BELI TEMPLATE DARI ETSY TAPI..... - BUSYRA TAKIYUDIN

Latest

Saturday, January 21, 2017

BELI TEMPLATE DARI ETSY TAPI.....

Hai semua.. 


dah dekat seminggu blog ni tak berupdate. ada keja sikit sebenarnya, sebab tu tak sempat nak jenguk blog. rindunya dekat blog yang serba kusam ni. haha. btw kan haritu aku ada mintak cadangan pasal nama blog pada readers2 kesayangan aku ni. then ramai yang bagi pendapat. thank you so much darling2! tak tersebut nama sorang2. okay tak pe yang pasal nama blog tu nanti di entry seterusnya aku story k, kenapa blog busyra takiyudin still dok terjongoi dekat situ **bahasa apakah yang aku guna tu? hehe.. sebab sekarang ni aku nak story pasal template yang aku baru beli dari etsy baru2 ni.. kak siqah lah orang pertama yang tau pasal ni. :p

aku selalu usha2 template dekat etsy sebab always baca blog erin azmir pasal template2 ni. then dah usha terrrr bekenan pulak..  haaa cemana tu. then terus beli.. dah masukkan dah pun dalam blog ni, tapi kan ada benda yang tak kena.. huhu. sikit? tak! banyak jugak yang tak kena. aku pun email la pada owner template ni, owner ni memang baik orangnya, reply panjang lebar jawab soalan aku. dan alhamdulillah, dah okay bab tu. bila godek2 balik, ada lagi yang tak okay, maklumlah aku edit sendiri. memang ke laut la kan. haha. tapi aku cuba okay, cubaaaa,, :p 


tengok gambar dekat atas tu, nampak macam okay kan, tapi ada la yang aku tak puas hati. hehehe.. aku ni cerewet jugak lah orangnya, tapi cerewet bab2 blog je okayyy.. bab calon suami tak cerewet. haha :p.. nak tak nak, kembali pada template asal, yang aku sendiri jugak edit, 3 hari 3 malam. hahahaha. over kau! :p nasib aku backup template lama dekat word. fuhhh! sayang sebenarnya template lama ni. tapi saja gatai2 tangan p beli yang baru. alaa tak rugi pun okay. aku still simpan rapat! mungkin berguna dimasa hadapan. duit beli template ni pun duit dari hasil job review di blog ni jugak.. so, apa salahnya habiskan jugak untuk blog tercinta. hahaha. *serius! amek hati yang duka lara :(

okay bai! tq sudi membaca! <3


**bloglist dah hilangggg :( sebab mengada sangat tukar template. malam2 sikit aku update bloglist balik.. masih ada lagi nama2 yang selalu jenguk blog aku. tak kan lupa dekat korang! muah cikit. haha 

Follow my blog with Bloglovin

20 comments:

  1. Adakah akak jugak orang pertama yang komen? Hihi.

    Sayangnya busyra tukar balik template lama. Tapi betul cakap busyra, kalau ada yang tak kena di mata pasal template, sure rasa semak je kat mata. Tak senang duduk selagi tak siap. Hii.

    Takpelah. Hope nanti busyra jumpa template yang berkenan di hati ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. ye akak org first jgkk. syg akak lebihhhh.. haa ada ja tak kena kt mata ni. huhu.. haa harapnya mcm tu la.. susah nak cari template yg betul2 kita suka..

      Delete
  2. Tue lah sebab nya sis duk berpikir setiap kali nak tukar template :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sbb lepas beli dh tak boleh nak undur lg. haha

      Delete
  3. Kita sama, cerewet bab template blog..! Tapi, belum tergerak nak beli template dekat etsy.. Walaupun banyak yang berkenan, hati macam tak nak beli lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! sep sikit! mmg cerewet bab2 ni.. haha.. haa baik awk survey betul2 dlu before beli. :)

      Delete
  4. wah, cantiknya template baru awak! :)


    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Lawa je Busyra template baru tu, ke tak selesa guna? Mai pun template dari etsy, alhamdulillah hadiah dari kak reen, dan sukaaa giler. hahaha. Busyra beli pakai paypal eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ada benda yang tak puas hati sikit mai. huhu.. tula tngok mai guna template yg hadiah dari kak reen tu. cun! dak mai, busyra pakai maybank2u. paypal pun boleh sebenarnya.

      Delete
  6. Tak apa Busyra..perlahan lahan perbaiki..insyaAllah boleh...cuma kena sabar dan fokus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awk.. InshaAllah. tu la, nak edit html ni kena banyak sabar. huhu. sebab pening.

      Delete
  7. Nice template. Simple, clean dan senang nak baca. Hope dapat fix and improve la yang mana problem tu kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq pojie.. ;) harapnya macam tu la. kena lebih tekun mngadap html. huhu..

      Delete
  8. template baru tu cantik.. yang lama pun okey jugak.. hehe :)

    ReplyDelete
  9. mellya pun cerewet and cepat jemu huhu tapi baca orang cakap kalau selalu tukar template ada bad consequences so... terpaksa sabar sat hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. cepat jemu satu masalah kita ni.. haha. ha aa. busyra pun ada dngar yg tu. mcm2 yg boleh jadi kalau slalu sngt tukar template ni. huhu

      Delete
  10. Okaylah Busyra try and error.. nanti mesti jumpa templet yang ohsem dan memuaskan hati Busyra..

    ReplyDelete
  11. Berangan jugak nak beli template dekat etsy tapi takut gak bila dah pasang nanti tak berkenan pulak. So play safe 😂

    lakiterok.com

    ReplyDelete

Copyright © 2012 Busyra Takiyudin All Right Reserved