan siap!


Resepi Peria goreng

Bahan-bahan tumbuk:

1. 2 biji cili padi
2. 4 biji bawang putih
3. segengam ikan bilis

Bahan lain:

1. setengah potong peria

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan tumbuk 
2. seterusnya masukkan peria, dan sedikit gula 
3. kacau dan siap!


nak rasa? korang boleh masak untuk lunch korang esok! aku macam ni la orangnya. makan makanan yang simple2 ja. janji lidah aku cakap sedap dan ok. hehe. nantikan cabaran hari keempat pulak ye. :)

18 comments:

  1. Sedap eh masakan Busyra... pandainya masak, hehehe, kagum dari jauh ni...

    Mcm mana jawab soalan tu, dia inform ke kalau kita terpilih utk amik exam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tq mai. <3 mai pun boleh try ni. ha aa mai. dia hantar msj. suruh jwb exam on9. mai isi la spa. nnti kalau ada kosong msti spa contact.

      Delete
  2. sedapnya !!! berliur tgk,da masuk day 3.. uuni bru day 2..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tq unni. ala unni lewat sehari ja tu. chaiyok syg!

      Delete
  3. semoga lulus interview dan dapt kerja yg diminta ya. peria tu nampak sedap tapi sampai sekarang takut nak mkn peria sebab org ckp pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aswa.. amin... :) ha aa, mmg pahit pun. hehe.. tp sedap try la.

      Delete
  4. exam pun bukan senang dah sekarang ni busyra ,, tapi x pe lah tu at least dah jawab,, ..by the way,, peria nampak sedap tapi tak pernah makan .. hii.. oklah simple menu lagi berselera kan

    ReplyDelete
  5. Peria tu.. Walaupun pahit tapi sedap..
    Kalau kak sha mesti nak tambah telur.. Pergh!! Maveles..

    ReplyDelete
  6. wahhh pandai masak. 😊 peria pun makan ye? baguih

    ReplyDelete
  7. Kegemaran siqah, ayam masak serai! Eh memang suka apa saja resepi guna serai. Sebab suka rasa dan bau serai :) Pandai busyra masak haa :D

    ReplyDelete
  8. Sedapnya! Dah lama tak makan ayam masak macam ni. Peria tu pun dah lama tak makan sebab susah nak cari..huhu

    ReplyDelete
  9. Ayakkkk... ayam tu ok.. peria tu tak ok.. Hahaha.. Akak tak makan peria dik.. Org ckp pahit..

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved